Umum mengetahui bahawa pelakon berbangsa Cina berbakat besar, Adam Corrie Lee telah menimang cahayamata pertama selepas 10 tahun berkahwin. Banyak kali isterinya mengalami keguguran, namun berkat kesungguhan dan doa yang dipanjatkan setiap hari, akhirnya pasangan ini dapat menimang anak sendiri.
Setelah seminggu bergelar bapa, Adam Corrie menceritakan pengalamannya menjadi bapa. Tak tidur malam adalah perkara biasa bagi bayi yang baru berumur seminggu.
Ini dah jadi rutin setiap mlm.. pukul 2:30 pg hingga subuh.. Mata #adamFatehLee buka. Suara mak sampai serak.. ?pengalaman berharga . ・・・ Rutin setiap mlm.. ini video kejadian 2 hari lepas. Berjaga setiap mlm minta susu dan ajak berborak.. . #AdamFatehLee #adamcorrie #adamfazi❤️
Baby Lee dah ada nama betul
Genap seminggu usia seseorang bayi, hukumnya sunat untuk diberikan nama yang baik. Adam Corrie mengumumkan nama anaknya iaitu Adam Fateh Lee bin Adam Corrie Lee. Malah bayi ini turut dicukur rambutnya. Kata Adam Corrie, dia cukur sendiri saja. Majlis akan dibuat kemudian.
Ads
Yalah, baru seminggu bersalin, mesti isterinya masih belum cukup sihat untuk buat majlis.
Bagi Mak Fateh habis berpantang dan sihat dulu, itu kata Adam Corrie
Assalamualaikum.. Hari ini genaplah 7 hari usia Baby Lee. Pada hari ke 7 disunatkan umumkan nama bayi. Dengan ini saya Baby Lee adalah Adam Fateh Lee bin Adam Corrie Lee @adamfatehlee Dan hari ini juga disunatkan utk bercukur . Abah cukur sendiri . Majlis buat kemudian. Bagi Mak Fateh @puan_fazi_fuad habis berpantang dan sihat dulu. . Senyum selalu Selalu bersangka baik InsyaAllah hati tenang #adamcorrie #adamfazi❤️ #adamfatehlee #CinaMelayu
Setiap orang ada masalah yang tersendiri. Apabila masalah ini datang, ada kala membuatkan kita hilang pertimbangan. Lantas kita mula terfikir sesuatu yang dijangkauan fikiran.
Itulah yang berlaku kepada isteri jutawan kosmetik yang terkenal dengan tagline Terlajak laris, Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman, Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid. Dalam instagram, beliau menceritakan mengenai keputusannya yang pernah pergi ke klinik untuk menggugurkan kandungan ketiganya.
Ketika itu, beliau berbuat demikian sebab rasa tak cukup duit dengan keadaan bisnes yang masih terumbang-ambing. Malah ketika itu anak pertama dan keduanya masih kecil lagi. Jadi beliau rasa kehadiran anak ketiga itu belum kena dengan masanya.
Anak ketiga, Ibaraheem Adham kini sudah pun besar dan anak itulah yang kini menjadi penghibur buat beliau dengan personalitinya yang sweet. Peluk dan cium beliau tiap kali marah.
Dulu waktu mengandung baem anak2 semua kecik lagi…mengandung baem umur saya 27 tahun ….. waktu tu bila tau pregnant saya x happy langsung sbb sangat2 x nak ada anak lagi dgn ekonomi x berapa baik……saya stress nangis siang malam pagi petang sampai pernah ke klinik nak gugurkan kandungan…..
Doktor kat klinik pun marah saya,tu lah manusia ni…rezeki duit nak rezeki anak dia tolak…??….terus saya terkedu dan berfikir kembali apa yg saya nak buat ni salah?…saya teruskan kandungan walaupun dalam kemurungan….. (kalau ingat balik berdosanya saya x terima rezeki Allah nak bg ni)..
Doktor tu cakap awak x kesian d ke dekat anak awak ni dia dah ada jantung…..Nanti esok2 dia ni lah anak yg membahagiakan awak..?…Terus perasaan naluri ibu tu datang…saya x malu nak cerita sbb utk pengajaran kita semua..
