Difahamkan Ayu Nazirah yang sebelum ini mendapat 9A dalam peperiksaan SPM memilih Unimas sebagai IPT untuk dia mengejar impian menjadi zoologist.
Ayu merupakan anak hasil perkahwinan Nurul dengan suami terdahulu, Ajai. Nurul turut mempunyai dua anak lagi selepas kembali mendirikan rumah tangga dengan lelaki dari Perancis Eric Daniel Depp yang juga usahawan produk kesihatan, Herbalife.
Selepas melalui tahun penuh kemelut rumahtangga pada 2017, Datuk Adi Putra memulakan tahun baru ini dengan lembaran berbeza.
Pelakon ini semalam bernikah dengan bekas isteri pertamanya Aida Yusof nama sebenarnya Zuhaidah Yusof, 43, pada Khamis.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh Adi Putra sendiri dalam laman instagramnya malam semalam.
“18.1.18 CONTINUITY OF 12 YEARS. Syukur Pada Allah dan trima kasih pada yg hadir dan juga mendoakan buat Saya dan @aidayusof15 Semoga Allah permudahkan urusan kita bersama sebagai Ummah. Ameen
Demikian tulis Adi Putra yang turut memuat naik dua gambar bersama Aida.
Dalam pada itu berita pernikahan Adi Putra itu turut dikongsi oleh rakan baik pasangan itu, Datuk Nurulhidayah yang juga anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Instagram miliknya.
Nurul yang kini berada di Madinah untuk mengerjakan Umrah turut memuat naik foto Adi sedang menyarungkan cincin ke jari isterinya dengan menulis kapsyen mengucapkan tahniah buat pasangan itu.
“Salam tahniah dari Madinah buat @adpadiputra dan @aidayusof15… Bangga dengan kamu. “Selamat pengantin baharu”… eh… lama… Baharu… Ehh,” tulis Nurul Zahid yang turut memuat naik foto Adi Putra menyarungkan cincin ke jari isterinya.
Posting pernikahan ini mendapat reaksi peminat pelakon itu yang kesemuanya mendoakan kebahagiaan rumah tangga dan mendoakan mereka kekal bersama hingga ke jannah.
Adi dan Zuhaidah berkahwin buat kali pertama pada 14 April 2006 dan namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia enam tahun.
Pelakon itu kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly, 34, pada 20 Jun 2016.
Bagaimanapun, Adi dalam kenyataannya menerusi Instagram pda 23 Mac tahun lalu memberitahu bahawa dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua isterinya itu.
Tak sampai seminggu diumumkan sebagai model berhijab pertama untuk kempen produk kecantikan Loreal, Amena Khan membuat keputusan menarik diri.
Blogger kecantikan British ini menyiarkan posting di Instagram tentang pengundurannya itu disebabkan tweet yang pernah dibuat olehnya.
Memetik laporan Dailymail dia dikritik kerana tweet yang ditulis 2014 yang telah dilabel sebagai ‘anti-Israel’. Tweet tersebut yang menyifatkan Israel sebagai ‘haram’ dan ‘negara jahat.’
Bagaimana pun tweet yang ditulis Ameena itu dipaparkan kembali baru-baru ini selepas dia dipilih oleh Loreal untuk muncul dalam kempennya bersama penyanyi pop Cheryl. Tweet tersebut kemudian telahpun dipadamkan.
“Saya sangat kesal dengan kandungan tweet yang dibuat pada 2014 dan dengan ikhlas memohon maaf kerana ia menyinggung dan menimbulkan kekesalan.
“Mengangkat kepelbagaian adalah salah satu matlamat saya, saya tidak mendiskriminasi sesiapa pun. Saya memilih untuk memadamnya kerana ia tidak mewakili mesej keharmonian yang saya pegang.
“Saya baru-baru mengambil bahagian dalam satu kempen yang menggembirakan saya kerana ia meraikan kepelbagaian.
“Dengan kesedihan yang mendalam, saya memutuskan untuk berundur dari kempen ini kerana cakap-cakap mengenainya membuatkan ia menjejaskan sentimen positif dan inklusif yang mahu disampaikan,”jelas Amena dalam posting di instagramnya.
