
Biasa kita buat sup penuh dengan rasa rempah, tapi kalau makan di restoren Siam lain sikit rasanya kan.
Ada rasa masam-masam sikit, memang sedap hirup. Kalau nak buat sendiri boleh ikut cara yang dikongsi oleh Vidda Waheda Ismail.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, halia, bawang merah, bawang besar, serai dan halia yang siap dihiris. Campur juga hirisan lemak ayam dan tumis sampai wangi.
2. Tambah air, perasakan dengan kiub ayam, sup bunjut, garam, gula, serbuk perasa dan sedikit sos ikan.
3. Biar mendidih, masukkan ayam dulu. Tutup periuk dan biar ayam masak sekejap. Kemudian masukkan saleri dan lobak merah.
4. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, hirisan bawang besar, cili potong, tomato, daun limau purut dan perahan asam limau nipis.
5. Hasilnya. Cukup masin, masam, pedas.
Selamat mencuba.
Sumber: Vidda Waheda Ismail
Trip Bajet Ke Singapura, 3 Gadis Ini Cuma Belanja RM200 Sorang Untuk 3 Hari. Murahnya!

Isi Kandungan
Toggle
Kalau kata melancong walaupun dekat ke negara jiran ramai yang beranggapan bajet mesti banyak. Harus ribu riban.
Tapi sebenarnya jika kita tahu cara untuk berjimat kosnya mungkin sangat rendah. Macam percutian tiga sekawan ini ke Singapura. Selama 3 hari di sana belanja yang digunakan cuma RM200 seorang. Menarik kan.
Kalau ada kalangan korang yang nak ke Singapura mungkin boleh ikut itinerary yang dikongsi oleh Hanany Rossdy.
Trip bajet dari JB Larkin ke Singapore cuma RM200 sorang untuk 3 hari!
1st day
Naik bas Air-Con Express RM3.30 dari JB Larkin ke Singapore. 1 jam kemudian baru sampai Woodlands, lepas imigresen . Dari MRT Woodlands ke MRT Kranji sbb nak buat kad Singapore tourist pass. (Kranji ni main office: buka selalu awal dan tutup lewat) Sbb kami sampai awal pagi, jadi kami buat kad dkt MRT Kranji.
Beli kad ni sebab nak jimat! Boleh kemana-mana sahaja dgn Bas& MRT. (Ramai yg tak tahu singapore adaSingapore tourist pass card ni. So kami ambil untuk 3 hari!
?10 SGD for 1 days ( rm30)
?16 SGD for 2 days( rm48)
?20 SGD for 3 days (rm60)
Lepas siap beli kad, naik MRT ke Yishun sebab hostel kami dekat sana ( Funworknet). Berehat kejap, then terus pergi ke Marina Bay Bayfront, Marina Bridge, Helix Drawbridge , Singapore Bayfront Avenue, Singapore Marina Bay Sands Mall.
Sebab kami malas nak jalan, kami naik bas ke Garden By The Bay( Singapore tourist pass card kan ada, so naik bas FREE lah) . Sana ada pertunjukan lampu2 pada pukul 8-10mlam. Fush berlari kami sbb takut terlepas show tu, memang seronok habis!
2nd day
Naik MRT ke Chinese Garden ? lepas tu naik MRT ke Harbour Front pulak. Dari MRT Harbour Front pergi ke laluan bus utk ke USS. Kena bayar 1 SGD/ rm3 (pergi) balik takyah bayar dah. Sampai je sana, terus tangkap gambar dkt USS then cuci mata dekat kedai souvenirs.
Tdapat banyak coklat!!! waa?. Ada Merlion Statue? jgk dkt situ! Siap tu, terus bjalan ke Pantai Sentosa (20min je) . Penat2 makan tangkap gambar semua, naik bas yang sama dkt line RSW8 ke Harbour Front balik. Dan naik mrt balik ke hostel.
3rd day
Naik MRT ke Bugis Street (byk cenderamata) & Little India, ya Ampun cantiknya design dan warna dkt building dia tu. Lepastu naik MRT balik ke Woodland dan ambil bas dari Woodland ke JB Larkin terus. (1.50 SGD/rm3).
Place visit
?Marina bay sand
?Marina bay bayfront
?Helix drawbridge
?Garden by the bay
?Merlion statue
?Bugis street ( souvenirs)
?Little Indian
?Chinese garden
?Sentosa Island ( USS)
Place to stay : Funworknet
TOTAL
Hostel 3 days : 40 SGD / rm120
Singapore Tourist Pass(valid 3days) : 20 SGD/ Rm60
Bas Harbour Front – Uss : 1 SGD/ rm3
Bas Jb larkin- Woodland :1.5 SGD/rm4.5
Bas Woodland- Jb larkin : 1.5 SGD/rm4.5
Total semua sekali : 3.3 +120 +60+3+4.5+4.5= rm195.30
*Price exclude food*
Posting asal Hanany boleh dibaca di sini
Guna Teknik Ini Pada Pokok Buah Yang Enggan Berbuah, 6 Bulan Dah Nampak Hasilnya

