
Mengemas rumah memang boleh jadi satu hal yang sangat renyah jika tidak tahu cara yang betul. Apatah lagi jika anda hendak mengemas stor yang kebiasaannya lebih banyak menyimpan ‘sampah’ berbanding barang yang boleh dipakai.
Mr Maid Services melalui facebook memberikan panduan untuk anda amalkan.
Keadaan rumah bersepah yang memeningkan.
Semua orang risau dengan keadaan rumah yang semak dan serabut dengan barang kan? Ditambah pula tiada masa nak mengemas. Boleh stress bak hang. Ffikiran pun jadi serabut kan? Mr Maid percaya ramai yang mengemas rumah tapi tidak ramai yang mengemas dan mengaudit barang sehingga ada di antara barang barang itu tersimpan bertahun tahun lamanya dan dimakan tikus.
Jadi hari ini kami kongsikan sedikit panduan bagi anda kemas rumah supaya sedap mata memandang.
BUANG BARANG YANG TIDAK DIPERLUKAN
Ini paling senang. Anda cari barangan yang tidak digunakan sepanjang tahun. Paling penting yang sudah pecah. Takkan hendak simpan lagi. Tetapi kalau ada yang anda rasa masih sayang, boleh simpan tetapi letak dalam kotak supaya tidak berselerak. Tetapi lebih bagus buang atau nak cari pahala banyak,sedekah je pada yang memerlukan.
SUSUN KATEGORI DAN LABELKAN
Sistem lagi mudah kerana sebelum anda membuat keputusan barangan apa yang hendak disimpan, anda satukan semuanya. Dan lihat sendiri banyak mana barang anda. Dari situ anda boleh memilih dan letakkan ia disatu bahagian atau labelkan ia. Jadi anda boleh tahu yang mana anda perlu buang. Anda boleh mulakan dengan barangan seperti cakera padat, gambar, buku dan aksesori. Kemudian baru barang-barang yang sentimental value bagi anda yang perlu anda simpan.
BUAT SECARA PRIVASI
Ketika mengemas, seeloknya buatlah secara berseorangan dan tiada ganguan, Anda pasti tidak akan tenang bila ada ganguan dari kawan atau keluarga dan pastinya banyak lagi barang tersimpan.
KURANGKAN PAKAIAN DAN ELAKKAN JADI BUNDLE DI RUMAH
Kebanyakkan orang suka membeli pakaian yang mereka tidak suka untuk dipakai di rumah. Sebenarnya ini akan menyusahkan anda! Anda tidak pakai. Sebaliknya hanya biarkan pakaian itu di almari. Jadi untuk apa anda beli. Maka elakkan membeli pakaian walaupun pada mata anda cantik tetapi tidak tahu mahu pakai atau tidak.
HADIAH
Kebanyakan dari kita pasti dalam serba salah sama ada mahu membuang hadiah atau menyimpan hadiah yang diberi sesiapa saja. Hadiah adalah tanda diri kita dihargai tetapi jika sekiranya hadiah itu sudah berpuluh tahun, lusuh dan tak elok, adalah lebih elok dibuang saja dari semakkan rumah.
Ruang kediaman yang kemas memberikan kehidupan lebih selesa.
Sumber: Mr Maid Services
Pengalaman Perit Ibu Bersalin Caesar, Jahitan Terpaksa Dibuka Kembali ‘Hidup-hidup’ Akibat Bernanah & Jangkitan

Ramai yang kata bersalin secara caesar atau caesarean lebih mudah, kurang sakit berbanding normal. Mungkin atas sebab ini juga ada ibu yang memilih kaedah bersalin cara pembedahan.
Tapi pengalaman ibu ini sedikit berbeza. Proses bersalin mungkin mudah bagaimanapun pengalaman selepas bersalin, proses memulihkan luka pembedahan subhanallah membacanya saja kita tahu ia cukup perit buat ibu ini.
