Meski teringin untuk menunaikan solat tarawih di masjid yang tentunya lebih besar ganjaran kerana berjemaah pada bulan Ramadan ini namun tanggungjawab sebagai ibu menyebabkan ada wanita terpaksa memendam hasrat tersebut.
Tapi Islam itu memudahkan, walaupun tidak dapat melaksanakannya di masjid berjemaah, kaum ibu terutama yang punya anak kecil boleh saja melakukannya di rumah dengan cara yang ringkas. Lebih dari itu solat di rumah itu sebenarnya lebih afdal bagi kaum wanita.
Solat tarawih didirikan selepas menunaikan solat Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi kaum ibu boleh menunaikannya selepas anak kecil tidur dan selesai melakukan kerja rumah agar dapat mengerjakan solat dengan tenang.
Bagi ibu yang punya anak kecil dan sukar ditinggal lama maka boleh melakukan solat sunat tarawih yang paling ringkas ini di rumah.
Panduan solat tarawih ringkas, sendirian di rumah
● Niatnya : أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى “Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
● Bacaan-bacaan di dalam solat adalah sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja.
● Rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.
Ads
● Oleh kerana solat tarawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, 20 atau sebagainya).
● Segala bacaan di luar solat, seperti selawat dan doa tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat.
Tidak ada larangan untuk berselawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
Panduan solat sunat witir
Solat tarawih diikuti oleh solat witir. Ia adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad.
Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Ads
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat-solat sunat yang lain.
● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ “Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala”
● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ “Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala”
● Doa Solat Witir “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai…
Dari berat 92 kg kini dah tinggal 68 kg. Turun 24 kg ya! Paling best muka pun boleh berubah bila dah kurus. Terserlah cantik orangnya.
Moga kisah Anis Salwani Aziz ini jadi inspirasi buat mereka yang mahu menurunkan berat badan.
Cerita Anis dia tekad bila masalah berat badannya itu menyebabkan tumitnya sakit dan sukar untuk solat. Nak menangis kerana sakit katanya.
Enggan lagi berdepan dengan situasi begitu, Anis mengambil keputusan untuk berdiet. Untuk penurunan 10kg pertama 12 tip inilah yang dilakukan.
Kini tinggal 4kg lagi untuk diturunkan, sekaligus membolehkan Anis mencapai misinya berat idealnya 64kg, sesuai dengan ketinggiannya 163 sentimeter.
Assalamualaikum ramai yang pm mek tanya makan apa? Ni mek share untuk yang nak turun berat cara sihat. Mek share ni utk kebaikan bersama, utk sihat sama-sama.
Ni menu mek utk lost weight 10kg pertama, utk kg seterusnya menu lain pulak. Follow menu ni dulu lah ya.
1. NO air manis
2. NO air ais
3. Minum 3 liter air sehari,at least.
4. NO makanan bergoreng
5. Minum green tea kosong tanpa gula time breakfast dan sebelum tido
6. BREAKFAST 6.30pm – 8.30am wajib
Conflakes kosong tak boleh Cococrunch, Honeystar ke tak boleh (try Kellogs Conflakes, sedap) dengan low fat milk (brand Farm Fresh bagus tapi expired cepat ,so amik Dutch Lady low fat milk pun dah ok)
ATAU
Telur 2 biji, tak kisah masak ke separuh masak ke ATAU overnight oat (rendam oat dlm susu low fat semalaman, nak makan baru tabur buah).
7. SNACKING-10.00 am – 11am
Buah apple hijau, pisang atau apa apa buah buahan, yogurt pun bagus. Yogurt amik yg natural low fat (lagi baik greek yogurt). Snacking nie bagus untuk mengelak kita makan banyak time lunch n dinner .
8.LUNCH 12.30PM-2.00PM Wajib
Nasi segenggam (seeloknya brown rice ) + ikan bakar@ayam bakar@telur+sayur banyak lagi bagus.. Nasik tak boleh ada kuah, kalau tak boleh mkn nasi kering bubuh la 2 sudu kuah JANGAN lebih. Lunch kalau tak mau nasi leh tukar ke roti. TAPI BUKAN ROTI PUTIH, boleh amik roti Gardenia Canadian Purple Wheat (plastik color purple) @ wholemeal Gardenia (plastik hijau). Tapi paling bagus purple tu sbb GI rendah, GI tu kandungan karbo.
9. DINNER 6.00PM -8.00pm
Apple hijau & sup ayam atau sayur
10. workout at least 3 kali seminggu
Apapun pemakanan tu penting. Workout saja makan tak jaga memang berat tak akan turun tapi jaga pemakanan tak workout berat mesti turun (lambat ) workout dan jaga pemakanan mesti turun (cepat).
11. Tido kena cukup
12. Tak leh stress -stress
Nota: Untuk permulaan kalau tak boleh yang atas, cuba slow-slow kurangkan portion makanan. Contoh breakfast makan nasi lemak dua bungkus, kurangkan jadi sebungkus.
Macam tu jugak dengan lunch, selalu lunch nasi tambah amik nasi biasa, next kurangkan separuh pasti baru kurangkan ke segenggam atau suku.
