Nak Tanam Sayur Paling Mudah, Mulakan Dengan Bayam. Boleh Tabur Terus Biji Benih Atas Tanah

Share

 

Bagi yang baru nak cuba bercucuk tanam, bayam antara yang boleh ditanam. Ia mudah, tak perlu semai dan alih anak benih. Boleh terus saja tanam atas tanah, pasu atau polibeg.

Kalau nak tanam tepi rumah pun boleh, walau tanah tak berapa luas. Caranya boleh ikut panduan berikut;

1. Campur biji benih bayam dengan pasir. Tujuannya supaya bila ditabur nanti, anak benih tak tumbuh terlalu rapat. Tapi kalau tak dicampur pun tak mengapa.

2. Gemburkan tanah, boleh campur dengan tanah merah, tanah hitam dan cocopeat. Kemudian tabur biji benih tadi.

3. Apabila anak benih tumbuh empat helai daun, jika terlalu rapat boleh cabut dan tanam di tempat lain.

4. Siram dua kali sehari waktu pagi dan petang bagi memastikan tanah sentiasa lembap supaya anak bayam cepat membesar.  Anak bayam yang sedang membesar ini perlu didedahkan kepada cahaya matahari untuk subur.

5. Boleh gunakan baja organik seperti tahi ayam untuk lebih subur.

6. Bayam boleh dipetik lebih kurang 3 minggu selepas disemai dari biji benihnya. Namun ia bergantung juga kepada cara penjagaan kita.

Bayam yang dah matang jangan dibiarkan lama nanti keras. Tuai daun secara kerat dan tumbuh lagi.

Sumber: Foto Hafiz Hush

 

IKLAN