Athirah Zafirah mengalami jangkitan pada luka pembedahan sehingga bernanah dan berair menyebabkan doktor terpaksa membuka jahitan sebelum dijahit kembali. Dapat dibayangkan kesakitan yang ditanggung.
Athirah menitip pengalaman tersebut untuk perkongsian ibu-ibu lain. Mungkin ada yang pernah mengalami situasi yang sama.
44 Hari : Bersalin Caesar
Alhamdulillah selesai sudah confinement untuk baby kedua ni. Perit kalau kenangkan hari hari yang lalu. Cukup la sekali, serik sangat nak lalui buat kedua kali.
Sungguh memang tak kuat rasa nya. Siapa kata bersalin caesar ni mudah? Susah weh teramat susah. Andai ada rezeki sekali lagi, memang aku doa, Allah izinkan aku untuk beranak normal.
Throwback sikit, hari bersalinkan Noah, aku orang ke-6 untuk di operate. Dalam 12.30 masa ditolak ke OT dah berdebar-debar ‘la illailla anta subhanaka inni kuntu mina zalimin’ tak pernah putus. Masa ni berserah ja kat tuhan semoga semua urusan dipermudahkan.
Doktor godek godek perut tak lama pon, setiap proses kita rasa, tapi tak sakit kan bius separuh badan. Bila Noah keluar, nurse letak di dada. Alahai comeynya Anak mami. Sepet, sawo matang sikit la eh. Keciknya hahaha.
Ehem masa ni tak sakit ye puan-puan. Naik je ward mula mual mual rasa nak muntah. Rasa lembik je. Tapi perasaan tu tak lama kejap je lepas 6 jam, minum air, jalan-jalan esoknya discharged.
Semua mudah & mommmy bahagia. Ye la beranak tak rasa sakit tiba tiba eh ada baby. Tapi siapa sangka (See picture).
Mula dengan demam menggigil
Day 7, malam khamis tiba tiba badan rasa seram sejuk. Check suhu 38. Eh demam ni, makan ubat tahan sakit and terus tido. Tak ada apa kot.
Day 8: Esoknya, tengah hari dalam jam 12. Mengigil gigil. Nape tiba tiba je ni. Husband susah hati dah. Jom la kite ke emergency.
Sampai ER, check suhu 38. Check nadi (heart rate) 151 terus kena tahan masuk air, ambil darah semua. Dari jam 4 sampai jam 10. Sepanjang masa ni, berdebar-debar minta husband doa kan, benda paling aku takut.
Jangan la ada infection. Tolong la jangan. Mcm mcm aku google kalau infection nanti kene bukak balik jahitan, nanges usah kata sampai tak keluar air mata. Husband kata jangan pikir bukan- bukan, demam biasa je ni.
Malam, dalam jam 10. Datang Dr S***, tekan perut tak de keluar cecair apa. Jahitan cantik. Kenapa demam ye? Dr amek scan, scan dalam pon doktor tak nampak darah beku ke apa. Ok puan, maybe infection luaran dalaman selamat jgn risau.
Masa ni dah rasa lega. Alhamdulillah dedi, tak ada apa lega sangat. Tapi kena tahan sampai demam dah kebah. Okay takpa. Muka bahagia.
Kena bukak semula ke jahitan
1hb-3hb : 3 hari dah warded. masih demam teruk, Harini dah cecah 40.7 suhu. Antibiotic still on. Dah tukar antibiotic jenis lain. Masa ni tuhan je tahu, dengan demam, antibiotic setiap kali cucuk rasa sakit. Masuk air garam sekali. Drama air mata sepanjang masa la cerita dia.
Harini, Dr round kat ward macam biasa, Dr L**** specialist o&g tekan perut, ada keras sikit bahagian kanan, infection dalam ni. Masa ni udahh meraung sedih.
Me : Dr kene bukak semula ke jahitan? Saya takut. Malu? Hilang dah perasaan malu aku masa ni.