Ya sememangnya betul @baem_adham penghibur saya,seingat saya beberapa kali aja saya cuba nak pukul dia yg lain x sempat sbb dia terus peluk dan cium je tiap kali saya marah…sekarang dah besar dah anak2 ni…x lama lagi dapat menantu?(terover pula kan..) apapun bargai rezeki Allah bagi…..Insya Allah kita redha yg baik2 datang pada kita..
Perkahwinan Aliff Syukri dan Nur Shahida dikurniakan empat anak iaitu Ammar Ahyyan,10, Qadejah El Zahra, 8, Ibraheem Adham, 6 dan Yusoff al Qardawi. Pasangan ini mengambil anak angkat pada tahun lalu iaitu Ameena Aliffsha pada bulan Oktober dan Qayyum Aliffshah pada awal Disember.
Rasanya baru saja pelakon Abby Abadi mengambil anak angkat lelaki lebih kurang sebulan yang lalu, terkini dengar cerita dia mengambil seorang lagi anak angkat perempuan.
Perkongsian dalam satu instagram baru-baru ini seakan mengesahkan dia kini mempunyai dua anak angkat seorang lelaki dan seorang perempuan sekali gus memenuhi impiannya untuk memiliki anak kembar.
“Yg asyik tanya mak dia siapa, anak siapa @daiyandayana ni, Inilah Mamanya.. Comelkan? haha Lama dah Mama impikan ada baby kembar.. & hari ni ALLAH izinkan, Mama ada dah Daiyan & Dayana Memang rasa sungguhlah mcm jaga kembar.. tak menang tangan dibuatnya hehe.. Tp Alhamdullillah, ALLAH bagi sebab ALLAH tahu Mama/Abahnya mampu.. #hakakcuba#doakan#janganjeles,”tulis Abby.
Jika bayi lelaki yang diambilnya sebelum ini dinamakan Muhammad Daiyan Fayyadh, bayi perempuan berusia 10 hari ini dinamakan Maisara Dayana Fathia.
Lebih menarik, Abby turut membawa dua anak angkatnya untuk ditahnikkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Mufti Sahibus Samahah Dr.Zulkifli Al-Bakri. Bukan bayi ini sahaja malah bekas suaminya, Norman Hakim turut ada sama untuk acara tahnik bayinya bersama Memey Suhaiza, Mikayla Delisha Hakim.
Muhammad Daiyan Fayyadh ?? . Rezeki hero Mama.. permulaan hidup yg penuh berkah. Dah tahnik dah haritu.. hari ni tahnik lagi.. Terima Kasih utk sesi ini Tok Mufti @drzulkifli.albakri Semoga Dato sentiasa dibawah redhaNYA? . TQ Papa Oman @normanhakim_786 beria2 mengatur pertemuan dgn Tok Mufti ini. Mulanya kita tak nak pergi, sbb tak cukup tangan nk handle 2 baby, sbb encik suami kerja tp Oman kata takpe, dia tlg pegang sorang. @memeysuhaiza dah tentu pegang @mikayladelishahakim hehe ? pastu nasib Abang @danishhakim_243 & Adik handsome @ridhuan.kamal ikut.. buleh tengok2kan @awishzarisz ?
Maisara Dayana Fathia ?? . Hari ke 10, bertahnik dah. Alhamdullillah. Syukur ? Beruntung juga anak ini.Semoga ALLAH bantu kami jaga mereka hingga berjaya dunia & akhirat.. Amin! ? . Sempat bersoal jawab dgn Tok Mufti tadi. Dah tahu, tp suka nak tanya lagi. Malu bertanya sesat jalan hehe.. Kita tanya perbezaan tentang baby boy/girl. Kata Dato Mufti: Selepas bertahnik, bercukurlah. Perempuan haram bercukur.. kecuali sekali waktu dilahirkan ?
Kematian seorang ibu baru bersalin yang ditemui dengan dua anak kecilnya di sisi beberapa hari lalu memang cukup menyedihkan. Bedah siasat mendapati mangsa meninggal akibat paru-paru berair dan masalah jantung.
