Sudah berusia 94 tahun beliau menjadi Perdana Menteri tua di dunia ketika ini. Tapi itu tidak menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menerajui negara. Malah ramai yang kagum dengan tahap kesihatan dan juga tenaga Tun Mahathir yang dilihat begitu aktif selain punya daya fikir tajam.
Tidak dinafikan beliau punya kelebihan sebagai doktor malah punya isteri yang juga seorang doktor tapi pasti ada amalan tertentu yang dilakukan dalam memastikan tubuh badan sihat pada usia menghampiri satu abad.
Menurutnya, tiada rahsia yang diamalkan cuma harus sentiasa mengamalkan hidup sihat.
“Jangan hisap rokok, minum arak dan makan terlalu banyak, itulah tiga perkara yang saya amalkan.
Ads
“Lagi satu, dalam soal penjagaan makanan, pastikan berhenti sebelum kenyang kerana jika tidak beringat maka perut pun mudah jadi besar,” katanya memetik daripada Sinar Harian Online.
Ikut petua ibu
Dalam pada itu ujar Tun Dr Mahathir hingga ke saat ini beliau masih mengikuti petua ibunya dalam menjaga pemakanan agar berat badan tidak mudah naik.
“Ibu saya kata, ketika tengah seronok makan, berhenti. Apabila kita biasakan diri dengan tabiat ini, ia akan menjadi lebih mudah.
Ads
“Sebab itu, seluar yang saya beli lebih 40 tahun dahulu masih lagi muat,” tambahnya.
Pernah berdepan dengan masalah jantung, Tun Dr. Mahathir turut memberi nasihat agar jaga jantung masing-masing kerana ia merupakan organ penting dalam tubuh badan.
“Jantung bekerja sepanjang masa, dari dalam rahim lagi hingga akhir hayat kita, jadi ingat-ingatlah sikit dan janganlah bagi ia kerja banyak.
Ads
“Bila badan kecil, jantung berupaya bekerja dengan mudah untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, tapi bila badan besar, organ tersebut perlu bekerja dengan lebih kuat lagi,” katanya.
Baru-baru ini pelakon, Zulin Aziz memuat naik gambar perbezaan bentuk badannya di instagram. Memang terbukti nampak perbezaannya. Dulu gemuk, tapi sekarang Zulin nampak lebih langsing dan cantik. Memang Zulin akui yang dia bersungguh-sungguh menguruskan badan sebab hendak mendirikan rumahtangga. Namun pelamin angannya musnah kerana tidak jadi berkahwin.
Pun begitu ada hikmah di sebaliknya apabila kini Zulin tampil lebih cantik dan menawan. VK menghubungi Zulin untuk mengetahui rahsia badannya kini lebih kurus.
Hilang 12 kg dalam tempoh dua bulan ialah satu kejayaan besar. Mengakui bukan mudah untuk berbuat demikian namun Zulin percaya semuanya boleh jika impian itu sudah terpahat dalam diri.
“Saya bermula dengan berat 82 kg. Selepas amalkan diet, berat saya tinggal 70 kg. Tak ada jalan singkat nak kurus. Saya amalkan rutin aktiviti fizikal di gimnasium.”
Menurut Zulin, dia pergi ke gimnasium sebanyak 4 kali seminggu. Latihan work out biasa dan juga muay tai atau boxing. Latihan ini diajarkan oleh jurulatih bertauliah di gimnasium.
“Kalau sibuk dengan shooting, saya tetap cari ruang untuk pergi ke gimnasium. Kalau tak dapat langsung pun, sekurang-kurangnya sekali seminggu. Kena pergi.
Menurut Zulin, perkara yang ditekankan oleh jurulatihnya ialah pengambilan gula. Ini kerana gula mudah buat seseorang itu jadi gemuk.
“Memang tak ambil gula langsung. Kena biasakan diri. Ketika awal-awal diet memang saya disiplin bab gula ni. Namun selepas dah semakin turun, jurulatih bagi ambil sikit. Dah terbiasa tak ambil gula, jadi tak ada rasa nak ambil pun.”
Ada yang suka diet secara bersendirian. Ada juga yang suka diet bersama rakan-rakan. Namun Zulin memilih diet dipantau oleh jurulatih kecergasan yang turut memantau dietnya.
“Apabila ada trainner, ada orang yang ingatkan kita mengenai diet. Ada yang memantau. Kalau tanpa trainner, kena ingatkan diri sendiri. Kalau saya, nak ingatkan diri sendiri mengenai misi diet ni memang tak jalan. Jadi, saya pilih ada trainner untuk jadi lebih disiplin.
Jurulatih bukanlah terlalu bertegas. Ada cheat day yang saya dibenarkan untuk makan apa yang saya nak makan. Tapi bila dah terbiasa dengan pemakanan yang disuruh oleh trainner, pada hari cheat day pun kita dah tak nak makan sangat.