Perkongsian cerita jalan hidup Dr. Saidatul Husna atau lebih dikenali sebagai Dr. Sai Munger di Facebook memang menarik. Bukanlah berasal daripada keluarga berada. Malah ibu bapanya sanggup menggadai tanah demi melihat anaknya itu berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Mesir.
Tidak pernah keluar dari tanah kelahirannya, Kelantan, namun beliau berjaya melalui kehidupan selama 6 tahun di perantauan demi berjaya dalam pengajian. Beliau ialah salah seorang daripada 12,000 penuntut yang dibawa pulang ke tanah air ketika Mesir dalam keadaan darurat akibat rusuhan pada kejatuhan Presiden Mubarak dulu.
Sebagai doktor muda, Dr Sai Munger meraih perhatian di laman sosial dengan perkongsian yang bukan sahaja mengenai sakit puan, namun mengenai motivasi-motivasi yang sangat santai.
Antara perkongsian beliau di laman sosial ialah mengenai jati diri kewanitaan. Ini kerana beliau sendiri pernah melalui kehidupan yang amat sukar kerana fitnah. Tidak sanggup melalui kehidupan yang penuh getir, pernah tertekan sehingga hampir meragut nyawa sendiri.
Tekanan demi tekanan sedikit pun tidak melelahkan. Dia bangkit setelah puas berdoa kepada ALLAH sehingga ditemukan dengan motivator yang merobah mentalitinya. Kini, dia berjaya bergelar doktor dan ingin menjadi manusia bermanfaat kepada lebih 10,000 pengikutnya di Facebook serta seluruh masyarakat.
Baru-baru ini beliau memuat naik 20 formula asas wanita berjaya. Ternyata formula asas itu lebih kepada bagaimana wanita lebih mudah positifkan diri untuk mencapai kejayaan dalam hidup sekali gus lebih bahagia melalui kehidupan di muka bumi ini.
Definisi kejayaan berbeza bagi sesetengah bangsa dan masyarakat. Wanita yang berjaya pada pendapat saya adalah mereka yang sekurang-kurangnya lengkap dengan dua jenis kriteria ini iaitu:
1) Patuh pada perintah agama. 2) Bijak menempatkan diri dalam masyarakat dan menambah nilai kepada keluarga serta orang luar.
Wanita yang berjaya tidak hanya berada di dalam rumah. Skop tugasan mereka sebenarnya luas. Mereka bijak berdikari, mengurus masa, kewangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada pendapatan mak ayah atau pasangan.
Tanggungjawab kepada karier dan keluarga perlulah seimbang di samping berkhidmat kepada masyarakat.
Peranan yang besar dan berat tidak menyebabkan dia lupa untuk mencintai dan menghargai diri.
Wanita berjaya adalah hero untuk dirinya sendiri dan orang sekeliling.
Setiap wanita tidak akan terlepas daripada pelbagai jenis ganguan perasaan. Emosi yang tidak stabil akan menghasilkan tindakan yang kurang rasional. Jadi mereka perlu lebih bijak mengawal emosi pada masa hadapan.
Ada kalanya frasa kunci mulut atau diam itu lebih baik daripada bersuara kerana dibimbangi percakapan kita banyaknya datang daripada emosi dan perasaan, bukan daripada rasional dan lojik.
Walaupun payung tidak mampu menghalang hujan dari jatuh ke bumi, sekurang kurangnya ia mampu menghalang kepala kita daripada kebasahan.
Begitulah analogi hidup. Hujan itu kita anggap sebagai ujian, manakala payung pula sebagai penyelesaian.
Setiap kejayaan dalam hidup pasti akan menempuh pelbagai jenis jatuh bangun. Justeru penting kita mencari punca kepada setiap masalah. Menuding jari dan menyalahkan mana-mana individu tidak akan menyelesaikan masalah.
Cuba berfikir secara rasional dan bertindak secara bijak. Bantu rakan sekerja atau pasangan menyelesaikan kemelut yang melanda adalah lebih baik daripada melepaskan mereka sendiri dan terus menyalahkan sebelah pihak.
Jika perkara sebegini berlaku kepada kita, sewajarnya kita refleksi di mana salahnya dan cuba betulkan. Namun sekiranya kita dituduh salah sedangkan kita di pihak yang benar, anggaplah tohmahan itu seperti batu bata. Sakit bila dilempar, namun bermanfaat jika batu bata itu kita susun menjadi tapak asas kepada kekuatan diri sebelum membina sebuah bangunan yang gah.
Saya teringat satu frasa dalam bahasa Inggeris, There is no elevator to success, you have to take the stairs. Maksudnya lebih kurang begini. Tiada lif menuju ke arah kejayaan, kamu perlu menaiki tangga. Ini bermakna kejayaan yang relevan dan berterusan memerlukan perjuangan ‘mendaki tangga’ yang bertingkat dan bertahap.