Namun harus diketahui ada beberapa lagi keadaan yang boleh menjadi punca ibu baru bersalin mati mengejut.
Berikut adalah perkongsian Dr. Mardiana Kipli, Pakar Obsterik dan Ginekologi dari Fakulti Perubatan dan Sains Perubatan, Universiti Malaysia Sarawak tentang perkara ini.
Ibu baru bersalin dan juga suami disarankan peka dengan tanda-tanda masalah ini.
Darah beku dalam saluran darah ke paru-paru
Penyakit pulmonary embolism (darah beku dalam saluran darah ke paru-paru) merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian ibu mengandung dan ketika tempoh berpantang iaitu 6 minggu selepas bersalin.
Kejadian ini jarang berlaku namun, ianya boleh menyebabkan kematian mangsa secara mengejut. Kebanyakkan kes, hanya dapat disahkan oleh pihak forensik ketika autopsi post-mortem.
Ia merupakan salah satu punca utama yang menyumbang kepada statistik maternal mortality (kematian ibu mengandung dan semasa berpantang) selain daripada kejadian tumpah darah selepas bersalin dan penyakit darah tinggi.
Oleh yang demikian, mengenali tanda-tanda awal gejala ini sangat penting sebagai langkah pencegahan sebelum keadaan menjadi lebih parah dan berakhir dengan kematian.
Darah wanita sewaktu mengandung adalah lebih pekat daripada biasa. Selain itu, bayi yang membesar dalam kandungan akan menghimpit saluran darah utama di dalam badan ibu mengandung menyebabkan aliran darah kurang lancar.
Ibu baru bersalin kena peka tanda-tanda
Kebiasaannya, fenomena darah beku akan terbentuk di saluran darah kaki dahulu. Apabila darah beku berkumpul dengan lebih banyak dan besar di bahagian kaki, ianya akan menyebabkan penyakit deep vein thrombosis.
Mangsa akan mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan. Sekiranya masalah ini tidak diberi rawatan awal, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah pada bila-bila masa dan menyebabkan saluran darah ke paru-paru tersumbat akibat darah beku ini yang dipanggil pulmonary embolism.
Selain itu, terdapat juga beberapa kes di mana darah beku itu berasal daripada injap jantung yang dihidapi oleh pesakit-pesakit jantung.
“Dulu saya bersalin, ok jer. Tak ada pun apa-apa masalah. Kenapa kali ini doktor kata saya berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini?’
Semua wanita yang mengandung dan juga dalam tempoh berpantang adalah terdedah untuk mendapat penyakit pulmonary embolism kerana darah anda lebih pekat daripada biasa.
Ibu ini lebih berisiko mengalami pulmonary embolism
Namun begitu, risiko anda untuk mendapat pulmonary embolism semasa mengandung menjadi lebih tinggi sekiranya anda:
1. Berumur lebih daripada 35 tahun
2. Mempunyai anak lebih daripada 2 orang
3. Lumpuh dan tidak boleh bergerak terus melebihi 3 hari
4. Berat melebihi 80kg atau BMI lebih 30kg/m2
5. Menjalani pembedahan caesarean
6. Menaiki penerbangan jarak jauh melebihi 4 jam
7. Dehidrasi
8. Pernah mendapat penyakit darah beku sebelum mengandung atau pada kandungan dahulu
9. Tumpah darah semasa bersalin (melebihi 1 liter)
10. Mendapat transfusi darah semasa mengandung atau selepas bersalin
11. Penyakit yang menyebabkan kelikatan darah seperti thrombophilia, protein S deficiency, anti phospholipid syndrome
12. Apa-apa pembedahan yang dilakukan sepanjang tempoh mengandung atau semasa berpantang. Contohnya pembedahan appendicitis, pembedahan untuk patah tulang atau apa-apa pembedahan yang dilakukan semasa bersalin atau selepas bersalin.