Dr : Tak kita tengok dulu macam mana ya.
Hati dah sedih. Dengan rindu anak lagi. Huks! Malam masa nak tido tiba-tiba menggigil 1 bdn. Dah off aircond masa ni. Adik tolong minta nurse 1 selimut. Sejuk. Tapi masih terasa sampai ke tulang. Adik tolong minta lagi selai dik (nasib adik dah sampai tolong teman masa ni) pakai 3 selimut pon masih sama. Mengeletar aku sorang sorang bawah selimut. Istighfar ja banyak banyak jangan ada benda buruk berlaku.
Dalam pkol 9 kakak katil 2 datang . Pegang ubun ubun, bacaa & amik air bacakan doa. Lepas minum air akak katil 2 bagi lansung hilang gigil. Adik buka surah al-waqiah ya, letak kain belakang tengkuk, situ punca segala panas. Memang malam dapat tido dengan selesa. Terima kasih kak katil 2, esoknya akak tu dah balik tak sempat tanya nama.
Hari ke 4 di hospital – air keluar dari luka
Esoknya bangun tido. Eh apa ni, ada air keluar. Dari mana ni? Check bahagian luka. Allah air keluar sampai basah habis kain. Ya yang ditakuti dah terjadi. Memang air keluar dari bahagian luka. Berderau jantung. Allah Allah ujian apa ni. Ya Allah.
Masa ni kak Rose dah berdiri. Eh, adik apa ni adik Allah takotnya, astagfirullah apa ni . Air nanah ka apa ini? Apa ni adik, akak takot dik. Aku udah la nebes, die pulak buat sinetron lagi aku tambah nebes. Aish.
Buka jahitan hidup-hidup, menggigil tahan sakit
Husband datang kali ni, drama air mata buat seribu kalinya. Minta tolong panggilkan dr fiza. Dengan tak malunya nangis nangis depan dia. Dr saya kena bukak balik ke jahitan ni? Walau pun hakikat dah tahu kebenaran yang memang jelas & nyata .
Ini la perkara yang paling nak dielakkan untuk bersalin caesar. Dr fiza kata infection dalam ni puan. Bagus la die keluar jadi kita dah tahu kan sekarang apa punca puan demam. Petang karang kita bukak ya jahitan.
Me : Dr sakit tak?
Dr : Emm saya taknak la tipu, sakit memang sakit.
Huwaaa.
Dr: Maaf la puan, saya terpaksa jujur nanti puan pikir tak sakit, walhalnya sakit la sikit.
Petang tu, hati berdebar debar nak masuk bilik prosedur. Masa ni pujuk hati untuk redha. Sepanjang di hospital tak larat dah nanges. Allah bagi ujian ni sebab tahu aku mampu. Ulang lebih 10x dalam hati masa tu. Baru ada kekuatan. Selagi tak redha selagi tu tkde kekuatan.
Aku baring kat katil di bilik prosedur. Doktor suntik ubat tahan sakit kat perut. Tapi, kesakitan buka semula jahitan hidup hidup, tuhan ja yang tahu mengigil 1 badan. Bilik beraircond tak rasa sejuknya. Basah muka dengan keringat. Tahan sakit punya pasal. Allah doktor sakit doktor, tlg doktor sakit.
Berzikir beristighfar dalam hati beribu kali. Sumpah masa ni, insaf. Sakitnya rasa mcm sakit contraction yang teramat sakit. Keluar dari bilik prosedur, kononnya tadi dah cukup redha dan kuat. Tidak lah. Drama air mata kali ni berdua, rupanya sepanjang proses tadi Husband kat luar dengar isteri menjerit sakit sama .
(Harapnya semua husband dalam dunia n sedarlah, nak hadiahkan zuriat buat suami banyak pengorbanan dan kesakitan yang terpaksa isteri telan & hadap).
