Mudah Sangat Buat Ketam Masak Kam Heong. Lagi Jimat Buat Sendiri Di Rumah

Share

Selalu buat ayam masak Kam Heong, rupanya boleh buat untuk lauk ketam juga. Kalau makan di restoran menu ini memang mahal jadi elok buat sendiri di rumah. Lagi jimat.

Caranya boleh ikut perkongsian Ameera i

ni.

1.Bedakkan dengan serbuk kunyit dan garam sedikit. Panaskan minyak dan goreng sekejap.

2.Tumis bawang putih 3 ulas dan bawang besar 1 biji guna minyak tadi, cuma keluarkan sedikit.

3.Masukkan serbuk kari ketam. Guna separuh sebab ketam ada 4 ekor. Kalau ketam lebih boleh letak satu paket kecil.

4.Letak air sedikit. Tumis sehingga pecah minyak.

5.Masukkan udang kering sedikit. Sebelum itu rendam udang kering dengan air panas sekejap, kemudian tumbuk kasar. Jangan halus sangat.

6.Masukkan 1 sudu makan sos cili, 1 sudu makan sos tiram, kicap secukup rasa bersama 1 sudu gula.

7.Masukkan cili padi jika nak pedas.

8.Masukkan ketam dan gaul rata.

9.Akhir sekali masukkan daun sup daun bawang. Siap

Selamat mencuba

Sumber: Ameera

IKLAN