Orang perempuan bila dah kahwin biasanya jarang dah nak hang out dengan kawan-kawan, apatah lagi nak pergi bercuti bersama.
Walau pun hati teringin nak spend time dengan mereka macam dulu biasanya hajat itu takkan kesampaian. Takde masa, tak sampai hati tinggal anak ini alasannya
Tapi berbeza pulak dengan selebriti Hanis Zalikha walau dah berumah tangga, waktu dengan teman-teman sentiasa ada.
Malah itu bukan halangan untuk dia bercuti dengan teman-temannya. Terbaru Hanis berkongsi girls trip ke Pulau Pinang malah sebelum ini pernah ke Korea bersama teman-temannya.
Inilah me time yang sebenar. Tapi bestnya dia bukan pergi dengan rakan-rakan saja, masing-masing siap bawa anak lagi.
Syok betul tengok perkongsian Hanis ini di instgram miliknya.
Kecoh, kalut bawa anak kecik tapi itulah kenangan manis
Tapi seperti biasa, kaum mak-mak ni suka planning saja, nak jadikan realiti tak tau lah bila…Apapun kalau nak pergi juga girls trip tu perkara paling utama kenalah minta izin suami. Eh terlupa pula nak share hotel paling murah time nak bercuti. Klik sini ya.
Isteri bersalin secara pembedahan atau caeserean ketika ini sudah jadi perkara biasa. Ada banyak keadaan yang menyebabkan bakal ibu terpaksa melalui kaedah pembedahan untuk melahirkan.
Tapi kebiasaannya seorang ibu yang bersalin secara pembedahan akan melalui setakat tiga kelahiran saja kerana bimbang risiko yang bakal diterima.
Atas sebab inilah perkongsian pengacara Faizal Ismail atau panggilannya FBI di laman sosial kelmarin jadi tular terutama kalangan wanita apabila beliau berkongsi mengenai isterinya Norazlina Ahmad Din, 41, yang kali kelima melahirkan anak secara pembedahan.
Pun begitu akui Faizal, lima kelahiran melalui kaedah pembedahan bukanlah sesuatu yang mudah buat isterinya dan dipantau oleh pakar sakit puan terkenal Dato Dr. Nor Ashikin.
Perkongsian ini sekali gus membetulkan anggapan sesetengah pihak yang memberitahu seorang wanita yang melahirkan anak secara pembedahan hanya boleh melaluinya sebanyak tiga kali sahaja.
Sebelum itu Faizal turut memuat naik gambar di sebalik cermin yang tertera maklumat bayi barunya sambil meluahkan rasa syukur terhadap kelahiran anak kelimanya.
Turut meluahkan tentang kisah pemergian anak keduanya, namun dia bagaimana pun telah dikurniakan tiga orang anak sebagai ganti yang dianggap sebagai hadiah terindah.
“Kami pernah diuji Allah ambil balik anak yang kedua, diambilnya satu digantinya tiga. Jangan risau dan gundah dengan perancangan Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Mengasihani. Bersabarlah atas apa yang berlaku, bersyukurlah dengan rezeki yang dikurnia, sedikit atau banyak,”tulis Faizal yang juga bapa kepada Nur Khairina Iman, 15, Muhammad Khalish Iman, 6, dan Khayla Nur Iman, 4.
Ibu ialah seseorang yang sangat besar ertinya bagi seorang anak. Dialah yang hamil, melahirkan dan memberikan anak kasih sayang sepenuhnya sejak dari si anak di alam rahim lagi. Jadi memang sewajarnyalah kalau anak membalas jasa dengan memberikan sesuatu yang bermakna buat ibu. Walaupun si ibu sebenarnya tak pernah minta pun untuk diberikan apa-apa.