Kikis nanah pula
5 Dec – Dressing mcm biasa dgn nurse tp nurse kata ade nanah lagi. Esok doktor tolong kikis ya. Esoknya, Dr dressing kikis macam kena buka jahitan tahap sakitnya. Menggigil gigil. Nanges lagi. Drama air mata entah bila nak berakhir aku pon tak tahu.
Dari hari ke hari aku lalui proses yang sama. Antibiotic 3x sehari. Nurse amek tekanan dah tak terkira waktu. Malam jam 12, 2, 4, 6 biasa nurse datang check suhu atau hantar ubat. Bangun pagi, makan, mandi, tunggu doktor round sambil baring sembang dengan orang sebelah mandi makan tidur. Tunggu orang datang melawat dll.
10 Dec – Doktor round tadi, die inform Kalau tak ada apa inshaAllah selasa boleh jahit. Maybe next day boleh discharged. Ya Allah ya tuhanku permudahkanlah. Adik dah balik petang semalam. Tq adik tolong jaga aku seminggu ni. Harini katil sebelah orang terakhir yang discharged pon dah balik. Maka 3 orang dalam bilik semua dah discharged tinggal aku sorang tido kat sini. Semoga Allah melindungi.
Masa ni rindu sangat dah dengan my husband , adam , noah , ayah & family. Bila sakit baru sedar nikmat sihat. Sebak tengok pengorbanan suami yang susah payah datang sini dengan anak semoga Allah merahmati. Semoga aku tak lupa diri bila sihat dah sentiasa ingat susah senang kita bersama. Ya Allah sembuhkan lah aku ❤️.
12 dec : selasa yang dinanti dah tiba. Nurse datang dgn houseman chek luka. Die kata ada sikit lagi nanah. Kat hujung. Specialist dr L dgn dr surgeon yang operate haritu datang dr Y. Dorunk Check. Dorunk berpandangan sesama sendiri & i cried a lot. Dah tahu apa resultnya. Memang hampa & kecewa sangat. Hari yang dinanti- nanti tapi luka masih tak okay.
Dr L : Jangan nages, harini tak boleh buat. Kalau buat juga nanti sama resultnya. Tunggu next week. Nurse amek kan tissue.
Me : Dr rasa bila boleh jahit.
Dr L : next week selasa if luka bersih kita jahit ya. Kamu boleh discharge sebab dah sihat tak ada demam lagi.
Kamu mesti rindu sama baby. Ya. Boleh balik ya minggu depan kita check luka lagi.
Me : thank you doktor. Sambil nages lagi dah tak malu dengan nurse, dr, houseman semua yang ada kat depan tu.
12 hari di ward : penantian, harapan, kesakitan, rindu, banyak sangat pengajaran. Tapi sepanjang 12 hari di hospital, aku belajar erti REDHA. Berlapang dada lah tika ujian datang menimpa, pasti kita tabah mengharunginya. Andai kita menolak sekeras mana pon, Allah kata berlaku tetap akan berlaku. Kun fayakun (jika Allah berkehendakkan sesuatu, maka jadilah ia).
Admit semula untuk jahit luka caesar
Thank you husband. Sepanjang di rumah husband hantar wife cengengnya dressing di hospital & klinik. Duduk di rumah adalah sikit rasa tenang. Persekitaran rumah buatkan rasa lebih sihat. Ceewaaahh.
Isnin, 18 hb admit semula untuk jahit luka caesar yang ternganga ni. Alhamdulillah lega rasanya membayangkan tak lama lagi. Sikit je lagi. Baru bayangkan pon dah seronok. Masa ni adik acik dtg teman bagi semangat. Tq adik adik ?
Admit ward jumpa akak N***, kak tu duduk katil yang sama aku duduk masa warded 12 hari tu. Masalah kami pon sama wound breakdown. Kakak tu dah down, 8 hari dah di ward, dressing semua. Menages nages.
