Popia Cheese Rangup Krup Krap, Jajan Sedap & Paling Mudah Nak Buat. Goreng & Goncang Saja!

Share

Popia cheese ini memang jajan sedap. Makan sambil tengok tv memang sekejap saja licin.

Sebab itu kita tak kisah keluarkan duit lebih kurang RM15 sebalang untuk beli walaupun hakikatnya cara nak buat popia cheese ini sangatlah mudah.

Guna 3 bahan saja dan step nak buat juga ringkas saja. Kalau nak buat boleh ikut cara yang dikongsi Farhana Ismail.

Popia Cheese Rangup Krup Krap

Bahan bahan:
1 pek popia
Serbuk cheese
Serbuk cili
Gula

Cara membuat:

  1. Gunting kulit popia dan dicarik carik.

2. Kisar kering 4 sudu besar serbuk cheese, 2 sudu besar gula dan 1 sudu besar serbuk cili. Ketepikan.

3. Goreng popia hingga keperangan dan toskan.

4. Dalam satu bekas bertutup, masukkan popia yang dah digoreng tadi, taburkan bahan yang dikisar dan goncang supaya popia goreng rata dengan serbuk cheese tadi.

5.  Dah rata bolehlah dimakan terus depan tv.

Selamat mencuba!

Sumber: Farhana Ismail

 

IKLAN