Pokok Sayur Dah Tua Tapi Buah Masih Banyak, Bersusun-Susun. Rahsianya Baja Kulit Buah Saja

Share

Pokok sayur dah tua tapi buah masih banyak bersusun-susun, sampai tak ‘termakan’ hasilnya. Rahsianya cuma guna baja organik buat sendiri dari kulit buah!

Ini merupakan perkongsian Ridzuan Khalid yang bercucuk tanam di kediamannya. Mempraktikkan penggunaan baja kulit buah ini, beliau turut berkongsi cara pembuatannya.

1. Boleh guna kulit buah seperti pisang, tembikai, mangga, limau dan sebagainya. Pisang lebam buruk pun boleh! Paling bagus kulit pisang.

2. Masukkan kulit buah ini dalam bekas, dan campurkan dengan air tapi tak perlu banyak kerana akan ada banyak air keluar dari kulit buah.

3. Masukkan gula merah.Kalau malas bancuh gula merah beli je molasses (gula merah lembu). Peram selama 2 minggu tapi pastikan buat lubang pada penutup botol kerana ada gas terhasil. Nanti meletup pula.

4. Selepas 2 minggu dah boleh guna, tapi sebelum guna tapis terlebih dulu.

6. Sukatan penggunaan, guna penutup mineral water letak dalam 3/4 penutup saja. Campur dengan air penuh botol 1.5L kemudian bolehlah siram 2-3 minggu sekali. Hasilnya boleh dilihat dalam 2 minggu.

Nota: Jangan buang hampas peraman pada pangkal pokok. Layu pokok nanti.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Ridzuan Khalid

IKLAN