Nak Buat Kebun Durian Tak Susah, Cuma Jangan Gelojoh Kena Sediakan 7 Perkara Ini Dulu Baru Tanam
Bila tiba musim durian dan harga durian pulak mahal, memang ramai yang memasang hasrat tanam sendiri raja buah ini.
Kalau dah ada tanah yang sesuai apa salahnya, terus buat kebun tanam dalam jumlah yang banyak. Tapi perlu diingat tanam durian ini bukanlah semudah terus tanam saja, ada aturannya.
Sebagai panduan asas boleh ikut perkongsian pengusaha kebun durian moden dan farmstay The Kebun.
Panduan tanam durian, sedia 7 perkara ini sebelum tanam
Jangan seronok sangat nak menanam, tanam mudah saja, tak sampai 5 minit boleh tanam 1 pokok. Tapi ini cara yang kami syorkan untuk mereka yang nak tanam durian.
Ads
1. Pastikan lubang tanaman disiapkan 2 minggu awal, korek, campurkan baja organik, campurkan CIRP (baja asas) sebagai penggalak akar.
2. Sebelum itu lagi, pastikan pagar semua dah siap, jangan tanam kalau belum sempurna nanti, lembu kerbau kambing masuk maakn pulak anak durian.
3. Siapkan sistem pengairan, “running” kan air seminggu dua, “hidupkan” busut.
Ads
4. Sebelum itu lagi, “harden” kan anak benih, jemur dan gasak di bawah panas matahari, tapi pastikan air dalam polibeng cukup jangan kering nanti mati pulak anak pokok.
5. Semasa tanam pastikan polibeg dibuka sempurna, jangan pecahkan ‘rootball’, tengok arah matahari, arahkan pokok yang kanopinya banyak daun ke arah matahari. Kemudian dapatkan microreza, masukkan sekali dalam lubang tanaman. Bakteria ini baik untuk simbiosis akar dan bakteria.
6. Tanam jangan dalam sangat, naikkan “1” aras polibeg dari tanah sekeliling. Walaupun tanam atas busut, tapi naikkan juga buat macam busut kecil, cara ini mempercepatkan akar banir keluar.
Ads
7. Lepas tanam, “netting” kan atau teduhkan sehingga 2,3 kali pusingan berpucuk, selepas itu buka netting dan mulakan pembajaan organik.
Nota: Nak tanam durian tak susah tapi sebelum tanam kena sediakan apa yang sepatutnya disediakan. Jangan gelojoh.
Bagi yang suka makan ulam, elok sangat kalau tanam kacang botor ini. Senang nak makan bila-bila.
Cara penanaman kacang botor ini juga cukup mudah. Cuma kalau nak pastikan cepat berbuah kena pilih jenis yang betul. Kena cari jenis yang berbunga putih. Perkara ini dikongsi oleh sahawan tani, Azuan Abdullah yang turut memberi panduan cara menanam kacang botor di rumah.
Tip tanam kacang botor supaya cepat berbuah
Kacang botor di belakang rumah sedang beraksi sahabat. Ada 7 pokok semuanya. Dah masuk minggu kedua tuaian. Tiap-tiap hari tuai. Sekali tuai tak banyak lagi, antara 5-15 biji sahaja. Syok tanam kacang botor ni. Antara tanaman yang mudah pengurusannya.
– Jika sahabat nak tanam, kena tanam yang jenis berbunga putih macam AA tanam ni. Sebab jenis ni akan cepat berbuah. Sekitar 2 bulan dah boleh tuai hasil.
– Yang bestnya tak perlu nak “prunning” buang daun bagai. Pokok cepat berbuah dan buahnya sangat banyak.
– Satu lagi jenis yang bunga warna purple. Jenis ni pokok memang subur molek. Namun sangat lambat berbuah. Paling awal 6 bulan lepas tanam baru berbunga. Usia setahun baru berbunga pun ada.
-Teknik siraman guna style banjir. 1-2 kali seminggu bergantung kepada cuaca dan kelembapan media.
– Pembajaan organik 2 minggu sekali. Baja siraman, seminggu sekali.
– Foliar organik seminggu sekali.
– Kawalan organik 2-3 kali seminggu bergantung kepada keadaan.
– Guna sekam buruk sebagai sungkupan.