*saya paham kak, saya pon baru melalui fasa tu akak, di katil yang sama. Mengira hari dan waktu nak melalui semua ni. Sabar ye kak.
Fasa berpantang yang panjang
19hb . Puasa dari jam 12 malam. Menunggu nunggu bila nak dipanggil untuk jahit. Dari jam 10am-2pm-6pm tak ada. Jam 8pm nurse datang, tukar baju ya nak pergi operation theatre.
Alhamdulillah, masa yang dinanti nanti dah tiba. Berdebar, risau, takut. berharap sangat jauhkan la aku dari terkena infection atau komplikasi lagi. Sembuhkan dan sihatkan lah aku. Masa ni memohon pada tuhan ja. Tak tahu apa bakal jadi.
Pakar bius datang, operation ni sekejap je puan. Jadi kita bagi bius penuh. Kita masuk oksigen ya di tekak. Tak lama. Masuk 9.30. 10.30 aku terjaga dah kat luar bahagian pemerhatian. Cuma rasa tekak sakit sikit kesan masuk oksigen tu. Tapi tak pening & mual macam masa kena caesar haritu.
Alhamdulillah, esoknya discharged. Hari-hari cuba hati-hati. Then buka semula jahitan 29/12. Sakit juga tp okay masih boleh tahan. Harini dah habis pon pantang. Lama fasa berpantang kali ni. Mcm mcm dugaan.
Noah dah 44 hari
Tq dedi, opah, tokba , aunti , mama la, susah payah datang belimbing jaga momi & noah. Sambung pulak kat sungkai bila dedi work Tq atok , moyang tok, moyang atok opah teh, jaga masa kat trolak. mamacik & cuni temankan di hospital menemankan proses air mata momi hahaha.
Sumber: Athirah Zafirah
Tak Pandai Masak Tak Mengapa, Tapi Isteri Kenalah Ada 3 Kelebihan Ini Supaya Suami Tak Kompelin!

Dulu mungkin semua isteri kena mahir memasak, sebab kerja dapur ini memang sudah dipasak dalam kepala semua wanita sebagai sebahagian tugas mereka.
Tapi sekarang berbeza, apabila sudah belajar tinggi dan tidak lagi duduk di rumah ramai tak sempat belajar ilmu memasak dari ibu mereka.
Tambah pula bila dah berumah tangga dan sibuk bekerja pula, ramai ambil jalan mudah membeli saja makanan untuk dihidang pada anak dan suami.
Memang akan ‘setel’ bab makan famili tapi apapun isteri yang tak pandai memasak akan berasa satu kekurangan. Sebab itu orang tua selalu pesan masakan isteri penting untuk tambat hati suami.
Tapi tak mengapa. Kalau dah tahu diri tiada kelebihan bab memasak isteri kenalah ada kelebihan atau keistimewaa lain untuk menutup kekurangan diri. Antaranya kemahiran di bawah ni.
1. Pandai jaga anak & urus rumah tangga
Di rumah anak terjaga, makan cukup, susu cukup, mandi tepat masa, ada masa terluang ajar anak membaca dan mengaji pula.
Rumah juga sentiasa bersih, kemas walaupun ada anak kecil. Bila suami masuk rasa tenang saja. Tak berserabut dengan mainan dan surat khabar di lantai atau kain baju tak berlipat atas sofa. Kalau dah ada sebahagian ciri ibu mithali ini, takkan suami kompelin lagi.
2. Penampilan menarik
Isteri cantik dan pandai jaga badan suami mana tak sayangkan. Dah tentu asyik nak melekat saja. Tapi bukanlah makna isteri harus sentiasa mekap mampan, cukuplah sekadar nampak elok, kemas dan manis di mata suami walau pun duduk di rumah. Jangan berhias waktu nak pergi kerja saja.
