Pokok pisang antara tanam yang biasa kita tanam di rumah. Selepas berbuah pokok ini biasanya kita potong atau dibiarkan reput begitu saja.
Tapi ramai tak tahu batang pisang ini sebenarnya boleh digunakan semula. Ia boleh dijadikan baja mol untuk kesuburan tanah dan tanaman.
Menurut pekebun Azuan Abdullah dalam batang pisang, terdapat enzim gibrelin asid (GA3) secara semulajadi. GA3 ini berupaya membuatkan daun dan buah jadi lebih cepat besar.
Macam mana nak buat? Boleh guna perkongsian beliau
Guna semula batang pokok pisang jadi baja mol
Bahan yang diperlukan
Batang pisang dara : 4 kg
Gula merah : 4 kg
Bekas plastik yang sesuai : 1 unit
Kertas tanpa karbon : Ikut keperluan
Tali : Ikut keperluan
Pisau : 1 unit
Papan lapik : 1 unit
Ads
Langkah menyediakan mol dari batang pisang
1. Mula-mula, kita potong batang pisang. Potong nipis-nipis secara menyerong. Lagi serong lagi baik sebab lagi luas permukaannya. Proses fermentasi dapat berlaku dengan optimum.
2. Ambil bekas plastic, taburkan gula merah ke dalam bekas. Memadai menutup dasar bekas sahaja. Kemudian masukkan hirisan batang pisang ke dalam bekas. Jangan terlalu tebal, cukup 2-3 inci sahaja.
Ads
3. Tabur kembali gula merah ke atas lapisan batang pisang. Ulang langkah 2 dan 3 hingga semua batang pisang dan gula merah habis. Pastikan lapisan paling atas sekali adalah gula merah.
4 Bila semua bahan dah habis dimasukkan ke dalam bekas, tutup bekas dengan kertas tanpa karbon. Ikat bagi ketat. Simpan bekas di tempat redup dan gelap. Biarkan selama 7-10 hari.
5. Selepas 7 hari, tapis larutan tersebut. Botolkan larutan mol dalam bekas yang sesuai. Eloknya guna botol yang tidak telus cahaya.
Ads
6. Pastikan buat sedikit lubang pada penutup botol supaya udara dapat keluar masuk. Jika tak ada lubang, mikrob akan mati. Simpan ditempat teduh. Boleh bertahan hingga lebih 2 tahun.
Cara penggunaan
– Setiap kali nak guna, campurkan larutan mol subur ini dengan air tanpa klorin.
– Nisbah campuran adalah 2-3 ml mol subur : 1 liter air tanpa klorin.
– Spray kabus bawah daun. Eloknya spray awal pagi.
– Jika mahu pokoka membesar bagaikan sang juara, boleh spray mol subur batang pisang ini seminggu sekali. Sangat sesuai untuk semua jenis pokok dan semua peringkat pertumbuhan.
Kipas berhabuk memang menyakit mata baik kipas siling atau kipas ‘stand’. Alat ini memang kena selalu dibersihkan, jika tiada ia akan menjejaskan kelajuannya.
Sambil bersihkan kipas berhabuk di rumah praktik sekali tip ni supaya debu tak lagi melekat pada kipas terutama bahagian jaring dan bilah. Jadi tak perlu selalu untuk bersihkannya, tahan la dalam dua hingga tiga bulan.
Paling penting bahan yang digunakan mudah dan cara nak buat pun senang. Tip ini telah dikongsi oleh netizen di Facebook.
Tip elak habuk pada kipas
Sediakan bahan berikut untuk dijadikan semburan
Cuka makan
Pelembut fabrik
Botol penyembur
Langkah elak habuk melekat
1. Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa.
2. Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam bekas lain. Nisbah campuran ialah 1:1:1 pada setiap bahan.
3. Kacau sebati dan masukkan ke dalam botol semburan supaya lebih senang nak digunakan.
4. Sembur-sembur rata pada bilah dan jaring kipas.
5. Biarkan selama 5 minit, jangan lupa dilap semula dengan kain lembab.
6. Keringkan. Selepas kering kipas dah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat!
7. Ulangi semula , 2 atau 3 bulan sekali. Bukannya habuk tak melekat sampai setahun.
Dah pulas rapat tap tapi air paip tetap menitis. Ini antara masalah paip yang biasa dihadapi di rumah sama ada paip di dapur atau dalam bilik air. Rugi kalau dibiarkan mengalir begitu saja.
Sebaiknya kerosakan ini dibaiki segera. Sebenarnya tak perlu pun panggil plumber kerana ia boleh saja dibaiki sendiri. Panduannya ada dikongsi Yan Lan, memang mudah saja pun.
Cara baiki sendiri air paip yang menitis walau tap dah tutup rapat
1. Pertama sekali sebelum buka skru paip, tutup dulu punca air. Kemudian baru buka cap guna skru mata leper.
2. Selepas buka cap, keluarkan skru menggunakan screw driver mata Phillip. Jika tiada screw driver bersesuaian boleh saja pusing ikut lawan jam untuk keluarkan valve dalamnya.
3. Brand yang mahal akan guna valve dari tembaga bukan plastik.
4. Bila dah keluarkan valve, kita akan dilihat di dalamnya ada 3 barang. Inilah yang selalu punca air menitis. Ia berlaku boleh jadi sebab tersekat dek keladak. Boleh ganti atau cuci (boleh beli di hardware).
4. Selepas ganti, masuk ikut slot yang betul atau ikut lubang yang betul. Paling penting bahagian kilat kena bersemuka. Kemudian masukkan seal.
5. Selepas itu masukkan semula valve tadi. Boleh pusing guna tangan. Kemudian pasang skru dan cap tadi.
Bagasi atau lugage memang kerap kita guna bila travel atau balik kampung. Selalu terjadi roda bagasi ini akan rosak bila dah selalu digunakan. Sama ada tercabut atau pun pecah.
Roda pecah, tinggal bahagian dalam saja. Ini kerosakan yang biasa berlaku.
Kalau hantar di kedai atau pusat servis untuk baiki boleh cecah RM60 untuk satu roda saja. Kalau sudah empat yang rosak dah RM180 dah sama harga dengan beg. Jadinya lebih baiklah kita baiki sendiri.
Caranya beli roda gantian di online dan DIY. Roda bagasi ini boleh dibeli di Shopee. Tapi pastikan dulu saiznya sama ya. Klik SINI untuk beli.
Cara baiki
Ukur dulu roda bagasi asal sebelum beli.
2. Potong bahagian yang menyambungkan roda untuk mengeluarkan roda lama.