Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai pengapit pengantin yang akhirnya bertemu jodoh dengan pengapit juga. Walaupun pada awalnya tidak saling mengenali, namun tiada siapa yang boleh menolak ketentuan Allah.
VK sempat menemu bual pengantin baru ini iaitu Nur Adila Sazwanie dan Muhamad Izzat Hilmi yang masing-masing berusia 23 tahun. Ermmmm nampak macam elok disusun jodoh mereka ini.
Bila kali pertama jumpa?
Kami jumpa memula pada 2 Disember 2017. Masa itu jadi pengapit pada kawan. Ketika ni memang tak kenal antara satu sama lain. Nama dia pun saya tak tahu. Saya ialah sahabat pada pengantin perempuan. Dia pula sahabat baik pengantin lelaki. Pada mulanya pengantin ada pengapit lain. Tapi entah kenapa last minute pengapit-pengapit ni tak dapat datang. Jadi, pengantin lelaki tu datang pujuk saya supaya jadi pengapit. Disebabkan saya belum ada pasangan ketika itu, saya minta pengantin lelaki cari sapa sapa kawan dia untuk jadi pengapit lelaki. Ramai juga yang dia call. Akhirnya dapat juga pengapit lelaki.
Masa tu memang tak ada rasa nak berkenalan pun. Sembang pun beberapa patah saja. Lepas habis kenduri terus masing-masing balik. Selang tiga minggu dia follow saya dekat instagram. Rupa-rupanya, sebenarnya selama tiga minggu itu dia cari ig dan fb saya. Tapi sebab dia tak tahu nama saya dan kawan saya pula panggil saya Ummi, jadi dia tak jumpa ig dan fb saya. Hinggalah satu hari, dia ternampak pengantin perempuan upload gambar majlis kahwin dan tag saya di fb. Baru dia jmp fb dan ig saya.
26/12/2017 tarikh 1st kami bermesej di ig. Mesej biasa-biasa saja. Dua hari bermesej kat dm, kemudian tukar-tukar nombor telefon dan sambung mesej di WhatsApp.
28/12/2017 Kami ada bersembang bab kahwin. Dia tanya tentang saya sama ada sudah ada calon pasangan atau belum.
Ads
1/1/2018 Dia datang jumpa abah saya. Kira sesi merisik. Alhamdulillah famili terima dengan hati terbuka. Letak tarikh bertunang terus.
17/2/2018 Kami bertunang.
8/9/2018 Hari bernikah.
9/9/2018 Majlis perkahwinan.
Syukur Allah permudahkan urusan. Alhamdulillah syukur juga suami tak putus asa cari selama tiga minggu.
Ads
Ketika Nur Adila dan Izzat menjadi pengapit sebelum saling berkenalan.
Macam mana si dia boleh mula nak berkawan dan serius nak kahwin?
Masa dia tanya sama ada saya dah ada calon pasangan atau belum, saya cakap saya tak nak bercinta. Jika ada sesiapa yang rasa betul-betul nak berkawan dengan saya, orang itu kena jumpa ayah saya. Dia setuju jumpa dan masa jumpa ayah dia terus bagitahu ayam memang dia nak jadikan saya isteri.
Sejujurnya ramai yang cakap sayang la apa la tapi hanya dia yang berani datang jumpa ayah saya dan masuk meminang.
Maknanya anda tak bercinta? Terus kenal kemudian nikah?
Iya. Tapi sebelum bertunang saya ada buat solat istikharah. Selain tu, banyak saya tanya tentang dia pada pengantin lelaki yang dia jadi pengapit tu. Alhamdulillah feedback positif daripada beliau buat saya yakin dengan dia dan berani terima dia jadi suami saya.
Lepas istikharah apa petunjuk yang awak dapat?
Saya banyak bermimpi saya berkahwin dalam suasana hijau. Saya pun tak pasti kenapa hijau. Tapi orang kata hijau ni petanda baik. Wallahualam. Andai benar alhamdulillah. Selepas istikharah saya rasa semua urusan sangat dipermudahkan oleh Allah. Pada mulanya kami risau belanja kahwin tak cukup atas sebab semuanya berlaku terlalu cepat. Tapi alhamdulillah semuanya cukup.
Ads
Apa harapan awak dengan perkahwinan ni?
Saya cuma berharap suami saya dapat bimbing saya dan bawa saya bersama ke jalan Allah. Saya tak berharap yang lebih melainkan bersama sehingga ke jannah insya-Allah. Doakan kami.
Apa pendapat awak mengenai proses bercinta selepas nikah?
Bagi saya bercinta lepas nikah atau sebelum nikah dua-dua ada kebaikan. Bercinta selepas nikah terhindar daripada dosa-dosa dan pembaziran keluar dating. Bercinta sebelum nikah pula dapat buat kita kenal siapa dia yang sebenarnya sebelum jadi suami isteri.