– Tempoh produktif kacang botor bunga putih ni tak lama. Sekitar 4-5 bulan sahaja. Namun hasilnya sangat ohsem. Buktinya member boleh dapat RM70 ribu semusim tanaman untuk keluasan 1 ekar.
Selain ikan segar, ikan masin juga sedap dibuat gulai. Nak tambah sedap buat gulai ikan masin tumis darat.
Kelebihan tumis darat ini adalah rasa gulai lebih sedap dan aromanya harum sangat. Lauk ini memang tak sesuai untuk mereka yang diet. Memang akan menambah nasi.
Bagi yang nak buat untuk lauk tengah hari, boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Mariana Zainal.
Cara buat gulai ikan masin tumis darat
Bahan-bahan
2-3 ekor ikan duri masin/ikan talang masin (rendam, basuh dan tos untuk kurangkan masin)
4 sudu makan rempah kari ikan cap ‘O'(jenama lain pun boleh)
1 sudu makan serbuk cili
3 1/2 cawan santan daripada sebiji kelapa atau 1 kotak kecil santan segera bersama 3 cawan
2 cubit gula
Sedikit bahan perasa jika suka
Sedikit garam(jika perlu)
1/2 cawan air asam jawa sederhana cair
Terung bulat/panjang potong 4
Kacang panjang -dipotong
Bahan kisar
1 1/2- 2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit air
Bahan tumis darat
1 biji bawang besar hiris nipis
3 ulas bawang putih(hiris)
3 tangkai daun kari
1 sudu teh halba campur
5 tangkai cili kering (potong serong)
2 senduk minyak masak untuk menumis
Cara membuat:
1. Satukan bahan kisar, air asam jawa, rempah kari, gula, sedikit perasa dalam periuk atau kuali. Masak selama 5 minit supaya rempah masak elok.
2. Masukan santan, apabila mula mendidih masukan terung bulat. Bila terung sudah lembut masukkan ikan masin. Guna api sederhana dan kacau selalu untuk elakkan pecah santan.
3. Bila kuah mula menggelegak masukkan kacang panjang. Selepas sayuran lembut, sesuaikan rasa. Jika kurang masin tambah garam. Kemudian tutup api. Ketepikan.
4. Dalam kuali lain, panaskan minyak tumis bahan tumis darat hingga agak garing.
5. Kemudian tuang bahan tumis darat dalam bahan berkuah tadi dengan minyaknya sekali. Siap
Dah selesai masak mi kuning tapi bila makan rasa kapur. Memang spoil! Ini perkara biasa bila kita beli mi kuning yang dijual di kedai. Itu belum masuk lagi penggunaan pengawet.
Kalau dah bosan dengan rasa kapur dan bimbang dengan kesan pengawet jalan terbaik untuk terus menikmati mi kuning yang jadi kegemaran ramai ini adalah dengan menghasilkannya sendiri.
Baru selesai menghasilkan 6 KG mi yang dibuat sendiri. Tanpa kapur dan tanpa bahan pengawet.
Bahan-bahannya
1 kg tepung gandum 2 biji telur 1/2 sudu makan garam Pewarna kuning 1 gelas air (air agak-agak kalau keras tambah sedikit demi sedikit, adunan jangan lembik)
* 1 kg tepung gandum akan dapat 2 KG mi
Cara buat
1. Masukkan tepung dalam besen.
2. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul. Tuangkan ke dalam tepung. Masukkan pewarna kuning, gaulkan sekata. Kemudian masukkan air yang dicampur garam sedikit demi sedikit.
3. Uli hingga sekata, pastikan adunan tidak lembik. Bulatkan doh dan leperkan.
4. Leperkan doh menggunakan mesin mi. Sesuaikan ketebalan dari tebal ke nipis berulang kali. Mesin saya guna no. 7, berbeza ikut mesin.
5. Selepas doh nipis sapukan tepung di pemukaan doh. Kemudian masukkan kembali ke dalam mesin mi untuk memotong. Alas mi guna tudung periuk.
6. Panaskan air hingga mendidih dan letakkan sedikit minyak masak.
7. Masak seketika mi itu. Agak-agak mi timbul itu tanda mi sudah masak.
8. Angkat dan toskan, kemudian titiskan sedikit minyak supaya mi tidak melekat.
9. Bolehlah buat macam-macam resipi mi. Selamat mencuba.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...