Petua Buat Masak Lemak Putih Yang Sedap Sangat. Masukkan Bahan Tumbuk Ini, Jangan Kisar

Share

Masak lemak putih yang selalunya menggunakan sayur antara hidangan ringkas yang jadi kegemaran. Makan dengan ikan goreng dan sambal belacan dah cukup lengkap.

Jika nak hasilkan masak lemak putih yang lebih sedap, betul betul rasa lemak boleh ikut petua yang dikongsi oleh Adiah Adam

.

Petua masak lemak putih yang sedap

Petua supaya masak sayur lemak sedap kena tumbuk;
Bawang merah
Bawang putih
Ikan rebus
Kelapa parut
Lada hitam

Lima bahan ini wajib ditumbuk guna lesung batu bukan pakai blender. Aroma masak lemak yang ada bahan ini memang lain, bau pun dah sedap.

Dah siap tumbuk, panaskan santan kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi.

Kemudian boleh masukkan sayur ikut cita rasa, boleh guna bayam, kubis, labu, tauge dan sebagainya.

Biar hingga sayur masak. Perasakan dengan garam, masukkan serbuk perasa jika suka.  Sedia dinikmati.

Sumber: Adiah Adam.

IKLAN