Tapi percayalah tak semua kita nampak melainkan dah duduk serumah, tidur sebantal. Cuma kita bolehlah nak tapis jika kita rasa dia tu panas baran ke, kaki pukul ke, mulut tak boleh kawal ke dan lain-lain benda yang tak elok.
Jika masa bercinta pun dia dah mula nak tinggi suara, guna bahasa kesat, naik tangan, rasanya lebih baik tinggalkan dan cari yang lain saja. Janganlah asyk fikir dia akan berubah selepas nikah sebab benda tu sangatlah sukar nak berubah.
VK doakan supaya pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah. Seronok pula bila jodoh dipermudahkan macam ni. Sebab itulah yang lelaki kena berani dan jangan lupa untuk solat istikharah. Tak perlu bercinta lama-lama sangat. Kan?
Pengacara, Datuk Aznil Nanawi memang terkenal dengan sifat suka membantu orang yang berada dalam kesusahan. Terdahulu pernah tular beliau membantu seorang lelaki tua dengan memberikannya sebuah telefon bimbit. Terkini, beliau cuba lagi membantu seorang lelaki tua yang beratur untuk daftar masuk di lapangan terbang.
Melalui posting instagram Aznil dua hari lepas, beliau sedang beratur di barisan kelas perniagaan dan kelas pertama. Manakala lelaki tua itu dilihat beratur di barisan kelas ekonomi.
MAS di Bangkok
Ini berlaku di kaunter check in MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi Bangkok semalam. Seperti biasa jaluran beratur kelas perniagaan dan pertama mmg lengang dan tak ramai orang berbanding kelas ekonomi yang sangat panjang.
Terlihat lelaki tua beratur panjang
Paknil terlihat seorang lelaki tua yang berada di hujung garisan beratur kelas ekonomi yg panjang itu. Paknil tak terbayang bagaimana dia terpaksa berdiri begitu lama sebelum tiba giliran dia untuk didaftar masuk.
Minta kebenaran beri laluan kepada lelaki tua itu
Selanjutnya, Aznil cuba berbicara dengan petugas kaunter untuk membenarkan lelaki tua itu daftar masuk di laluan kelas perniagaan. Ini memandangkan Aznil bersimpati dengan lelaki tua itu yang perlu beratur panjang. Kudrat seorang lelaki tua mungkin tidak terdaya untuk berdiri lama untuk beratur sebelum dapat berurusan untuk daftar masuk.
Paknil cuba nak minta kebenaran dpd petugas kaunter kelas perniagaan bagi memberi laluan kepada lelaki tua itu daftar masuk tetapi tidak diizinkan. Paknil paham mungkin itu SOP nya.
Saran wujudkan kaunter khas
Apabila berdepan dengan situasi begini dan Aznil tidak terdaya membantu lelaki tua itu disebabkan SOP yang diamalkan, Aznil telah mencadangkan supaya MAS mewujudkan kaunter laluan khas untuk golongan yang memerlukan. Ini kerana tidak semua individu mempunyai kudrat yang sama untuk berdiri dan beratur panjang.
Tetapi #paknil nak syorkan agar MAS mulakan kaunter khas untuk orang tua, wanita mengandung, golongan istimewa dan yg bawa2,kanak. Mungkin kita akan lebih dihormati #malaysiaairlines
Respon MAS dipuji
Melalui video dan caption di instagram, MAS telah memberikan maklum balas yang memberangsangkan. Saranan Aznil akan dibawa ke tengah untuk dibincangkan. Tahniah Aznil. Jika berjaya, nampaknya Aznil telah membantu ramai individu yang memerlukan laluan khas tersebut.
Semoga dengan adanya sedikit perubahan tetapi membawa makna yang besar ini boleh menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara terbaik di dunia.
Inilah sebab kita bakal jadi Negara terbaik di dunia. Sedia menerima teguran dan sentiasa positif. Tahniah @malaysiaairlines !!
VK kagum dengan orang yang prihatin macam Pak Nil ni. Beliau sangat prihatin dengan nasib golongan yang memerlukan. Semoga rezeki Pak Nil melimpah ruah dan dipermudahkan urusan beliau dalam kerjaya.
Walaupun dilahirkan dan tinggal nun jauh di United Kingdom tapi kebolehan dua anak kecil ini berbicara terutama dalam dialek Kelantan membuatkan ramai yang kagum
Malah Fatimah dan adiknya Ali ini juga dilihat bijak melontarkan idea malah salah satunya pernah trending di Malaysia iaitu #gapoever.
Tak dapat dinafikan hasil didikan ibu bapalah yang menjadikan mereka bijak. Tidak pernah melihat penampilan kedua ibu bapa Fatimah dan Ali namun keduanya tidak lokek berkongsi tip yang mereka amalkan.
