Mak dan ayah mana yang tak mahu anak cepat menulis. Jadi satu kebanggaan bila jika anak pada usia seawal tiga atau empat tahun sudah mampu melakukannya.
Kalau ini yang mak ayah inginkan, maka kita memang kena bantu anak. Selalunya kita akan beri anak pensel dan kertas pada mereka untuk dibiasakan.
Pada pemikiran kita ibu bapa inilah asasnya, walhal hakikat sebenar untuk melatih anak cepat menulis bukanlah dengan cara ini.
Sebaliknya menggunakan kaedah latihan yang langsung tak kita jangka kesannya. Gumpal kertas, guna gunting, mengecop dan sebagainya.
Inilah yang dikongsi oleh seorang guru pendidkan awal kanak-kanak Puan Ashikin Hashim
Aktiviti ini bantu skill menulis anak
Nak ajar anak pandai menulis? Bukan dengan bagi kertas & pensel ya mak ayah. Bukan bagi worksheet banyak-banyak.
Habis tu nak buat macam mana ya?
Gambar-gambar di bawah adalah aktiviti untuk menguatkan tangan dan bahu anak-anak.
Ads
Masa anak baby dulu, ada skipped merangkak tak? Mungkin sesetengah anak tiada masalah bila skip merangkak but some do have problems. Seperti tidak mempunyai otot tangan dan bahu yang kuat. Jadi anak tak nak menulis, penat menulis.
Ini hanya sebahagian aktiviti. Banyak lagi aktiviti kuatkan tangan dan bahu yang boleh meningkatkan skil menulis anak. Google banyak lagi aktiviti lain.
Lepas tu rajin-rajin bagi anak berlari, melompat, memanjat, main bola – supaya otot-ototnya semua bekerja. Hadkan penggunaan gajet :
Ashikin Hashim 🙂 Early Childhood Practitioner
Ads
Menggumpal kertas | Menekan | Menggunting
Mengecop | Mengoyak | Mengupas
Ads
Bermain bongkah & tali | Permainan manipulatif | Bermain Lego
Merangkak dan melukis menggunakan jari
Senang saja kan. Siapa sangka aktiviti biasa tapi sebenarnya inilah yang bantu anak cepat menulis. Harap ibu bapa dapat aplikasikan cara paling mudah ini pada anak-anak.
Seronok pula tengok perkongsian CT Hamisah Ahmad yang berkongsi idea menanam lobak dalam botol. Dia cuma guna kembali botol air mineral terpakai saiz 1500ml.
Maknanya kalau tiada laman pun boleh saja nak cuba tanam lobak ini. Caranya boleh ikut tip yang dikongsi oleh CT Hamisah.
Cara tanam lobak dalam botol air mineral dari biji benih
1. Lobak ini saya tanam dari dari biji benih, boleh beli di nurseri, online pun ada (Shoppe).
2. Mula-mula sekali semai biji benih lobak di tray semaian dulu. Letak tray di tempat redup, pastikan siraman cukup.
3. Bila daun dah naik 4-5 helai bolehlah pindahkan anak benih lobak dalam botol. Daun lobak mula mula akan keluar macam rumput. Biar dulu hingga daun sebenar keluar baru pindah dalam botol.
Saya guna botol air mineral 1500 ml yang dipotong bahagian atasnya selain buat lubang di bahagian bawah.
4. Sewaktu isi tanah dalam botol, jangan isi tanah sampai penuh. Letak tanah hingga 3/4 botol saja. Pastikan guna tanah yang tak keras supaya ubi lobak mudah membesar.
5. Kemudian masukkan anak benih lobak dan tanam, biarkan tenggelam semua batang. Tinggalkan daun saja tapi pastikan pucuk tidak tertimbus. Nanti anak pokok mati.
Ini lobak putih, elok suburnya.
6. Bila lobak semakin membesar, batang akan naik. Tambah lagi tanah, timbus batang sampai pelepah pertama. Jika tak buat begini lobak tak membesar dengan baik dan tak berisi.
