Siapa yang tak suka makan aiskrim, dari anak kecil sampai yang dah tua pun suka. Jadi berbaloi sangat buat sendiri aiskrim ini di rumah.

Malah kalau dah mahir boleh pula jadikan pendapatan sampingan seperti yang dilakukan oleh Nurul Ashikin yang menjual aiskrim cawan dari rumah.

Beliau juga tak lokek berkongsi resipi aiskrim yang dijual. Yang ini versi aiskrim dalam cawan yang comel dan boleh dipelbagaikan perisa.

Belajar buat aiskrim cawan, boleh buat pelbagai perisa

Mudahnya Buat Aiskrim Cawan. Boleh Buat Untuk Makan Sendiri Atau Jadi Side Income

Moh kita belajar cara buat aiskrim pulak. Mak-mak surimah boleh buat side income juga dengan aiskrim ini. Sambil duduk rumah, duit pun masuk, jual aiskrim saja. Resipi saya halalkan.

Bahan-bahan aiskrim cawan:
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
3 tin air
2 sudu makan tepung jagung(bancuh dengan sedikit air)
2 sudu makan ovalatte
1 sudu makan esen vanilla/serbuk vanilla
2 cawan fresh cream/whipping cream non dairy (saya guna brand Vivo)

IKLAN

Mudahnya Buat Aiskrim Cawan. Boleh Buat Untuk Makan Sendiri Atau Jadi Side Income

Cara membuat

1. Masak base susu (susu pekat dan susu cair) hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sebati. Tutup api.

IKLAN

2. Sejukkan bancuhan base susu, lebih elok kalau bekukan semalaman. Fungsi untuk aiskrim lebih gebu.

3. Campurkan base susu tadi (kalau beku kena hancurkan dulu) dengan fresh cream bersama ovalatte dan esen vanilla. Putar guna kelajuan perlahan. Bila bancuhan dah sebati baru gunakan kelajuan nombor 4 atau 5. Putar lagi dalam 15-20 minit. Dah siap aiskrim.

Mudahnya Buat Aiskrim Cawan. Boleh Buat Untuk Makan Sendiri Atau Jadi Side Income

IKLAN

4. Akhir sekali isi filing dalam cawan dan masukkan aiskrim tadi. Boleh lorekkan filing di atas aiskrim guna lidi. (Filing boleh beli di kedai bakeri dan boleh guna ikut cita rasa).

5. Dah siap, masukkan dalam frezeer semalaman dan boleh dimakan. Aiskrim ini boleh tahan sehingga 2 bulan jika disimpan dengan betul.

Selain itu:  Mudah Sangat Rupanya Buat Bengkang Ubi, Bakar Guna Pemanggang Ajaib Pun Boleh

INFO: Kuantiti aiskrim boleh dapat dalam 35-40 cawan untuk resipi ini.

Selamat mencuba.

Sumber: Nurul Ashikin

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI