JOHOR BAHRU, 14 Ogos -- Dennis Muhammad Abdullah mencium dahi isterinya, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim selepas Istiadat Akad Nikah di Istana Bukit Serene hari ini.
--fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA
Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim sah bergelar isteri kepada Dennis Muhammad Abdullah dengan sekali lafaz di Istiadat Akad Nikah yang berlangsung di Istana Bukit Serene di sini, semalam.
Pasangan Diraja itu dinikahkan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Kiyai Samsudin yang diperkenankan oleh Sultan Johor menjadi wakil rasmi baginda pada majlis itu yang berlangsung menggunakan bahasa Melayu (lafaz).
Ads
Keluarga pengantin perempuan yang merupakan bekas murid Sekolah Convent diwakili Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin lelaki yang diwakili bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim.
Ads
Hantaran dibawa anggota Askar Timbalan Setia Negeri (ATSN) antaranya cincin emas, al-Quran, sejadah, persalinan baju Melayu teluk belanga dan sampin, sirih junjung, kek, bunga rampai dan halwa maskat.
Terdahulu, istiadat pertunangan dan majlis hantaran berlangsung disaksikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, serta ahli keluarga dan rakan terdekat.
Apabila dia memuat naik video The Journey of Islam By Ayana Moon yang menceritakan kisah dirinya memeluk Islam Januari 2017, gadis dari Seoul, Korea ini semakin dikenali.
Bukan di tanah airnya tapi di Malaysia. Dengan wajah yang putih melepak, cantik dan manis tidak hairan jika dia cepat menarik perhatian warga internet di negara ini.
Tambah pula susuk muslimah Korea berhijab seperti wanita Melayu ini memang jarang kita lihat.
Atas sebab itu juga mungkin dia mudah mengumpul pengikut di media sosial. Mempunyai 472k pengikut di instagram, Ayana ni dikira instafamous di negara kita.
Dia juga dilihat selalu memperagakan koleksi busana dari sebuah butik dan kini dilihat mula menjejakkan kaki ke negara jiran Indonesia mencuba nasib di sana.
Sebenarnya selain kecantikannya, gadis berusia 22 tahun yang sering berulang alik ke Malaysia punya cerita sangat menarik tentang pengislamannya beberapa tahun lalu.
Jika kita selalu mendengar wanita di sana memeluk Islam kerana berkahwin berbeza dengan Ayana atau nama penuhnya Ayana Jihye Moon.
Minat terhadap Islam sejak kecil telah mendorong dia mempelajari agama ini seterusnya mengambil keputusan memeluk Islam.
Ujarnya dalam video yang telah mendapat ratusan ribu tontonan di YouTube segalanya bermula susulan serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq pada tahun 2003 yang mana ketika itu dia masih kanak-kanak.
“Ketika saya berumur lapan hingga sembilan tahun, perang meletus di Iraq dan pada waktu itu saya yang mula menggunakan internet mencari Iraq di internet,” katanya, lahir pada 1995.
“Pada waktu itu, saya mendapat tahu Islam agama penduduk (Iraq). Saat itu pertama kali saya mendengar Islam dan saya fikir sebutan perkataan ‘Islam’ sangat comel.
“Jadi, saya mula buat kajian mengenai Islam dari internet dan saya melihat mereka mengenakan pakaian longgar, mereka tutup muka dan mereka memakai hijab macam saya pakai sekarang.”
Kata Ayana yang berada di Malaysia sejak 16 Januari lalu, perasaan ingin tahu itu semakin menebal ketika berada di sekolah tinggi sehingga ibu bapa dan gurunya menyedari hal itu.
Satu masa dia menyertai kem Kesatuan Belia Islam Dunia (Wamy), sebuah pertubuhan Islam terkenal, di Korea selama tiga hari dua malam.
Bermula daripada kem tersebut, Ayana memutuskan untuk terus menyertai program agama di masjid setiap minggu sehingga berjumpa dengan pembimbingnya.
“Saya menyertai program setiap minggu di masjid Salam Nuri dan bertemu mentor saya pakcik Amin. Saya belajar dan belajar lagi mengenai Islam daripadanya sehingga saya menjadi seorang muslimah Korea!” katanya.
Waktu awal mendekati Islam, Ayana masih bimbang imej buruk agama ini di Korea Selatan tetapi program Wamy yang disertainya berjaya menyingkir prasangka tersebut.
Gadis bermata bulat ini merupakan satu-satunya yang memeluk Islam kalangan ahli keluarga dan rakan- rakannya.
Beliau mengakui berkongsi pengalaman melalui rakaman video di YouTube satu keputusan sukar, antaranya bimbang keluarganya yang masih bukan Islam diapa-apakan.
“Apa yang saya mahu nyatakan, video ini pengalaman peribadi saya dan ia tidak mewakili keseluruhan Islam,” katanya, yang sering memperagakan busana keluaran butik Leeyana Rahman.
Ada pelbagai cara untuk kita bersedekah kepada golongan yang memerlukan. Kebiasaannya kita memberikan makanan atau wang untuk membantu mereka.
Tapi lain pula bagi selebriti terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi, beliau telah memberikan telefon bimbit kepada seorang warga emas yang juga penjual tisu.
