‘Pakai Baju Rizalman, Sekarang Kalau Nak Pakai Kena Jual Rumah.’ Sambut Anniversary Ke-15, Shiera Buat Throwback Lucu Momen Pernikahannya

Share

 

 

Sempena menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-15 hari ini pelakon dan juga pelawak Sharifah Shahira atau Shiera mengimbas kembali kenangan hari pernikahannya bersama Ijoy.

Sejak beberapa hari lalu Shiera telah memuat naik beberapa foto hari pernikahan dan majlis persandingannya di instagram beliau . Tapi yang menimbulkan kelucuan adalah kisah di sebalik gambar-gambar itu.

Memang dikenali sebagai seorang yang kelakar, kapsyen gambar itu membuat netizen yang membacanya tersenyum dan ketawa.

Cuba korang baca!

Dia janda, jadi separuh harga

Bunga telur tu bunga krismas

Mekap bayar adik beradik

Semua orang tanya mana Kinah

Sekarang nak pakai Rizalman, kena jual rumah

Buruk, lantak la janji kawin

Patung laki bini, kau ada

Pengapit aku Sharifah Sofea

Tahi lalat hidup tu buang kat Sg. Wang

Memang luculah Shiera ni.  15 tahun mendirikan rumah tangga hasil perkahwinan bersama Ijoy, mereka telah dikurniakan lima cahaya mata iaitu Airell, 14, Airra, 11, Auddra, 9 dan Adeena, 2 tahun.

Shiera sebelum ini turut mempunyai seorang anak perempuan, Allisya hasil perkahwinan pertamanya dengan vokalis Black Dog Bone, Jatt.

 

Sumber: shieraijoy

 

 

 

 

IKLAN