Wow! VK kagum dengan Zulin yang boleh turun 12 kg dalam masa 2 bulan. Takpelah tak jadi kahwin pun dik. Asalkan badan lebih sihat, hati senang. Insya-Allah yang datang nanti orang yang hebat untuk adik.
Sejak Lisa Surihani, pelakon anak dua berkongsi amalan Intermittent Fasting (IF) untuk menurunkan berat badannya semakin ramai pula yang teruja mahu mengetahui tentang IF ini.
Tapi apa yang ramai tak tahu selain dari mampu menurunkan berat badan IF atau amalan puasa 16 jam ini ada banyak lagi kebaikan kepada tubuh.
Perkara ini didedahkan oleh Dr Siti Juriah atau Dr Jue dalam satu perkongsian video live yang dilakukan baru-baru ini.
Terdapat banyak manfaat IF yang disingkap oleh Dr Jue yang rasanya rugi jika kita tak mengamalkannya dan ia termasuklah mengelakkan kita dari terkena kanser.
Bagi yang tidak tahu secara ringkasnya IF ini adalah kaedah mengatur waktu untuk memberi usus kita rehat minimum selama 16 jam. Bagi umat Islam ia sinonim dengan amalan berpuasa.
16 jam berpuasa, 8 jam lagi adalah waktu yang dibolehkan untuk makan.
Menurut Dr Jue dalam tempoh 16 jam itu kita hanya boleh minum air kosong atau air tanpa gula dan kalori.
Sebagai contoh sekiranya kita mulakan IF pukul 10 malam yakni pada waktu kita mula tidur bermakna kita akan ‘skip’ sarapan dan hanya boleh mula makan pada jam 3 petang.
Dalam tempoh 16 jam puasa itu kita boleh minum air kosong, green tea atau air tanpa gula. Masa untuk IF terpulang pada kita tapi ia haruslah 16 jam.
IF boleh dilakukan seminggu sekali atau selang sehari tapi tak perlu dilakukan setiap hari kerana tubuh akan ‘adjust’ dengan perubahan, jadi apa yang kita harapkan tak terjadi.
Akan tetapi kata Dr Jue, selain daripada untuk menurunkan berat badan IF atau amalan berpuasa ini ada banyak lagi kebaikannya. Berikut adalah penjelasan Dr Jue tentang manfaat IF:
IF boleh beri perubahan kepada fungsi sel, genetik atau hormon. Sewaktu berpuasa ini hormon insulin dalam tubuh kita akan turun. Hormon insulin dalam tubuh perlu rendah sebab ia sesuatu yang tak bagus.
Insulin membawa masuk gula dalam sel yang kemudian menukar karbohidrat jadi gula. Inilah yang akan menyebabkan kita gemuk. kadar insulin yang tinggi akan buat kerosakan pada badan, ia tidak baik kerana ia adalah radang, ia menyebabkan kerosakan saraf pada mata dan salur darah.
Tapi bila berpuasa kadar insulin akan turun dan secara tak langsung radang pun tak bermula, kemasukan gula dalam sel lemak tak berlaku. Jadi tak berlaku kegemukan sebaliknya lemak akan dibakar.
Semasa kita berpuasa, hormon yang turut berubah adalah Human Growth Hormon (HGH). Orang yang gemuk boleh kurus dengan menyuntik HCG dan selain itu hormon ini juga memudakan kita.
Bila kita berpuasa, hormon ini akan meningkat dan saintis sudah membuktikan ia meningkat 5 kali ganda. Kalau tak puasa hormon ini hampir kosong dalam tubuh kita.
Apabila berpuasa badan akan keluarkan hormon ini. Akan berlaku fat burning effect malah akan berlaku juga perkara lain dalam tubuh iaitu pembaharuan sel. Ini bermakna bila berpuasa sel-sel ada proses untuk memperbaharui sel-sel dalam tubuh.
Bila berpuasa tahap metabolisme akan meningkat. Kita gemuk kerana tahap metabolisme rendah. Bila tak puasa kita tak cabar tubuh sendiri jadi metabolisme akan jadi rendah, hormon pula statik dan perkara ini akan meyebabkan kita sakit dan cepat tua.
Sebab itu kita kena puasa, bagi umat Islam kita digalakkan berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau bagi yang tak kuat semangat boleh lah buat IF, puasa 16 jam yang termasuk waktu kita tidur.
Mereka yang mengidap diabetes jenis 2, dalam tubuh mereka ada banyak ‘insulin resistance’ tapi insulin ini tak boleh digunakan, ia tak boleh berfungsi masukkan gula dalam sel. Jadi gula akan banyak dalam salur darah kerana tak boleh masuk dalam sel.
Gula yang banyak ini akan buat kerosakan pada tubuh. Tapi bila pesakit ini puasa, ia akan kurangkan ‘inslulin resistance’ sekaligus memulihkan penyakit diabetes jenis 2. Mengikut kajian bila kita melakukan IF ini insulin boleh turun sebanyak 20-31 peratus dan tahap gula akan menurun antara 3 hingga 6 peratus. Jadi kena amalkan.
