Tempat paling kerap dituju bagi seorang wanita di rumah ialah dapur. Di situlah wanita selalunya membuat aktiviti memasak untuk menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang. Justeru perkakas dapur yang menarik, cantik dan sedap mata memandang menjadi satu hal utama bagi seseorang wanita.
Seorang peniaga online perkakas dapur yang menggunakan nama facebook Zarah MatDin selalu memuat naik produk jualannya. Nampak cantik dan berbaloi untuk dimiliki. Justeru sejak empat tahun berniaga online produk perkakas dapur ini, Zarah atau nama sebenarnya Zaharah Mat Din, 38, suka untuk berkongsi tip sebelum seseorang itu membeli pinggan mangkuk.
Nak beli barangan dapur murah klik sini dan guna kod promo diskaun ini.
Tip Sebelum Membeli Pinggan Mangkuk
Ads
1. Kewangan
Kenal pasti keupayaan kewangan yang anda boleh peruntukkan untuk membeli set pinggan mangkuk dan perkakasan hidang yang lainnya.
Sebelum membeli pinggan mangkuk yang anda inginkan, sila perhatikan dahulu kewangan yang anda ada. Ini kerana ada pinggan mangkuk yang berharga beratus ringgit. Jadi, sebelum air liur meleleh, tengok dulu poket anda. Sesuaikan kedudukan kewangan dengan pinggan mangkuk idaman anda.
2. Jenis pinggan mangkuk
Ketahui jenis pinggan mangkuk yang ada di pasaran. Terpulang juga pada anda untuk tentukan sama ada memilih material fine china, porselin,batu, kaca dan sebagainya.
Terdapat banyak jenis pinggan mangkuk di pasaran. Begitu juga dengan material yang digunakan. Jadi, mana satu yang anda lebih suka?
3. Set permulaan atau tambahan
Belilah pinggan mangkuk berwarna putih sebagai set permulaan yang perlu anda miliki. Ini kerana pilihan pinggan mangkuk putih lebih mudah digayakan dan tampak bergaya.
Ini tip paling bagus untuk anda yang baru kahwin atau baru duduk rumah sendiri. Beli set pinggan mangkuk warna putih. Elakkan beli yang bercorak dan berwarna-warni. Ini kerana warna putih lebih nampak bergaya dan mudah untuk dipakai.
Ads
Kalau pembelian sebagai set tambahan, barulah boleh beli warna lain atau pilih yang bercorak untuk menambah colour di dapur rumah anda.
4. Saiz
Salah satu perkara yang anda perlu ambil berat ialah saiz. Jika anda ingin gunakan untuk menghidang makanan untuk tengah hari atau malam, pastikan ia bersaiz besar untuk menampung kuantiti makanan yang lebih banyak.
Sebelum membeli, pastikan tujuan utama anda membeli set pinggan mangkuk itu. Adakah untuk makan makan, makan tengah hari, sarapan atau minum petang. Selalunya untuk makan malam atau makan tengah hari, set pinggan mangkuk perlu lebih besar. Jika minum petang atau sarapan, saiznya lebih kecil.
Ads
5. Kualiti
Utamakan kualiti produk untuk memastikan ia dapat digunakan dalam tempoh masa yang lama. Pastikan juga ia mudah diselenggarakan.
OK. Ini untuk pembelian yang berbaloi. Lebih mahal pinggan mangkuk itu, selalunya kualitinya lebih bagus. Jadi, kualiti yang bagus membuatkan pinggan mangkuk anda boleh digunakan dalam tempoh lama.
Pengakhiran yang indah, pergi dalam keadaan Husnul Khotimah. Kematian seorang gadis cantik dari Indonesia iaitu Allayarhamah Siti Aisyah Bahar dalam keadaan sujud ketika membaca Al-Quran selepas menunaikan solat Subuh mendapat perhatian bukan saja di Indonesia tapi juga di Malaysia.
Tapi rupanya bukan Siti Aisyah saja meninggal dunia dalam keadaan begitu, dari temu ramah yang oleh wartawan akhbar di sama rupa-rupanya 2 lagi adik beradiknya turut menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang sama.