3. Layanan batin mantap
Ini boleh jadi kelebihan yang paling boleh mengaburi suami dengan kekurangan yang ada. Tak pandai masak tapi layanan di kamar untuk suami mantap. Tak pernah menolak malah mempelawa pula. Bila suami puas bab ini rasanya anda sudah menawan hatinya.
Apapun seharusnya seiring dengan peningkatan usia kita kena baiki kekurangan. Walau tak minat, tiada masa tapi berusahalah untuk belajar memasak. Takkan sampai tua, nak makan kedai kot!
Percaya Tak Gaji Pengasuh Sekarang Setaraf Pekerja Graduate

Setiap hari bekerja, melakukan perkara yang sama sampai satu tahap kita akan rasa bosan. Kalau orang perempuan mulalah fikir nak berhenti kerja duduk rumah, jaga anak.
VK sendiri pun pernah berperasaan macam ni. Tapi bila fikir balik sanggup ke nanti duduk rumah tapi tiada gaji hanya harap pemberian suami ?
Bagi yang dah biasa bekerja dan pegang duit sendiri memang tak sanggup rasanya. Jadi alternatifnya kenalah kerja juga, tapi kerja dari rumah. Paling mudah yang terlintas di fikiran selalunya jadi pengasuh.
Nampak sangat tak kelas kan. Tapi jangan pandang leceh pada kerjaya pengasuh ni tau.Sebabnya dari pemerhatian VK permintaan untuk khidmat ini memang tinggi. Ada saja ibu bapa yang mencari pengasuh terutamanya baby.
Kalau nak tahu gaji pengasuh ini ada yang mencecah ribuan ringgit sama dengan taraf pekerja eksekutif di pejabat ya. Ini berdasarkan pengalaman pengasuh anak VK sendiri.
Dia mengasuh tiga bayi kembar (mulanya hanya berhasrat menjaga seorang bayi tapi kerana kasihan kembar ni terpisah maka dia sanggup, maklumlah pengasuh VK ni ada anak kembar juga). Selain itu dia menjaga lagi tiga orang kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun, dan seorang budak sekolah (transit).
Mari kita kira pendapatan dia. Upah mengasuh untuk seorang baby adalah RM350, untuk budak-budak lebih dua tahun upahnya RM300 seorang dan caj transit RM130 seorang. Bila dijumlahkan semua, pengasuh VK ni punya pendapatan sebulan dalam RM2,080. Tak macam gaji pekerja graduate? Walhal duduk rumah saja.
Modalnya cuma tenaga dan kos penyediaan makanan anak-anak. Kadar upah ini jugak berbeza mengikut tempat. Kawasan perumahan di bandar misalnya, upah mengasuh bayi ini lebih tinggi. Boleh mencecah RM 400 seorang.
So apa korang rasa? Itu sebab VK kata jangan pandang rendah pada mereka ni, ntah-ntah gaji pengasuh ni lebih kurang saja dengan gaji kita yang bekerja di pejabat. Macam mana? Dah ramai yang nak berenti jadi pengasuh. Tunggu dulu, sebab setiap perkara ni ada pro dan kontranya. Fikir pulak bab kerja pengasuh.
Kalau tengok pengasuh VK dia memang tak duduk diam. Ibu bapa dah hantar sebelum pukul tujuh pagi lagi dan tak semua balik pukul lima petang. Kadang-kadang sampai pukul 11 malam (ini VKlah). Waktu siang masa mereka penuh dengan melayan anak-anak asuhan.
Mandi, beri makan, tidurkan bayi memang nampak mudah tapi kalau jaga tiga orang, tak menang tangan. Itu belum lagi masuk melayan anak-anak sendiri.
Memikirkan perkara inilah VK pendamkan saja hasrat nak jadi pengasuh tu. Rasanya biarlah diteruskan saja kerja ni. Tapi VK memang salute pada golongan pengasuh ni, terutama yang bekerja tak berkira dan sayang anak orang macam anak sendiri. Tak semua orang boleh buat macam ni.