Oxidative stress adalah keadaan di mana jumlah free radikal di dalam tubuh melebihi kapasiti tubuh untuk meneutralkannya. Free radikal ini adalah bahan toksik tak boleh sebabkan kanser
Bila badan ada banyak free radikal atau radikal bebas ia boleh mengganggu DNA yang kemudian boleh berubah menjadi sel-sel yang ada kanser
Tapi bila kita berpuasa ia akan kurangkan oxidative stress dan kajian sudah dibuat tentang perkara ini. Ia boleh dikurangkan dengan puasa. Free radikal akan menurun, radang kurang, DNA tidak akan diusik dan kuranglah kita dapat penyakit.
Puasa juga boleh turunkan tahap kolesterol, LDL, Triglycerides dan kolesterol jahat. Tak perlu makan ubat, cuma puasa saja.
Puasa juga membaiki sel, ia boleh buang bahan kotor dalam sel. Sel rosak dalam tubuh sentiasa ada, macam mana ia akan dibuang? Sel akan rosak pecah dan dimakan oleh sel dalam tubuh kita sendiri. Ini cara pembersihannya yang dinamakan autofaghy dan keadaan ini akan berlaku bila kita puasa.
Bila tiada sel rosak, susah untuk terbentuknya kanser dan ia kurangkan penyakit nyanyuk. Puasa atau IF juga boleh halang kita dari kena penyakit seperti kanser, sakit jantung, strok dan pelbagai lagi penyakit. Semua ini dah dibuat kajian oleh saintis.
IF boleh menjadikan otak bijak kerana sel akan diperbaharui . Sel-sel dalam otak akan tumbuh yang baru. Ingatan akan tajam, bersih dan senang menghafal.
Selain untuk kurus, puasa ada banyak manfaat. Kita dapat kesihatan yang baik dan juga pahala. Dari sudut kesihatan, manfaat puasa itu sudah terbukti dari segi saintifik.
Ia boleh elakkan banyak penyakit. Saya sendiri pernah menggabungkan puasa dengan diet ketogenik iaitu diet tanpa karbohidrat semasa bulan ramadan dengan anak-anak.
Saya dapati anak tak mengantuk lepas sahur, cergas sampai pagi. Takde kompelin, migrain malah sihat.
Inilah the best of fasting jadi sebaiknya amalkan. Seeloknya kita amalkan puasa sunat Isnin Khamis, selain dapat pahala ia juga menyihatkan tapi bagi yang tak kuat semangat bolehlah lakukan IF.
Selepas tamat tempoh berpantang bulan lalu, ramai yang memuji penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tampil langsing.
Turun lebih 17kg sewaktu dalam pantang sebenarnya bukan mudah untuk menurunkan berat badan selepas bersalin. Ada wanita yang masih gagal mendapatkan bentuk badan lama walaupun dah berbulan-bulan melahirkan.
Bagi Siti, faktor penyusuan banyak membantunya menurunkan berat badan selain khidmat pakej berpantang taraf 5 bintang.
Tapi terbaru semalam isteri Datuk Khalid Jiwa ini melalui instagramnya telah berkongsi insan-insan yang banyak membantunya untuk tampil langsing.
Seramai lima orang menjadi tulang belakangnya dalam merawat diri dan juga Siti Aafiyah selama dalam dan selepas berpantang.
Semua mereka itu adalah daripada team Natalis Mother Care pakej berpantang yang digunakan.
“Sewaktu hamil dahulu, saya berdoa agar proses kehamilan dan bersalin saya berjalan baik dan selamat. Alhamdulillah. Selepas melahirkan, saya sangat bersyukur kerana ada insan-insan yang menjaga dan mengambil berat soal penjagaan berpantang, pemakanan dan juga menjaga anak saya, Aafiyah.
Saya harus dan ingin berterima kasih kepada @natalismothercare iaitu Puan Suzi dan saudara Danish yang memperkenalkan Kak Susi, Kak Nor dan Ira kepada saya dan Aafiyah. Saya tidak nafikan, mereka ini menjadi tulang belakang saya sehingga ramai yang memberi komen mengenai penampilan terbaru saya selepas bersalin.
InshaAllah saya akan terus menggunakan khidmat mereka selepas ini walaupun akhir Mei ini, perkhidmatan mereka akan tamat. Namun, saya pasti akan membuat rawatan susulan nanti.
Jika anda puji dan komen saya nampak kurus sekarang, mereka inilah salah satu sebabnya selain melalui fasa baru sebagai seorang ibu, berjaga malam, menyusukan bayi, tidak cukup rehat dan sebagainya. Terima kasih di atas layanan, khidmat, bantuan dan kerjasama @natalismothercare selama hampir 2 bulan setengah bersama.”
Rupanya mereka inilah yang banyak bantu Siti untuk rawatan berpantang, pemakanan dan penjagaan anak. Bagus Tok Ti, siap buatkan posting di instagram lagi untuk mereka ni sebagai penghargaan.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...