Menurut ibunya Andi Ratna ketika ditemui wartawan di rumahnya mendedahkan kini sudah 3 orang anaknya dalam keluarga besar 8 beradik beradik meninggal dunia dalam keadaan mereka sedang beribadah.
Wanita itu menceritakan bahawa anak keduanya yang juga abang kepada Aisyah meninggal dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat malam tepat di tahayat terakhir.
Kejadian yang berlaku pada tahun 2011 pada usia arwah 26 tahun ketika menuntut di salah sebuah asrama pesatren iaitu tempat pengajian agama Islam terkenal di kawasan Pondok Gede, Jakarta.
Manakala anak ketiganya meninggal dunia usia 23 tahun dalam keadaan sujud ketika melaksanakan iktikaf malam di Masjid pada tahun 2009.
“Mereka semua meninggal dalam keadaan sujud. Allah SWT lebih sayangkan mereka semua” Kata Andi Ratna sambil menitiskan airmata ketika bercerita tentang Allayarhamah Siti Aisyah iaitu lebih mesra dipanggil Ica.
Mahasiswa terbaik lulusan institusi pengajian tinggi ternama tempatan, Universiti Hasanuddin pada tahun 2016 itu baru sahaja diterima bekerja di Makmal Penternak di Universiti.
Ica merupakan anak kelima daripada 8 adik beradik. Namun sehari sebelum masuk bekerja, Ica menghembuskan nafas terakhir. Gadis cantik ini sepatutnya bakal melangsungkan perkahwinan ditidak lama lagi.
Semalam berlangsung acara angkat sumpah oleh Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor yang baru sekali gus mengakhiri tanda tanya pengganti Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.
Berkhidmat di negeri yang mendapat gelaran negeri paling maju dan kaya di Malaysia sudah tentunya menteri besar yang baru ini bakal jadi tumpuan.
Bukan saja dari sisi politik tapi juga sisi peribadinya. Selain daripada menjadi ADUN Sg Tua selama tiga penggal, ini juga fakta menarik tentang MB baru Selangor.
1. Usia, 38 tahun asal Pontian, Johor sebenarnya
2. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Manusia dari Universiti Putra Malaysia (UPM)
3. Jadi wakil rakyat sejak usia 28 tahun
Mula bertanding sebagai calon untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) di DUN Batu Caves (kini Sungai Tua) dalam pilihan raya umum (PRU) ke 12 pada usia semuda 28 tahun. Amirudin kemudian terus menjadi ADUN Sg Tua selama tiga penggal sekali gus membuktikan beliau disenangi masyarakat setempat.
4. Isteri Masdiana Muhamad, cantik orangnya
Berumah tangga sejak 13 tahun yang lalu, Masdiana merupakan seorang suri rumah
Memetik laporan Selangor Kini, sejak awal berkahwin Amirudin sudah ingatkan isteri hanya 20 peratus dirinya buat isteri dan 80 peratus untuk rakyat, cuma kadang-kadang saja akan jadi seimbang 50 peratus.
Gara-gara geram melihat golongan lelaki memasuki koc wanita ketika menaiki Keretapi Tanah Melayu KTM), wanita ini memberanikan diri bersuara mempertahankan hak kaum hawa.
Ia bermula bila dia melihat seorang wanita yang bersama anak masih kecil hendak menyusu tapi tiada tempat duduk kerana koc wanita itu diduduki oleh kaum lelaki.
‘Hangin’ melihat lelaki-lelaki yang duduk tanpa rasa bersalah, Wan Amiasyazlia Meor kemudianya bersuara ”menghambat’ lelaki-lelaki yang berada dalam koc tersebut.
Walaupun dikecam oleh lelaki-lelaki yang berada dalam koc berkenaan namun dia memekakkan telinga, bertindak mengikut pendiriannya.
Tapi apa yang membuatkan dia terkilan, wanita sendiri yang dalam gerabak tersebut hanya memerhati dan mendiamkan diri bila hak mereka dirampas.