Jurucakap L’Oreal Paris memberitahu BBC Newsbeat: “Kami baru-baru ini telah dimaklumkan mengenai beberapa tweet yang dipaparkan pada 2014 oleh Amena Khan, yang terlibat dalam kempen pengiklanan di UK.
“Kami menghargai Amena yang telah meminta maaf atas kandungan tweet itu dan kesalahan yang telah dilakukan.
“‘L’Oreal Paris komited untuk bertoleransi dan menghormati semua orang. Kami bersetuju dengan keputusannya untuk menarik diri dari kempen.”
Bagi anda yang mengikuti kes wanita Malaysia, Nur Sabrina Ahmad yang ditahan di Singapura sejak 1 Jun lalu kerana menjual barangan tiruan pasti ingin tahu apa keputusan mahkamah. Pagi tadi berlangsung perbicaraan di State Courts Singapore terhadap kesalahan yang dilakukan oleh Sabrina.
Melalui Pengasas Project GoodWill Aid Singapore, Siti Nurani Salim, VK dimaklumkan mengenai perkembangan Sabrina.
Sabrina bersama keluarganya.
Selepas dibicarakan, mahkamah menjatuhan hukuman Sabrina hanya perlu membayar saman dan tidak perlu dipenjarakan. Pasti ramai yang bersyukur dengan keputusan ini. Sabrina disabit dua kesalahan menjual barangan tiruan kasut berjenama antarabangsa di bawah trademark act.
Sabrina juga sudah membayar saman menggunakan wang yang disumbangkan kepadanya. Sekarang masih menunggu persiapan segala dokumen penting dan passport untuk dia kembali ke Malaysia. Tarikh Sabrina nak kembali ke sana belum diketahui lagi. Mungkin ambil masa antara lima hingga tujuh hari bekerja.
Melalui facebook pun Siti Nurani ada memuat naik status mengenai perkembangan kes Sabrina.
Siti Nurani Salim
Syukur Allhamdullilah
Berakhir sudah perbicaraan kes Sabrina. Syukur hanya perlu membayar saman dan tidak perlu dipenjara. Buat masa sekarang, Sabrina masih menunggu proses mendapatkan dokumen untuk pulang ke Malaysia
Dengan Izin Allah ta’ala semua dipermudahkan.
Marilah sama2 kita ambil iktibar dari kes ini. Amat tidak berbaloi berurus niaga apa2 jua barang2 tiruan. Carilah berkah dalam setiap apa yg kita usahakan.
Terima kasih utk semua rakyat Singapura mahupun Malaysia dll kerana ramai turut menyumbang buat #Savesab dan juga dari derma2 persendirian. Baik dari segi makan, minum, perubatan, kewangan dan sokongan moral.
Semoga Sabrina selamat kembali ke tanah air dan bersalin dengan selamat kelak.
Akhir sudah amanah kami di sini.
Wa billa hi taufik wal hidayah. Taqaballahu minna wa minkum.
#savesab #prayforsab #soulforsab #teamsab
Sebelum naik ke mahkamah untuk dibicarakan, Sabrina memuat naik status di facebook yang dia sempat bertemu dengan keluarganya. Nyata sayu dengan gambar yang dimuat naik apabila Sabrina berpelukan dengan keluarga termasuk ibu dan ayahnya.
Mereka adalah kekuatan saya.. Alhamdulillah saya dapat jumpa anak2 dan keluarga sebelum saya naik ke mahkamah pada 24/10.. Alhamdulillah suami dapat bersama sy dan menemani sy untuk ke mahkamah nanti, saya mohon doa dari semua agar saya dipermudahkan urusan, diperlembutkan hati hakim, diberi pengurangan denda, saya tidak dipenjarakan dan saya dapat balik ke malaysia bersama keluarga.. Saya mengaku memang ada kesilapan saya lakukan.. Sy berharap apa yang jadi pada saya juga dapat dijadikan pengajaran, saya berserah kepada Allah S.W.T kerana saya seorang hamba yg kerdil perlukannya.. Doakan saya ye.. Terima Kasih kepada semua banyak memberi saya sokongan, doa, bantuan dari pelbagai bentuk.. Semoga Allah S. W. T dapat bantu sy membalas niat baik semua.
VK harap semua lega dengan keputusan ini kerana Sabrina tidak dipenjarakan. Sama-sama ambil iktibar dengan kes ini.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.