Nasi Goreng Pun Boleh Jadi Racun! Ini Cara Untuk Elakkannya

Share

 

 

Nasi goreng merupakan antara makanan yang berisiko untuk menyebabkan keracunan makanan jika tidak dikendalikan dengan betul.

Sebenarnya, semua nasi yang belum dimasak mempunyai spora kuman bacillus, spora ini jika terdedah dengan suhu dan air akan mula berkembang menjadi bakteria.

Oleh itu, jika nasi yang telah dimasak terdedah terlalu lama pada suhu bilik, kuman ini akan membiak, mengganda dan semakin banyak.

Mungkin anda sangka, memanaskan atau menggoreng nasi yang telah terdedah ini boleh mematikan kuman ini, jawapannya TIDAK.

Dalam tempoh 1-5 jam anda makan nasi goreng yang penuh dengan kuman Bacillus Cereus ini, gejala muntah dan cirit akan muncul. Ini petanda nasi goreng anda telah pun beracun!

Cara Cegah nasi goreng beracun!

  • Sebaiknya, terus makan selepas nasi dimasak
  • Simpan segera dalam peti sejuk dalam tempoh 1 jam selepas dimasak jika ingin simpan nasi
  • Elak menyimpan nasi dalam peti sejuk melebihi 1 hari
  • Jika panaskan, pastikan sehingga ada keluar wap
  • Elakkan memanaskan nasi lebih dari 1 kali

Sumber: Public Health Malaysia

 

IKLAN