Jika tanam pokok buah sekitar rumah, selalu ada pokok yang dah bertahun-tahun tanam tapi tak juga berbuah. Atau pun berbuah tapi cuma dua tiga biji saja, sekadar nak ambil hati tukang tanam mungkin!
Kalau ada pokok buah yang begini, baik rambutan, mangga durian, manggis, duku dan sebagainya boleh praktikkan teknik yang dikongsi oleh saudara Abdul Rani Shaari.
Guna teknik ini supaya pokok buah hasilnya lebat
Saya ada tanam (anak biji) sepokok mangga epal India, buahnya besar bukan biasa-biasa. Dah 8 tahun lamanya tanam tapi hanya 2 biji saja hasilnya.
Sewaktu PKP tahun lepas saya buat keputusan untuk berbuat sesuatu, iaitu saya kelar atau ‘sunatkan’ dahan pokok mangga ini. Setiap dahan pokok saya ‘sunatkan’ termasuk dahan bawah.
Menariknya selepas 6 bulan dah pokok dah keluarkan bunga, lebat sekali. Moga dapat merasalah buah mangga epal ini nanti.
Bagi yang nak cuba teknik ini, berikut panduan yang dikongsi;
1. Buang kulit lebih kurang 1 1/2 – 2 inci sekeliling batang/dahan. Matlamatnya adalah untuk menyekat sumber makanan yang terlalu banyak sehingga pokok asyik berpucuk buat daun dan tunas baru sehingga terlupa untuk berbunga, apatah lagu untuk berbuah.
2. Dahan-dahan yang buruk dan ranting kecil perlu dibuang kerana ranting sebagini takkan besar. Ranting kering dan reput perlu dipangkas. Jika boleh disembur dengan racun bagi mengelakkan serangga bersarang.
3. Jika rajin ‘sunatkan’ setiap dahan. Jangan bimbang, pokok tak akan mati walaupun ada sekatan makanan melalui batang. Sumber makanan masih boleh dibuat melalui proses Fotosintesis. Pancaran matahari ke daun.

Selamat mencuba.
Sumber: Abdul Rani Shaari.
Kabinet Dapur Macam Ini Boleh Buat Sendiri. Modal RM2,000 Siap Semua Sekali, Lelaki Ini Kongsi Panduan Kalau Nak DIY

Macam tak percaya pulak kabinet dapur macam ini boleh buat sendiri. Hakikatnya memang boleh kalau ada sedikit kemahiran, mampu ukur saiz yang tepat, ada keberanian dan masa.
Berbekalkan semua inilah Azman Man membina kabinet dapur ini untuk isterinya yang teringin memilikinya. Bagi yang nak cuba perkara sama, perkongsian daripada Azman Man ini boleh jadi panduan.
Kalau upah kontraktor harga 5 angka
DIY Kabinet dapur sendiri. Masa nak buat 50/50 yakin dengan tak yakin jadi. Isteri nak kabinet design ini bila dia tengok dekat Swiss masa bercuti.
Semua laci kat dalam nampak simple tapi tanya kedai harga memang agak tinggi sehingga 5 angka. Jadi beranikan diri buat sendiri.
Pergi Ikea tengok sampel kabinet dan tiru sikit-sikit. Alhamdulilah siap walaupun hampir sebulan nak siapkan. Buat sorang-sorang.
Kos beli barang kasar dalam RM1600 + barang barang kecil saya agak dalam RM2k siap semua. Siap kabinet bawah, kabinet atas dan kabinet peti ais.
- Saya guna base plywood 18mm, 2 keping RM180.
- Laci, kabinet atas dan kabinet peti ais saya guna chipboard( harga RM95/pcs + siap potong RM25).
- Saya guna 5 pcs chipboard (saiz 6×8 kaki).Ukur saiz & kilang potong, balik skru saja.
- Table top beli kat hardware 12×2 kaki (RM280).
- Semua pintu kabinet saya guna Arcylic 1mm, RM 60/pcs (guna 6 pcs / 4×6 kaki). Sticker white glitter untuk pintu juga RM200 (10 meter).
- Itu saja kos yg besar yang lain harga murah-murah saja (saya tak kira berapa)
Ada lebih chipbord sikit saya buat table bar untuk duduk berdua.
Kalau ada kamahiran sikit, pandai ukur saiz yang tepat, ada masa dan keberanian, insyaAllah boleh buat. Harga dapat jimat banyak kalau boleh buat sendiri.
Sumber: Azman Man