Bagi seorang ibu, asalkan anak itu sihat dan bahagia sudah mencukupi buatnya. Namun seorang anak disaran membahagiakan ibu dan balasannya adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka nanti
Penyanyi yang juga peserta rancangan realiti televisyen, Big Stage, Wani Kayrie semalam menghadiahi ibunya sebuah kereta bersempena sambutan haji jadi ibunya itu. Kereta jenama Honda itu diberikan sempena ulang tahun ibunya yang ke-40.
Video ini menunjukkan Wani membuat kejutan dengan menutup mata ibunya sebelum dipimpin ke arah kereta baru. Selepas nampak kereta itu, ibunya memeluk erat Wanie dan masuk ke dalam kereta untuk mencuba kereta yang dihadiakan itu.
Alhamdulillah. Tahun ni ada rezeki lebih kita hadiahkan mama kereta yang dia nak ?❤ Happy 40th birthday mamaku @kaysabah ?? Hope you love the present from us! Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki sentiasa! Keep being young & keep rockin! Love you momsie! ?✨ Thank you @hondamalaysia ! #MamaKayTurns40
Melalui instagram juga, ibu Wani yang mesra dipanggil Kay telah memuat naik kegembiraan menerima hadiah hari jadi. Semoga rezeki Wani bertambah murah kerana berusaha menggembirakan hati ibu.
Pejam celik, pejam celik memang terasa begitu pantasnya masa berlalu. Tarikh 10 Oktober 2018 merupakan ulang tahun ke-8 perkahwinan Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya, Dr Halina Mohd Yunos. Pasangan ini berkahwin pada 10 Oktober 2007 dan telah dikurniakan dua anak perempuan dan sepasang kembar lelaki. Keletah anak-anaknya boleh dibaca di instagram. Banyak tip dikongsikan oleh pasangan ini.
Melalui instagram, Dr Sheikh Muszaphar menulis.
Sempena ulang tahun perkahwinan ini, Dr Sheikh Muszaphar memasang impian untuk memperoleh anak lagi. Siap berdoa untuk dapat anak kembar lagi.
Pic – Our 8th Anniversary today . It has been 8 years since we got married and InsyaAllah till the end of time with more kids to come . Berdoa for more twins … ?
Betul kan? Lelaki yang bijak selalunya akan tertarik dengan wanita bijak juga. Kecantikan bukan perkara utama. Beza usia 8 tahun bagi angkasawaan ini merupakan sebagai satu jarak usia yang bagus.
I met Dr Halina during my days in HUKM . She was my student back then . I was attracted to her more of her intelligence rather than her beauty – no pun intended as she was answering all my questions during the clinical rounds . We were 8 years apart which to me is a good gap .
Beliau terpisah buat sementara waktu selepas terpilih mengikuti latihan sebagai angkasawan. Percaya pada qada dan qadar serta menyerahkan segalanya pada ALLAH.
When I was selected for my astronaut training in Russia we actually “ broke up “ not knowing what would happen to our relationship. I have always believed in faith . Allah knows best . If it’s meant to be so be it .
Tak sangka kan? Selama ini Dr Sheikh Muszaphar tidak pernah bercerita pun mengenai mimpi yang beliau alami ketika di angkasa lepas. Beliau mimpikan Dr Halina.
And Alhamdulillah when I got back to Earth Dr Halina waited for me with open arms . I have never told anyone this but I did dream of her when I was in space which I knew was a sign .
10.10.10 was the day when we decided to tie the knot . And Alhamdulillah it has been a smooth ride so far and we are blessed with 4 beautiful children. May the beauty of our marriage lasts forever . Amiinn … TQ Everyone for your Doa’s and Wishes . Love As Always … ? PS – Today is also my 11th anniversary to space . 10.10.07 How time flies . PSS – The only time we could date is when our kids are at school . ?
Kenal pasti 5 petanda emosi dan fizikal yang menunjukkan remaja mungkin menjadi mangsa buli secara senyap, serta langkah intervensi awal yang perlu diambil oleh orang dewasa.