Posting Wan Amiasyazlia Meor telah mendapat perhatian puluhan ribu netizen, sejak dimuat naik di laman Facebooknya ia mendapat 23K like dan lebih 8K perkongsian. Rata-rata memuji keberaniannya tapi tak kurang ada juga yang mengecam hingga menimbulkan perbalahan di ruangan komen.
Nak tahu apa yang dilakukan? Ikuti perkongsian wanita ini yang tak dinafikan memang berani.
Aku benci perempuan diam
Aku benci perempuan yang diam bila hak dia dirampas. Aku benci dengan perempuan yang tak reti nak pertahankan hak mereka sendiri. Dan aku benci dengan perempuan yang masih membatu sangat mereka tahu diam mereka itu memberi kesan yang lebih teruk di kemudian hari.
Tak perlu la aku ambil contoh berat. Simple je senang kata tadi aku baru je lepas merambat 10 lelaki dari train KTM ladies coach. On my way nak balik rawang daripada shah alam dengan Wan Nurain Meor. Seat ladies coach full. Full dengan lelaki lelaki but at the same time perempuan berdiri (termasuk aku) okay tak pe lagi.
Tapi aku start panas hati bila sorang akak ni pegang baby. Baby dia mengamuk. Akak ni nak breastfeed kan baby tapi jejantan sekalian ni bukan main lagi dok tengok. Terkial kial akak tu nak handle dengan anak meragam. N lelaki as audience. Eh boleh buat muka bangang abadi pulak jejantan ni. Kita bagi chance lelaki ni duduk sambil tu kita pandang direct je. Sampai station subang jaya. Aku dah tak tahan. Makin ramai pulak lelaki yang masuk and buat do no je.
Kau bangun sekarang ! Tak payah nak buat bodoh
And i start to go in the middle of crowd. Elok je aku cakap suruh p transfer coach sebelah. Eh ade pulak sorang ni menjawab.
Lelaki 1 : “Apehal pulak nak bangun. Semua orang pon ada. Lantak biar la. Semak.”
Jawab dia sambil tu takda seketul pon lelaki yang berganjak.
Me : “Dah ada tulis dekat atas tu. Lambang pon ada. Tak reti baca ke or buta? Sini tempat perempuan. Awak ni perempuan ke?”
Lelaki 2 : “Menyibuk punya perempuan. Bising je”
Lelaki 1 : “biar dia. Bodoh bising punya perempuan”
bontot tu ta gerak lagi tu. berdesing telinga aku. Dan aku dah tak tahan dengan amarah aku. Betapa dangkalnya adab lelaki lelaki ni. Aku dah tak rasa cakap baik baik akan berjaya alih bontot mereka ni.
Me : “kau bangun sekarang ! Tak payah nak buat bodoh. Ni tempat perempuan. Kau bangun sekarang ! Kau pergi belah sana.”
Takde perempuan pun yang berani pertahankan hak bersama aku
Suara aku dah start tinggi. Masa ni coach sebelah pon boleh dengar. Semua pandang aku. Yep. Nampak la macam aku start cari pasal. Tapi kalau dah macam ni keadaan nya. Aku tak kisah dah.
Me : now ! Bangun sekarang ! 1, 2, 3, 4, (ada 4 orang lelaki) and kau bawak sekali yang dekat hujung sana tu. (Another group of man)
Lelaki 1 : “kau pergi la cakap sendiri. Bodoh je bising”
Me : “eh da buat salah tak tau malu lagi. Nak panggil orang bodoh dasar bangang !”
They start to move. Tapi mulut carutkan aku kalah p**i ayam. Semua perempuan cuma pandang aku. Aku benci sebab tak ada seorang pon perempuan lain yang berani nak stand with me, pertahankan sesuatu kelayakan yang #KeretapiTanahMelayu dah anugerahkan buat perempuan.