Maka, dalam proses kita mendaki ke atas, pasti ada sifat-sifat lemau, malas yang memperlahankan perjalanan. Hasilnya kita jadi kurang bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita inginkan. Cara untuk atasi semua ini, ada 3 pesanan yang boleh saya kongsikan iaitu
1) TETAPKAN MATLAMAT YANG JELAS. Seeloknya tampal segala jenis visi misi, siapa kita dalam 10, 30 dan 50 tahun akan datang. Lakarkan dalam bentuk peta minda. Boleh mulakan lakaran impian kita dengan ‘WH Questions’ seperti dengan Siapa, Apa, Bagaimana, Di mana, dan Bila kita akan menikmati suasana kejayaan yang diimpikan.
2) KENALI POTENSI DIRI. Kita semua istimewa. Elbert Einstein pernah berkata,
” Kita semua adalah genius. Tetapi jika ikan di dalam kolam disuruh memanjat pokok, pasti ikan itu tidak mampu. Cuba kita minta dia berenang sejauh mana yang mungkin, pasti berjaya. Itulah yang ingin saya fokuskan, kenali dan kaji apa potensi diri.
Ramai di antara kita yang minat menulis, melukis, menjahit, berpotensi membuat ucapan yang berpengaruh, bersukan, memasak, berseni, dan sebagainya.
Bakat itu ada, cuma kita jarang beri peluang kepada diri untuk meneroka lebih lagi. Kita cenderung untuk berjaya jika apa yang kita usahakan adalah berdasarkan minat dan keghairahan.
3) CARI GURU ATAU MENTOR. Walaupun guru bisu datangnya daripada pengalaman, kita masih memerlukan guru yang boleh berkata kata, supaya bila mana motivasi jatuh dan kurang produktif, guru atau mentor ini boleh bantu untuk jalan terus.
Suri rumah atau wanita berkerjaya, kedua-duanya adalah karier. Suri rumah juga bekerja dan berkhidmat untuk keluarga. Jadi wajar kita senaraikan ia sebagai satu daripada pilihan pekerjaan.
Ramai suri rumah di luar sana yang berjaya mengekalkan prestasi yang baik sebagai ibu, isteri, malah ada yang mula bergiat dalam dunia bisnes.
Ramai suri rumah sepenuh masa yang memegang status jutawan ketika masih muda. Kagum bukan. Berjaya dalam usia belia. Inilah wanita luar biasa yang boleh dijadikan inspirasi untuk suri rumah khasnya dan semua wanita umumnya. Apa yang penting, status bukan ukuran, tetapi azam, tekad dan usaha penentu bagaimana kita berakhir.
Bila tetamu nak datang rumah, seperti biasa barulah kita kemas rumah dan tukar apa yang patut. Keluarlah semua pinggan baru, begitu juga dengan alas meja, telekung dan sebagainya. Sedangkan bila tiada tetamu kita pakailah pinggan plastik dan pinggan kaca lama malah ada yang sumbing.
Perkongsian daripada Nurlia Mohd Nor ini mengingatkan kita bahawa tak perlu tunggu tetamu datang untuk menyediakan yang terbaik. Seharusnya kita merai ahli keluarga terlebih dahulu dengan perkara terbaik yang kita ada.
Pinggan mangkuk untuk kegunaan family dalam rumah sebolehnya jangan tangkap muat. Kalau raikan tetamu kita kalut keluarkan pinggan mangkuk cantik, sebenarnya di rumah pun sama. Tak kisah la plastik/ kaca tapi make sure kalau boleh seragam.
Biasa kalau ada anak kecil kita prefer plastik kan. Mahal atau murah tak jadi isu, tapi biarlah sedap mata memandang. Yang sebenarnya family dalam rumah ini lagi kena raikan. Takkan tunggu tetamu datang baru suami/ anak- anak dapat merasa guna pinggan cantik kan.
Mak dulu pinggan Pyrex kaler coklat dia guna untuk pakai harian. Kata Abah,“Buat apa simpan. Dah beli guna. Bukan boleh bawa mati pun…”
Pastikan telekung kita bersih dan cantik. Mampu beli yang mahal, belilah. Bila nak jumpa orang kita beria pilih baju cantik, siap make up bagai tapi nak mengadap Allah kenapa tak boleh cantik jugak kan. Tetiba jadi berkira dan cincai saja.
Janganlah pakai telekung yang dah bertahi lalat, dah kuning dan kusam. Murah pun tak apa asalkan bersih. Mak dulu telekungnya sentiasa bersih. Kalau tak sebab reput/ kain dah jarang memang boleh guna lagi. Bila Mak meninggal saya wakafkan telekung- telekung dia yang masih elok di surau- surau.
Ada masa sejadah perlu dicuci. Jangan biarkan berbau kepam. Macam mana kita nak perkara lain pun cantik dan elok, sama jugalah dengan sejadah. Nak menghadap Allah jangan ambil mudah. Sampai masa kalau perlu tukar baru, tukarlah. Baju boleh beli dan tukar, kenapa sejadah tak bolehkan.
Beberapa hari lepas saya beli set pinggan mangkuk ni memandangkan set pinggan mangkuk Ikea yang kami guna seharian dah banyak yang sumbing/pecah. Incik suami suggest beli yang baru. Senang, tetamu datang pun guna yang ni, orang dalam rumah pun pakai juga yang ni. Harta benda dah beli, sila guna.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...