Kebanyakan kita membuat pinjaman bank untuk pembelian perkara penting atau urusan kecemasan.
Namun boleh jadi juga dalam keadaan terdesak untuk membuat pinjaman ini, ia tidak diluluskan oleh bank gara-gara bank statement kita tertera perkataan yang tak sepatutnya.
Antaranya kerana perkataan ‘kutu’. Perkara ini dijelaskan oleh seorang penasihat kewangan sebuah bank dalam video TikTok perkongsian beliau.
“Perkataan yang TAK BOLEH ada dalam bank statement
-Duit kutu/kutu
-kuntu/utu/kut
Ini kerana kutu illegal pada bank. Boleh effect approval loan. Loan akan direject terus oleh bank,”demikian tulis beliau.
Main kutu adalah satu kesalahan dan pesalah boleh didenda tidak lebih daripada RM500,000 atau dipenjara tidak lebih sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.
Ia termaktub di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu.
Harga emas baik aksesori, gold bar atau jongkong emas bukannya murah. Beribu-ribu! Disebabkan harganya yang mahal kena pastikan emas yang dibeli adalah tulen bukan palsu macam beberapa kes yang tular baru-baru ini.
Dalam hal ini ada baiknya kita kenali macam mana rupa emas palsu ini. Tip ini dikongsi oleh Azizul Azli Ahmad
Guna magnet untuk uji emas, jika ia melekat bermakna ianya palsu. Ia telah dicampur dengan logam lain untuk jadi berat.
Emas biasanya akan dicop dengan bacaan fineness (1-999 atau 0.1-0.999) dalam bacaan karat 14k,18k,22k atau 24k dilogam tersebut. Adakalanya tulisannya terlalu kecil, maka kita kena cari.
Dalam filem koboi selalu tunjuk ini. Emas asli sifatnya lembut, akan ada kesan gigitan yang dalam.
Goreskan emas pada permukaan seramik, jika ada goresan hitam bermakna emas palsu tetapi jika tiada kesan hitam ianya asli.
Mereka ada alat yang lengkap untuk uji ketulinan emas ini. Biar mereka uji dan sahkan keasliannya.
Jika emas jongkong, bar di atasnya ada ukuran berat. Timbang apakah beratnya sama atau tidak. Logam lain sukar untuk dapat berat yang sama seperti emas dalam ukuran yang sama sebab emas adalah logam paling padu.
Jika emas palsu biasanya tak mahal macam emas tulen.
Sama ada di kawasan rumah atau di sekitar tempat kita bekerja mesti akan ada kucing jalanan atau tanpa tuan. Bagi pencinta kucing melihat binatang ini mengiau minta makanan memang tak sampai hati.
Supaya kucing terbiar ini tak kelaparan, korang boleh DIY cat feeder ini dari botol air mineral ini. Cuma beli makanan kucing dan letak di supaya binatang ini sentiasa ada makanan.
Letak di tempat yang ada kucing terbiar. Nak buat untuk kucing di rumah pun boleh juga.
Bahan-bahan yang diperlukan:
2 biji botor air mineral 10 liter
Cable tie
Gam
Cara membuat
1. Ambil satu botol untuk isi makanan, tebuk bahagian bawah botol ini anggaran 5cm panjang & 3cm lebar untuk makanan turun.
2. Kemudian guna satu lagi botol untuk takung makanan. Potong dan ambil bahagian bawah saja lebih kurang 4cm-5cm tinggi dari bawah.
3. Kemudian potong pula sikit di bahagian yang kita nak sambung pada botol tinggi isi makanan.
3. Boleh sambung guna cable tie. Kalau nak lagi cantik boleh pakai super glue. Siap.
Sekarang dah tiada masalah lagi untuk membantu kucing jalanan di luar sana. Selamat beramal.
Tekak rasa nak makan beef steak, nak bawa famili sekali tapi kalau makan di luar menu western ni faham-faham sajalah harganya. Jika makan satu famili kena sedia modal banyak juga.
Kalau nak jimat seeloknya kita buatkan sendiri di rumah. Caranya boleh ikut perkongsian SuiSan Aliezsha. Makan di rumah lagi selesa, nak ratah dengan tangan pun boleh.
Beef steak versi saya. Nak makan bersama keluarga bolehlah buat maklumlah makan di luar mahal. Saya sertakan resipi untuk korang ‘berwestren’ di rumah.
Penyediaan stik dan perapan
1. Sediakan daging batang pinang (hiris nipis/tebal ikut cita rasa masing-masing. Kalau baru nak cuba beli saja daging siap pack (ada jual di pasar raya)
2. Kisar halia, bawang putih, tomato sebiji, sos lada hitam, sos cili & madu bersama air. Kisar berasingan lada hitam & ketumbar
4. Ambil anggaran 2 sudu besar marjerin atau butter. Cairkan butter kemudian masukkan bahan kisar. Masak dengan api sederhana.
5. Selepas mendidih masukkan lada hitam & ketumbar, sedikit garam (saya tak guna gula pasir, manisan saya gunakan madu sepenuhnya.
6. Kemudian perap daging dengan bahan yang telah dimasak untuk beberapa jam. Lagi sedap perap selama sehari.
7. Seterusnya bakar dengan api 180° selama 30 minit ikut oven masing-masing. Nak grill pun boleh.
Penyediaan kentang putar dan sayuran
1. Kentang rebus hingga empuk kemudian lenyek hingga hancur. Campur sekali lada sulah dan lada hitam,
2. Untuk sayurkan boleh celur sayuran seperti brokoli dan lobak merah. Sediakan sekali salad dan timun.
Penyediaan sos black pepper Bahan-bahan
– Sediakan bawang holland & bawang putih (potong dadu halus)
– 1 biji ubi kentang ( potong dan rebus ) nak letak lebih pun boleh
– 2 sudu butter
– Sos blackpepper (saya guna jenama Longsan)
– 1 sudu tepung gandum
– lada hitam (kisar halus) Cara membuat
1. Masukkan sos blackpepper, kentang, tepung gandum, lada hitam, garam, gula sedikit air lalu kisar.
2. Panaskan periuk cairkan butter masukkan bawang kemudian masukkan bahan yang dikisar.
3. Masukkan juga 1 kiub pati ayam. Kacau sampai berkilat. Perasakan ikut cita rasa. Kuah terpulang pada citarasa sama ada nak pekat atau cair. Kalau nak cair tambah air.
Penyediaan beef steak
– Letak daging siap masak atas pinggan bersama kentang putar dan sayur. Kemudian boleh tuang sos di atas daging. Boleh juga sediakan sos black pepper dalam bekas berasingan.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...