7. Siram 2 kali sehari dan buang daun di bawah sekali. Lobak biasanya boleh dituai antara 60-90 hari.
Ini lobak merah, daunnya halus berbanding pokok lobak putih.
INFO
Lobak dalam gambar itu dituai pada usia 2 bulan. Ingat nak ambil daun untuk masak sayur air rupanya lobak dah ada isi.
Kalau tanam lobak putih, biasanya memang akan timbul sikit di permukaan.
Selain lobak boleh juga tanam sayur lain dalam botol ini.
Tip jika tinggalkan rumah dalam tempoh yang lama wajib letak duit siling dalam freezer, tak kiralah berapa sen pun.
Ini bukan cerita untuk ‘beranakkan duit’ atau elak ilmu hitam. Sebaliknya untuk memastikan keselamatan makanan dalam peti sejuk bila kita pergi bercuti dan tinggalkan rumah dua hari atau lebih.
Petua ini dikongsi oleh netizen di Facebook dan ia memang wajib kita amalkan kalau pergi bercuti. Dan ada penjelasan yang amat logik mengapa kita perlu lakukannya.
Ada kemungkinan berlaku gangguan bekalan elektrik
Bila kita tinggalkan rumah dalam tempoh lama untuk pergi bercuti, balik kampung dan sebagainya ada kemungkinan ketika itu berlaku gangguan bekalan elektrik. Perkara ini takkan kita tahu.
Kalau gangguan hanya dua atau tiga jam ia mungkin tak memberi kesan. Ia juga tidak datangkan masalah pada alatan seperti lampu, tv, kipas dan sebagainya kerana biasanya kita akan memadamkannya.
Tapi ia akan memberi kesan kepada makanan yang ada dalam freezer seperti ayam, ikan, daging, lauk pauk dan makanan sejuk beku yang kita simpan.
Lebih-lebih lagi kalau gangguan bekalan elektrik itu berlaku dalam tempoh yang lama mungkin setengah atau satu hari. Makanan dalam freezer ini bila sudah cair dan terdedah lama sudah tentu tidak elok untuk kita makan.
Duit syiling tentukan berapa lama elektrik terpadam
Macam mana kita nak tahu dan nak elak dari makan makanan yang sudah rosak ini?
Inilah gunanya letak duit syiling dalam freezer. Ia akan memberitahu kita berapa lama peti sejuk terpadam.
Caranya:
Masukkan 3/4 air ke dalam gelas atau bekas lutsinar. Kemudian masukkan ke dalam freezer, biar ia beku.
Selepas beku, letak duit syiling di atas bekas ini.
Setiap kali balik rumah lepas cuti panjang, periksa syiling dalam gelas itu.Jika syiling masih di atas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus!
Tapi kalau syiling tu di lantai gelas, bermakna ais tu sudah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama. Jadi jangan makan makanan dalam frezeer untuk elak keracunan makanan.
Kunyit ada beberapa jenis salah satunya kunyit kampung. Kunyit ini lebih digemari kerana rasanya lebih enak selain baunya tak maung.
Nak kenal kunyit kampung cuma lihat pada saiznya yang biasanya lebih kecil berbanding kunyit biasa. Kunyit jenis ini banyak dijual di Kelantan.
Selain kunyit kampung ini pun mudah saja penanamannya. Tanam malas-malas pun boleh hidup. Boleh ikut perkongsian dari Tukang Kebun ini
Cara ‘malas’ semai kunyit kampung
Kunyit kampung ini saiznya kecil sedikit. Dikatakan lebih sedap berbanding kunyit biasa. Di Kelantan banyak juga dijual.
Tahun lepas saya tanam polibeg, kemudian banjir besar kat Shah alam habis tenggelam pokok kunyit ni. Beberapa Hari selepas banjir daunnya habis buruk.Selepas dikorek dapat lah hasil seperti gambar di atas.
Lepas korek saya biarkan saja kunyit atas tanah polibeg. Tak perlu kambus pun, kalau nak kambus pun tipis saja.
Alhamdulillah Sekarang dah banyak daun. Dah boleh dipindahkan ke polibag atau pasu kekal.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...