‘Perjalanan’ Terakhir Sridevi Diiringi Kesedihan Ribuan Peminat & Pelakon Bollywood

Share

 

 

Ribuan peminat mengiringi perjalanan terakhir aktres legenda Bollywood, mendiang Sridevi semalam di Mumbai.

Sridevi Kapoor,54 meninggal dunia selepas lemas dalam tab mandi di Dubai minggu lalu ketika menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarga di sana.

Mayatnya diterbangkan ke tanah airnya malam Selasa lalu dengan kapal terbang peribadi mlik jutawan India, Anil Ambani.

Pagi semalam peminat telah berkumpul di sebuah kelab persendirian di kawasan berhampiran kediaman mendiang Sridevi di mana mayat ditempatkan.

Menurut portal beritaThe Guardian, kereta mewah membawa ahli keluarga, pelakon Bollywood dan juga VIP masuk di dalam kawasan tersebut sambil dikawal ketat.

 

Mayat Sridevi ditempatkan dalam keranda lutsinar di atas platform di sebuah dewan yang dihiasi bunga.

Ahli keluarga, termasuk suaminya Boney Kapoor dan dua anaknya berdiri di sisi untuk menerima ucapan takziah serta penghormatan terakhir dari peminat Sridevi.

Walaupun kamera tidak dibenar dibawa masuk tetapi foto mayat mendiang Sridevi dengan sari oren dan merah memakai rantai banyak dikongsi di laman maya.

Lewat petang, mayat mendiang aktres yang dibalut dengan bendera negara India itu memulakan pejalanan untuk upacara pengkebumian yang dilakukan mengikut adat Hindu.

 

 

Keranda dibawa dengan kenderaan yang dihiasi bunga serta poster besar Sridevi. Perjalanannya itu diiringi ribuan peminat yang turut menangisi pemergian pelakon itu.

Antara pelakon yang hadir memberi penghormatan terakhir Aiswarya Rai, Shah Rukh Khan, Rekha Ji, Ajay, Kajol, Susmitha Sen, Aksay Khana, Katrina Kaif dan ramai lagi.

 

 

 

 

 

 

Sumber: www.theguardian.com & instantbollywood

 

 

 

IKLAN