Ramai dah tahu kebaikan oat yang sifatnya tinggi serat serta boleh mengawal kolesterol dalam badan. Tapi ramai yang tak lalu nak telan sebab rasanya yang kurang sedap. Lagilah kalau dibuat bubur. Muak katanya.
Disebabkan itulah walaupun tahu oat boleh membantu melangsingkan badan, namun kerana rasanya itu kita memilih untuk mengambil makanan lain.
Sebenarnya selain dijadikan bubur, oat ini boleh saja diolah menjadi hidangan yang lebih enak. Tak percaya boleh cuba resipi di bawah ini.
Nah, kami berikan 4 resipi oat yang mesti korang suka. Tak ada alasan lagi tak lalu nak telan oat ya.
Kepingan Ayam Dengan Oat
Bahan-bahan:
2 filet ayam tanpa tulang (dicencang)
10 sudu besar oat
½ biji bawang besar (dihiris)
½ inci halia (dihiris)
1 ulas bawang putih
1 sudu besar kicap cair
½ sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak tak tepu
Cara memasak:
1. Gaul ayam cencang dengan oat, bawang, halia, bawang putih, kicap cair dan garam di dalam mangkuk.
2. Setelah sebati, bahagikan kepada 4 bahagian.
3. Leperkan adunan menjadi kepingan nipis.
4. Panaskan minyak setelah sudu teh minyak atas kuali leper dan letakkan satu kepingan ayam di atasnya. Biarkan masak.
5. Setelah masak, angkat dan ulang hingga habis 4 keping.
Ads
Biskut Oat
Bahan-bahan:
1 cawan marjerin (dilembutkan)
1 cawan gula perang
4 biji putih telur
2 sudu besar susu rendah lemak
2 sudu teh esen vanila
1 cawan tepung gandum penuh
¾ cawan tepung serbaguna
1 sudu teh soda penaik
½ sudu teh garam
2 setengah cawan oat
1 cawan kacang kegemaran anda (dicencang)
Cara memasak:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 190 darjah celcius.
2. Pukul marjerin dan gula perang sehingga berkrim.
3. Tambah telur, susu, esen vanila. Pukul dengan sempurna.
4. Tambah tepung, soda penaik, garam, oat dan kacang. Gaul.
5. Senduk satu sudu besar adunan ke atas kertas pembakar. Susun di atas dulang pembakar.
6. Bakar biskut selama kira-kira 9-10 minit atau sehingga biskut menjadi rangup.
7. Biarkan biskut sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Ads
Susu Kocak Oat & Mangga
Bahan-bahan:
5 sudu besar oat (dikisar menjadi tepung)
1 mangga masak (kupas dan potong dadu)
1 cawan susu rendah lemak
1 sudu teh gula
½ cawan ketulan ais
Cara membuat:
1. Masukkan oat, mangga, susu, gula dan ais dalam pengisar.
2. Tuangkan ke dalam gelas dan hidangkan.
Pankek Oat
Bahan pankek:
¼ cawan oat
½ cawan tepung gandum penuh
½ sudu besar serbuk penaik
½ sudu teh garam
½ cawan susu rendah lemak
½ biji telur
1 sudu besar minyak masak
Bahan (inti):
5 biji strawberi
1 biji oren
1 biji epal merah
Ads
Cara membuat:
1. Masukkan semua ramuan penkek kecuali minyak masak ke dalam mangkuk dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak masak dan letakkan satu adunan penkek.
3. Ratakan adunan dan tutup penutup
4. Biarkan masak.
5. Potong strawberi, oren dan epal. Hiaskan di atas penkek.
Selain jem, peanut butter atau mentega kacang selalunya akan sentiasa ada di dapur kita. Sebabnya anak-anak memang suka mentega kacang ini untuk dimakan bersama roti.
Harga sebotol sapuan roti ini boleh tahan juga, mencecah RM10.
Tapi sebenarnya kalau nak jimat mentega kacang ini boleh saja dibuat sendiri. Percaya tak modalnya cuma lebih kurang RM2 saja sebotol.
