Selalu buat ayam masak Kam Heong, rupanya boleh buat untuk lauk ketam juga. Kalau makan di restoran menu ini memang mahal jadi elok buat sendiri di rumah. Lagi jimat.
Sayur salad ini memang enak dijadikan ulaman. Nama asalnya Lettuce-Loose leaf, dikenali sebagai salad nasi ayam kerana selalu digunakan untuk hidangan nasi ayam.
Salad ini berguna sangat bila kita tak berapa rajin nak goreng sayur. Boleh ambil dan makan begitu saja. Sebab itu elok sangat kalau kita tanam sendiri di rumah, senang bila nak makan petik saja daunnya.
Tip jika supaya dapat makan daun salad yang segar, bila pokok sudah matang petik daun dari bawah. Jangan cantas terus pangkalnya. Petik daun ikut kuantiti kita nak makan. Cara ini lagi lama pokok salad bertahan.
Nak cuba tanam? Boleh jadikan perkongsian dari Ena Mi Za sebagai panduan.
Tip tanam salad nasi ayam (Lettuce-Loose leaf)
1. Boleh terus semai biji benih dalam pasu atau polibeg tapi tak perlu guna banyak tanah.
3. Jika pasu agak besar boleh tanam dua pokok. Saya guna saiz polibeg saya ni 15X18 @ 16X16, saya tanam 2 biji benih.
3. Bila dah bercambah, kena rajin timbus tanah pada pangkalnya, jangan kena timpa hujan dan elak kena cahaya mahatari secara terus.
4. Bila dah keluar batang, timbus tanah sampai tutup batang.
Petik daun dari bawah (anak panah). Tambah tanah untuk tutup batang bila perlu
5. Batang pokok salad ini boleh tinggi sampai 1 kaki jika ditanam dalam pasu/polibeg besar.
6. Kalau untuk makan sendiri, petik sehelai-helai dari bawah ikut banyak mana nak makan. Tambah lagi tanah bila perlu.
Pokok salad ini boleh cecah satu kaki, bahagian bawah daunnya dah habis dipetik. Boleh tanam pokok baru supaya tak habis bekalan
1. Potong span ikut size netpot yg nak digunakan. Cubit sikit bahagian tengah span untuk dijadikan lubang letak biji benih. Boleh beli span di kedai hardware atau boleh guna span yang bersesuaian.
Boleh juga guna span yang dah sedia dijual. Klik SINI untuk beli.
2. Rendam span dalam air dan ramas supaya span basah.
3. Susun span tadi dalam tray. Guna tray yang berlekuk bawah seperti dalam gambar supaya akar senang nak keluar dari bawah span nanti. Masukkan sedikit air.
4. Ini pula biji benih yang digunakan, ia sudah dirawat oleh pengilang. Letak sebiji saja setiap lubang pada span. Kemudian sembur air halus supaya bahagian bawahnya basah.
5. Letak tray di tempat teduh. Ini adalah gambar biji benih usia satu hari tapi dah bercambah.
Ini pula semaian biji benih bayam, span di belah tengah dan letak biji benih dalam belahan.
6. Bila sudah bercambah (anak benih berdaun empat bolehlah alihkan ke tapak semaian atau pasu.
Rumput atau lalang tumbuh sekitar rumah memang boleh menyakitkan mata. Dah racun, dah cabut tapi tak lama naik semula.
Bagi yang dah penat dengan situasi ini mungkin ikut cara yang dikongsi oleh Ghuroba Ummah ini. Katanya cara yang digunakan ini paling tidak rumput dan lalang takkan tumbuh selama 6 bulan. Jadi tak perlulah kerap membersihkannya.
Petua mudah atasi masalah rumput/lalang cepat naik
Ramai yang ada masalah rumput cepat naik dah cabut dan rabun pun masih cepat naik.
Saya ada pengalaman menyelia compound maintenance bagi lanskap, jadi saya ingin berkongsi petua mudah atasi masalah rumput ini.
1. Menggunakan racun yang mempunyai perawis lengai aktif yang tinggi (kaedah ini tak perlu, sebab saya yakin majoriti ahli group bukan pakar dalam menggunakan racun rumpai). 2. Menggunakan DIESEL, ya minyak diesel.
Asasnya DIESEL ada 2 jenis.
– Kleen diesel untuk kerja-kerja fogging.
– Diesel yang dibeli di petrol pump.
Caranya
Gunakan DIESEL yang dibeli dipetrol pump. Tak perlu campur bahan lain, kaedah bancuhan pun tiada. 100% gunakan DIESEL.
Insya-Allah hasilnya, rumput hanya akan tumbuh semula paling awal 6 bulan. Ada jenis rumput akan “kelu” terus selama-lamanya
Peringatan penting
1. Selepas menggunakan DIESEL untuk membunuh rumput, biarkan tanah rumput selama seminggu baru boleh nak bercucuk tanam semula. Ini kerana tanah yang rumputnya kita dieselkan akan menggurangkan kadar soil dan mineral pada tanah. Tapi ianya akan pulih semula dalam masa 3 hari ke 7 hari.
2. Berhati-hati gunakan DIESEL. Jangan sesekali terkena pada tanaman yang kita tanam. Sebab jangan kata rumput, pokok pun boleh mati sekali kalau terkena DIESEL.
Akhir kata semoga petua yang tak seberapa ini bermanfaat buat semua.
3. Seperti biasa, setelah kerja-kerja mendiesel rumput menggunakan tong racun atau apa juga jenis pam pancut, pastikan basuh sebersih-bersihnya menggunakan sabun. Tak kira kalau kita gunakan racun atau diesel sekalipun, tong /pam penyembur perlulah dicuci bagi mengelakkan saki baki racun atau diesel yang tertinggal menghakis tong /pam penyembur kita.
Tercekik tulang ketika makan, petua biasa yang dipraktikkan ramai adalah makan gumpalan nasi atau pisang.Petua ini boleh jadi berkesan tapi mungkin juga menyebabkan masalah...