13. Kandungan kembar
14. Penyakit pre-eklampsia (darah tinggi yang menyebabkan air kencing mengeluarkan protein)
Tanda-tanda awal selalu diambil ringan oleh ibu
Setakat ini, sukar untuk meramalkan penyakit ini bila ianya akan berlaku. Selalunya tanda-tanda awal akan diambil ringan oleh mangsa.
Sekiranya keadaan ini tidak dirujuk kepada doktor terdekat, majoriti mangsa sudahpun pengsan di rumah. Terdapat juga kes wanita datang ke hospital dalam keadaan koma atau tidak bernyawa lagi.
Ini disebabkan darah beku yang pecah ini boleh menyumbat saluran darah paru-paru dengan cepat dan secara tiba-tiba. Akibatnya, mangsa akan berhenti bernafas dan jantung akan berhenti secara tiba-tiba.
Tanda-tanda awal adalah:
Kembang kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya sebelah kaki sahaja)
– Sukar untuk bernafas
– Sakit dada
– Batuk berdarah
– Nadi sangat laju
Sekiranya anda mempunyai simptom sebegini, sila dapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik berdekatan. Doktor akan menjalani pemeriksaan kepada anda untuk melihat sama-ada anda berisiko tinggi atau tidak untuk mendapat pulmonary embolism.
Pemeriksaan lanjut seperti ECG (alat untuk memeriksa ritma jantung), X-ray, pemeriksaan darah atau pun CTPA (CT scan untuk melihat saluran darah ke paru-paru) mungkin perlu dilakukan segera.
Sekiranya, semua keputusannya negative, barulah pihak doktor akan menarik masalah lega dan yakin bahawa anda mungkin mendapat simtom sebegini disebabkan penyakit lain.
Apa perlu buat kalau termasuk golongan berisiko tinggi?
‘Sekiranya saya tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi, apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan pulmonary embolism?’
Ada beberapa langkah yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan penyakit darah beku pada saluran darah atau pulmonary embolism sekiranya anda tergolong dlm kumpulan berisiko tinggi:
– Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi
– Aktif bergerak dan berjalan
– Menggunakan thrombo embolic deterrent-TED stokin (stokin khas untuk mengelakkan pembentukan darah beku pada kaki) pada waktu malam atau semasa menaiki penerbangan jauh
-Ubat suntikan pencair darah. Sesetengah hospital akan memberi anda suntikan ini semasa mengandung atau selepas bersalin untuk tempoh masa tertentu dan perlu disuntik setiap hari. Suntikan ini terbukti berkesan untuk mencegah pembentukan darah beku dalam saluran darah. Sila rujuk kepada doktor sakit puan anda sekiranya ada berisiko tinggi dan memerlukan suntikan ini .
Kes jarang diumumkan
Kebanyak orang awam kurang mendapat pengetahuan mengenai masalah pulmonary embolism kerana kes ini jarang diumumkan di dalam surat khabar, berita atau media sosial.
Ini merupakan faktor mengapa isu ini selalu dipandang ringan oleh orang ramai. Tetapi anda perlu ingat, kebanyakan mangsa menemui maut sebelum sempat sampai ke hospital.
Dengan itu, sekiranya ada berisiko tinggi untuk mendapat penyakit darah beku atau pulmonary embolism, sila rujuk kepada doktor anda dengan segera terutamanya jika ada mengalami simtom awal seperti dinyatakan di atas.
Pencegahan awal lebih baik daripada penyesalan. Jangan biarkan ibu kepada anak anda pergi dan tak akan kembali lagi.
– Oleh: Dr. Mardiana Kipli M.D (UNIMAS) merupakan seorang pakar Obsterik dan Ginekologi yang bertugas di Kuching.
Rujukan:
Reducing The Risk of Venous Thromboembolism In Pregnancy and Puerperium. RCOG Green-top Guideline. 37a; 2015
Oportus SL. Rodrigues LP et al. Lymph Drainage in Pregnant Women. NCBI;2013
Nelson Piercy C. handbook of obstetric medicine. Informa healthcare 2010; 4:19-39
Arulkumaran S. Training in Obstetrics and gynaecology, the essential curriculum. OST 2009;1:224-226
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...