Bahan untuk membuatnya pun mudah. Jom ikut perkongsian Sheila Cyla kalau nak jimat.
Bahan pun mudah
Siapa sangka dengan hanya bermodalkan lebih kurang RM2 boleh menghasilkan sebotol peanut butter sendiri. Barangnya pun cukup mudah…
200 gm kacang tanah – disangai tanpa minyak dan dibuang kulit
3 sudu besar minyak
½ sudu besar mentega
3 sudu besar gula
Sedikit garam
Cara nak buat lagi senang
Kisar semua bahan menggunakan pengisar kering sehingga hancur dan berkilat.
Tadaa…Dah siap untuk dimakan dengan roti atau biskut. Baki boleh simpan dalam botol.
Sehari dua ini biasa ramai yang akan menerima daging korban. Kadang kala sampai beberapa kilo.
Separuh akan dimasak dan selebihnya akan disimpan dalam peti. Tapi untuk menyimpan daging yang baru disembelih ini ada caranya. Bukan pakai masuk dalam ufreezer saja.
Kena ikut kaedah ini supaya kualiti daging itu terjaga dan tahan lama.
1. Jangan cuci daging korban sebelum disimpan
Sebelum disimpan, daging korban jangan dicuci. Jika dicuci guna air paip, kuman mungkin akan masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakkan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak pd keesokan harinya.
2. Potong dalam kuantiti kecil
Jika mendapat daging dalam jumlah yang banyak, jangan simpan daging keseluruhan daging dalam freezer. Cara yg betul ialah dgn memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.
Bila hendak memasak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan dalam jangka masa lama.
3. Elak terus simpan daging dalan ruang sejuk beku
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.
4. Jangan cairkan daging beku guna air panas
Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan ais dalmm daging atau daging yg beku menggunakan air panas. Cara yg betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia utk dimasak.
5. Jangan simpan pakai plastik hitam
Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat memicu sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar.
Satu perkara yang dirisaukan kaum wanita di musim perayaan ini adalah bila perlu memasak untuk tetamu yang ramai.
Sebabnya tak semua mahir memasak untuk hidangan dalam kuantiti yang banyak bagi menjamu tetamu yang ramai ini. Paling ditakuti hidangan tak mencukupi dan juga tak cukup masa memasak.
Agar ini tidak terjadi ada baiknya kita hadam tip berikut.
1. Buat persediaan awal Elakkan penyediaan di minit terakhir. Beli semua bahan atau keperluan lain seperti pinggan dan sudu garfu pakai buang seawal yang boleh. Potong juga bawang, sayuran dan daging sehari sebelum.
2. Pastikan menu tidak terlalu banyak. Tidak perlu menyediakan terlalu banyak hidangan kerana ia boleh membawa kepada stres. Anda hanya perlukan satu hidangan istimewa diikuti dengan sayuran mudah, sup dan juga makanan manis.
3. Guna resipi yang mudah Tidak perlu menggunakan resipi yang terlalu teliti. Pastikan resipi itu mudah diikuti dan tidak mengambil terlalu banyak masak. Jika boleh, gunakan resipi yang boleh dimasak terlebih dahulu dan di sejukkan di peti ais.
Contohnya, perap ayam atau sediakan asas sup sehari sebelumnya. Lebih banyak penyediaan yang dibuat bermakna anda tidak perlu bergegas untuk menyiapkan sesuatu hidangan pada hari perayaan. 4. Gunakan bahan-bahan sedia dimakan. Anda boleh menggunakan makanan bertin seperti nenas, puri tomato dan juga sos pasta dalam botol.
5. Membersih sambil memasak Sambil membuat penyediaan dan memasak, sebenarnya anda boleh membersihkan dapur pada masa yang sama. Apabila rendang sedang mendidih, basuh mana-mana mangkuk atau peralatan memasak yang tidak digunakkan. Sambil menunggu nasi dimasak, lap meja dapur sebelum memulakkan hidangan seterusnya!
Cermin pandang belakang yang pada setiap kereta berfungsi untuk memudahkan pemandu melihat bahagian belakang kereta tanpa menoleh.Tapi perasan tak ada satu klip di bahagian...