Menurut Aznil dalam video berdurasi 57 saat yang dimuat naik di instagramnya, Aznil dilihat telah menghampiri warga emas bersama seorang kanak-kanak perempuan. Kemudian beliau bersalam dengan warga emas tersebut lalu menghadiahkan telefon bimbit. Menyentuh hati apabila warga emas itu mendoakan supaya Aznil bertambah murah rezeki dan panjang umur.
Tadi dalam perjalanan ke Spura, #paknil berhenti di stesen minyak Petronas Bukit Senyum, JB. Paknil tersentuh melihat seorang tua ditemani cucunya menjual tisu tersimpuh bersila di atas simen. Secara kebetulan dalam kereta Paknil ada telefon bimbit Leego yg bakal Paknil jual di #GoPaknil Rabu depan. Paknil turun dan hadiahkan padanya. Doa tulus dari pakcik itu untuk Paknil sudah cukup buat Paknil…
Tak sangka pulak video yg paknil letak di IG ni viral sebegini. Sebenarnya tujuan #paknil letak video ni untuk paparkan kewujudan golongan demikian depan mata kita. Mampu ke melihat sahaja mereka ini? Alhamdulillah. Dari pengamatan Paknil yg seketika berada di situ, ramai juga yg menghulur pd pakcik ni. Paknil pun kebetulan ada stok henfon tu dlm kereta, jd paknil hadiahkan pd pakcik itu. Alhamdulillah semua berlaku dgn izin Allah. Dgn viral dan diperkatakan ini jika akhirnya dpt lebih membantu pakcik ni selepas ini, sememangnya itu haluan rezekinya yg ditunjukkan Allah. Husnuzon
Menurut kata Aznil, tujuan beliau memuat naik video itu ialah untuk menimbulkan kesedaran orang ramai terhadap kewujudan golongan yang memerlukan. Beliau juga gembira jika apabila video itu tular, sekurang-kurangnya boleh membantu lelaki warga emas yang menjual tisu itu.
Sedih membaca Nazra, kakak salah seorang mangsa korban kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Khamis lalu iaitu arwah Muhamad Hasrullah bin Ismail, 14.
Ia catatan rindu seorang kakak pada adik yang pastinya tiada bertepi. Dimuat naik dalam instagram @nzraismail luahan Nazra juga dapat simpati netizen.
Terutama bila si kakak menyebut bahawa adik sebenarnya rindu suasana keluarga. Ikuti perkongsian Nazra yang menyentuh hati. Sama-sama kita sedekahkan juga Al Fatihah untuk 23 mangsa yang terkorban.
Adik, budak manja. Baru baru masuk tahfiz nangis sbb basuh baju sendiri teringat mak. Rindu. Lepastu terus mak tak bagi basuh dahh.
Tiap mggu kak waa & kak lia dtg tgk. Nampak kitorg sampai je bebudak tu excited jerit achoi kakak kau datang. Alahai rindu.
Sampai satu hari adik bagitau kena pindah building baru, sbb nak renovate. Sementara je tp maybe lama. Tak sangka selamanya habis dekat situ. Kak waa tak pernah lawat dah dekat tempat baru ni
Masuk tahfiz ni adik jadi pendiam, tp kak waa tahu byk benda adik sorok. Tgk air muka adik cuba senyum tp sayu je. Bila tanya adik nangis, baru adik cerita. Hm sbr la dik, dugaan nak tuntut ilmu Allah. Adik rindu suasana rumah dgn family. Hm
Adik tulis no kak waa dkt kertas, demam ke apa adik mesti call kak waa suruh amek. Last raya haji aritu, adik call. “Kak waa esok achoi dah boleh balik amek pagi pagi tau, pkl8 pagi!”
Adik berat hati nak balik tahfiz, asyik tangguh. Balik kerja je adik yg buka pintu. Bila tanya nape adik tak balik lagi? Adik sengih je ckp esok la. Rindu sengih tu ? Dua tiga hari mcmtu. Mlm sblm balik tahfiz, adik gaduh dgn nadhir berebut main phone haha
Gaduh punya psl tak tidur dgn nadhir, adik tidur dgn kak waa. Lama kak waa tenung adik kt sebelah, tgk adik tidur & that was the last time i saw you adik. Tak dpt tgk jenazah adik, sbb mak dgn kak lia yg bg dna test je dpt tgk jenazah
.
Last2 kak lia hantar gak adik balik tahfiz, adik ckp adik penat nak habis cepat. Nak balik rumah, nak jaga mak. Berehat lah adik. Berehat selamanya disana ?
Adik antara yg terawal pergi dulu dlm kebakaran tu. Adik struggle nak lepaskan diri, adik rempuh pintu tp ? Doc yg jumpa jenazah adik, angkat jasad adik yg terkaku depan pintu.
.
Adik teman ayah dekat sana ye, ayah mesti rindu adik. Jumpa abg kita omar juga. Kak waa tahu tak layak, tp adik tolong tarik kami semua sama sama masuk syurga ? Rindu. Kita terpisah di dunia. In Shaa Allah di alam sana kita berjumpa lagi. Terima kasih Allah beri peluang kami sekeluarga luangkan masa bersama arwah, beraya bersama sama utk kali yg terakhir. Adik tetap dalam kenangan, tetap dalam hati kami ❤️
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...