Semalam kaum India merayakan perayaan Hari Deepavali. Pun begitu, ada juga rakan selebiriti yang bukan berbangsa India melaram dengan busana sari. Sama-sama nak melaram sari pelbagai warna memeriahkan sambutan perayaan tersebut. Jom kita tengok gaya selebriti menggayakan sari. Mana satu yang paling menyerlah?
Bagi anda yang pernah berkunjung ke bandar raya Melaka mesti tahu betapa popularnya bersiar-siar sekitar bandar itu dengan menaiki beca. Namun pernah ke anda dapat kejutan dengan menaiki beca yang dikayuh oleh selebriti popular seperti Faizal Tahir.
Penyanyi lagu Ragaman ini telah membuatkan seorang pengguna Twitter, Sakinah Shahnon berada dalam keterujaan apabila dia menaiki beca dengan Faizal Tahir sebagai pengayuh becanya.
“Sebelum naik beca tu memang menggigil la sebab memang minat Faizal Tahir dari zaman saya sekolah lagi. Lepas dah naik tu, saya tengok dia sangat humble. Saya sangka akan jadi krik-krik sebab kalau saya gelabah, saya selalunya akan diam. Tapi dengan Faizal Tahir tak macam tu. Dia banyak cakap, dan saya pun jadi terikut banyak cakap. Bila dia mula nyanyi, aduhai, memang cair teruk,”
Dalam tweet Sakinah, turut ada video Faizal Tahir menyanyikan sedikit lagu Ragaman. Sambil mengayuh beca, Faizal menyanyi dan melayan kehendak Sakinah yang meminta Faizal mengulang bait-bait lagu tersebut.
Selesai mengayuh beca, Sakinah sempat bergambar dengan Faizal Tahir. Semestinya menjadi kenangan terindah buat Sakinah.
Sempat berlawak. Sakinah menurunkan komen begini.
Wey i sikit lagi nak mati tapi umur i panjang lagi seb bek
Komen itu mendapat respon lucu dalam kalangan pengikutnya.
Hey gais! Bestnya dapat jumpa Faizal Tahir in Melaka ? Dia sangat lah humble ♥️? pic.twitter.com/mgp0ygyGR3
Aksi sekumpulan individu membakar suar dan menunggang motosikal secara berbahaya di sekitar Bukit Bintang demi menghasilkan video promosi sebuah jenama pakaian akhirnya membawa padah apabila seramai 15 individu berjaya ditahan polis semalam.
Insiden yang sebelum ini tular di media sosial itu mengundang perhatian ramai selepas memaparkan beberapa individu melakukan aksi berisiko di tengah jalan raya awam sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.
Video tersebut memaparkan aksi membakar suar di atas sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sultan Ismail berhampiran sebuah restoran makanan segera di Bukit Bintang.
Turut kelihatan dalam rakaman itu ialah dua lelaki menunggang motosikal jenis scrambler elektrik secara melulu dan berbahaya di kawasan sibuk ibu kota.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sazalee Adam berkata kesemua suspek termasuk seorang wanita berusia antara 17 hingga 30 tahun ditahan menerusi beberapa serbuan berasingan di sekitar Batu Caves, Shah Alam, Kajang dan Dengkil.
Menurut beliau, operasi tangkapan dilakukan bermula jam 12.30 tengah hari hingga 10 malam semalam.
“Siasatan awal mendapati kedai pakaian berkenaan milik seorang suspek lelaki berusia 24 tahun yang beroperasi di Dengkil.
“Manakala wanita berumur 24 tahun yang ditahan pula berperanan sebagai penyelaras bagi penggambaran tersebut,” katanya dalam sidang media.
Lebih mengejutkan, polis mendedahkan bahawa sebahagian individu yang terlibat sebenarnya diupah khas untuk melakonkan aksi berbahaya tersebut.
“Lapan daripada individu yang ditahan itu dikesan telah diupah untuk melakonkan aksi menunggang motosikal secara melulu dan membakar suar dengan bayaran antara RM50 hingga RM700,” jelasnya lagi.
Difahamkan, aksi tersebut dilakukan sebagai sebahagian rakaman video promosi sempena ulang tahun kedai pakaian berkenaan.
Dalam operasi sama, polis turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Raptor yang disewa dan dipercayai digunakan semasa rakaman video tersebut dijalankan.
Selain itu, pakaian yang dipakai suspek ketika kejadian turut dirampas bagi membantu siasatan.
Tidak hanya itu, dua motosikal jenis scrambler elektrik turut disita selepas didapati tidak mempunyai pendaftaran sah.
Menurut pihak polis, motosikal berkenaan sebenarnya hanya sesuai digunakan untuk aktiviti luar jalan raya dan bukannya di atas jalan awam.
Sazalee berkata kesemua suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut.
“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka negatif dadah,” katanya lagi.
Kes tersebut kini disiasat di bawah beberapa peruntukan undang-undang termasuk:
Dalam masa sama, polis turut mengingatkan mana-mana pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), produksi kandungan mahupun jenama komersial supaya mendapatkan kelulusan pihak berkuasa sebelum melakukan sebarang aktiviti penggambaran di kawasan awam.
Menurut Sazalee, tindakan menghasilkan kandungan tanpa kawalan sehingga mengganggu keselamatan awam bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya lain, malah boleh mencemarkan imej negara.
Fenomena penghasilan kandungan ekstrem demi perhatian media sosial kini dilihat semakin membimbangkan apabila ada pihak sanggup mempertaruhkan keselamatan awam semata-mata mahu menghasilkan video tular.
Lebih membimbangkan apabila aksi seperti ini turut berpotensi menjadi ikutan golongan muda yang melihatnya sebagai sesuatu yang “cool” atau normal.
Hakikatnya, jalan raya awam bukan lokasi untuk aksi stunt atau eksperimen kandungan media sosial yang boleh mengundang tragedi dalam sekelip mata.
Semalam berlangsung acara angkat sumpah oleh Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor yang baru sekali gus mengakhiri tanda tanya pengganti Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.
Berkhidmat di negeri yang mendapat gelaran negeri paling maju dan kaya di Malaysia sudah tentunya menteri besar yang baru ini bakal jadi tumpuan.
Bukan saja dari sisi politik tapi juga sisi peribadinya. Selain daripada menjadi ADUN Sg Tua selama tiga penggal, ini juga fakta menarik tentang MB baru Selangor.
Mula bertanding sebagai calon untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) di DUN Batu Caves (kini Sungai Tua) dalam pilihan raya umum (PRU) ke 12 pada usia semuda 28 tahun. Amirudin kemudian terus menjadi ADUN Sg Tua selama tiga penggal sekali gus membuktikan beliau disenangi masyarakat setempat.
Berumah tangga sejak 13 tahun yang lalu, Masdiana merupakan seorang suri rumah
Memetik laporan Selangor Kini, sejak awal berkahwin Amirudin sudah ingatkan isteri hanya 20 peratus dirinya buat isteri dan 80 peratus untuk rakyat, cuma kadang-kadang saja akan jadi seimbang 50 peratus.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...