And korang perempuan biar je saat lelaki memaki aku (perempuan yang cuba pertahankan sesuatu yang merupakan hak korang jugak !) Sebab korang diam la dorang makin berani. Sebab ada lelaki dalam tu la lelaki lain masing masing rasa tak salah dok dalam tu.
Sebab sikap ignorant korang la membiak dan makin membesarkan sikap ignorant lelaki ni. Jadi apa guna nya ladies coach kalau korang pon sama tak pertahan kan? Jadilah perkataan “ladies coach” dan lampang kartun perempuan pink tu hanya sebagai sembang rakyat.
Pakcik buta sebelah mata juga hero
Sambil geng 4 orang ni gerak. Aku pon gerak sekali sebab nak pi slow talk dengan satu group lelaki yang dekat hujung tu pulak. (Foreigner bangladeshi rasanya)
Me : “excuse, can all of you transfer to other coaches? This coach is for ladies only.”
Takde cakap ape geng bangladeshi terus blah. Tersipu sipu je sengih nampak gigi.
Bila tengok balik tempat first tadi. Kakak tu tengah breasfeedkan baby dia. Diam dah budak tu. And tempat yang lelaki lelaki ni duduk semua dah ada orang duduk (perempuan).
Dan sepanjang panjang perjalanan untuk sampai, hanya aku je yang bersuara tiap kali ada lelaki nampak selesa je selamba badak di coach perempuan. KECUALI MASA…
Sampai dekat station kuala lumpur, punya la ramai lelaki buat bangang. seorang pakcik buta sebelah mata jadi my hero for today. Dari hulu coach sampai hilir coach perempuan ni dia kutip jejantan jongos dan halau depa soh pergi coach biasa. Beberapa kali pulak tu dia jalan dari hujung ke hujung.
To you pakcik, THANK YOU HERO
Yang aku bulatkan tu gambar my hero for today. ???
Nota kaki : ada insan yang pm mengatakan nama HERO aku tu En. RASHID dan dia mmg akan selalu buat macam tu masa dia dalam train ktm. And now dah ada polis bantuan yang round dalam ktm (bukan hanya di station tertentu) untuk halau mereka yang tak berkenaan.
At least ada tindakan susulan posting saya (Dear ladies, polis dan lelaki baik bukan superman nak selalu ada dimana mana korang berada. Kadang tu bila mereka tak ada takkan kita rela ditindas je. Padahal kita juga mampu mempertahankan sesuatu. Kalau tak mampu buat untuk orang lain. Sekurangnya buatlah demi diri sendiri) perempuan biar lembut tapi tegas ! bukan lembik.
Buat mereka mereka yang memanggil saya sebagai perempuan kurang adab, penipu, kaki sembang, kuat gado dan yg mengatakan saya yang mula kan perang mulut tu. Its totally okay for me kalau anda semua nak fikir saya macam apa or nak panggil saya sebagai apa.
Anda kan hakim dunia. Janji saya tahu apa yang saya buat. Saya lindungi kaum saya semampu saya. Saya jaga aurat seorang ibu yang nak susukan anak semampu saya. And i got no regret for that. Allah know my intention and reason behind my rage.
Terima kasih sebab viralkan posting saya ni. Saya pun tak jangka viral sebesar ni dan saya tak minta. Mulanya just nak suarakan rasa kecewa saya pada diam nya kaum sendiri. Tapi korang sampai bergaduh pulak lelaki perempuan. Adoi. Tapi sekurang nya sekarang ktm dah ambil tindakan sepatutnya. So harap korang stop la bergaduh ni. Lain kali kalau nampak benda tak betul depan mata. Terus je tegur. That is how kita nak menuju adab, akal fikiran dan minda kelas pertama.
Kepada Wan Amiasyazlia Meor tahniah kerana berani bersuara ketika wanita lain takut-takut. Semoga tindakan ini jadi pencetus semangat untuk wanita pertahankan hak mereka. Kalau hak tempat duduk dalam koc wanita kita tak sanggup pertahan, apatah lagi hak lain yang ‘dicabul’ golongan lain. Tak mustahil turut didiamkan dan sanggup biar diri jadi mangsa.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...