Tip ini dikongsi oleh ibu kepada anak-anak ini dalam satu entri yang dimuat naik dalam instagram @Thefamily.uk yang dikelolakan (lihat terjemahan di bahagian bawah entri).
Hanya ada satu rahsia bagaimana kami galakkan anak bercakap dengan penuh yakin – menghargai idea mereka. Kami amat menghargai idea anak-anak kami kerana ia tulen, segar dan sangat berharga.
Mereka sangat bermakna malah tiada apa yang dapat menambah nilai mereka.
Tak tolak idea anak
Kami tidak pernah menolak idea anak-anak kerana ia akan membantutkan kreativiti dan menghalang pemikiran mereka. Apa yang kami buat sebaliknya adalah berbincang dan bertanya soalan untuk mengalakkan mereka berfikir. Inilah yang akan mengalirkan kreativiti dan merangsang pemikiran mereka.
Jangan merendahkan idea atau pemikiran anak-anak kerana kita tak boleh menjangka kebolehan mereka dan mereka boleh mengejutkan kita.
Sesi percakapan yang kami rakam mungkin nampak lucu tapi jika kita mengambilnya secara serius kita akan lihat ada banyak perkara yang kita boleh belajar daripada mereka.
Kadang-kala ada kata-kata anak yang tidak logik tapi akhirnya pasti ada penjelasan. Hanya kerana kita tak faham, tak bermakna idea mereka tiada nilai. Mereka hanya memberi penjelasan tapi dalam cara mereka.
Yang penting bukan bahasa tapi idea
Satu lagi perkara penting untuk diambil kira adalah bahasa. Memandangkan kami mempunyai latar belakang keluarga campuran, anak-anak kami terdedah kepada beberapa bahasa. Tapi kami tak pernah memaksa mereka bercakap dalam satu-satu bahasa.
Sebaliknya kami biarkan mereka bercakap dalam bahasa yang mereka suka kerana pada kami bukan bahasa itu yang utama tapi idea mereka.
Kami tak kisah pun jika anak-anak kami tak bercakap dalam slang British atau Amerika seperti yang anda lihat dalam TV, dan kami juga tak malu jika mereka bercakap dalam bahasa Melayu yang tunggang langgang atau bercakap dalam dialek kelantan.
Mereka ada sepanjang hayat mereka untuk mempelajari pelbagai bahasa. Tapi sekiranya kita tak menggalakkan mereka bercakap pada awal usia, ia akan hilang.
Kita mungkin dilahirkan petah berbicara tapi tanpa idea kita tetap tidak boleh bercakap. Kita mungkin ada kemahiran menulis tapi tanpa idea kita takkan dapat menulis. Kita juga mungkin ada kelebihan memasak tapi tanpa idea kita takkan mampu memasak.
Yang benar,
Ibu kepada tiga anak yang berkongsi melalui pengalaman
Pada hari ini, memang ramai orang berdepan dengan tekanan hidup. Maklumlah sana sini ada sahaja tekanan yang datang. Tak kiralah di jalan raya ke, di rumah ke, malah di tempat kerja pun ada tekanan yang perlu dihadapi.
Justeru, tidak hairanlah kalau ramai yang stres. Hidup pula dirasakan tak bahagia walaupun seseorang itu ada pasangan yang mencintainya, ada anak dan sebagainya.
Dalam instagram, Prof Dr Muhaya melalui video telah memberikan formula berkesan untuk seseorang individu itu berasa bahagia.
Bersiap-siaplah untuk solat berjemaah. Apa yang kita lakukan, semua Allah yang membantu kita.
Apa kata, jadikan aktiviti setiap hari sebenarnya menunggu solat. Aktiviti utama ialah solat. Apa yang kita lakukan selepas solat ialah untuk menunggu waktu solat yang seterusnya. Jadikan kehambaan kepada Allah, nak menghadap Allah, percayalah jika kita buat hal ini, pasti akan berlaku keajaiban.
Masalah kesihatan, ketenangan, kebahagiaan, kekayaan rezeki. tolong jaga solat. Insya-Allah semuanya akan berlaku dengan baik. Itu sahajalah formula kehidupan bahagia.
Berdasarkan video ini, Dr Muhaya menegaskan bahawa solat adalah satu-satunya cara untuk hidup bahagia. Orang yang ada masalah kesihatan, kebahagiaan dan kekayaan rezeki digalakkan supaya menukar gaya hidup dengan cara mengutamakan solat dalam kehidupan seharian.
Hanya dengan menjaga hubungan dengan Allah melalui solat, maka keajaiban akan berlaku iaitu jika dulu tak bahagia, maka kebahagiaan itu akan datang kepada empunya diri.
Tanam pokok anggur sekitar rumah dengan hasil yang bergayutan memang buat kita teruja. Ya, jangan ingat anggur boleh ditanam di kawasan iklim sejuk saja.Di rumah...