Selain sambal, gulai dan rendang, lauk ayam masak kurma juga disukai ramai. Lagi sedap jika kuah kurma ini pekat.
Nak hasilkan ayam kurma yang sedap dengan kuah pekat melekat ini juga ada caranya. Ada bahan yang perlu dimasukkan selain dari rempah dan bahan tumisan biasa.
Rahsianya dikongsi oleh Umie Watie. Menurut beliau cara ini adalah resipi dari ayahnya yang enak juga dicicah dengan roti dan lempeng selain dimakan dengan nasi.
Katanya pastikan ada tiga bahan berikut untuk dapatkan kuah kurma ayam yang pekat iaitu daun bawang, daun ketumbar dan kacang badan yang dikisar lumat.
Bahan rahsia ayam masak kurma kuah pekat likat
Cara membuatnya boleh ikut step by step yang dikongsi oleh Umie Watie.
Bahan-bahan tumisan. Kisarkan bawang merah, bawang putih Dan halia. 4 sekawan jangan dilupakan. Dan paling penting serbuk Kurma.
2. Tumiskan dalam kuali semua bahan tadi.
3. Bila bahan tumis dah wangi dan garing. Masukkan serbuk kurma pilihan hati. Saya guna 1 ½ peket kecil serbuk kurma.
Ads
4. Haaaa ini bahan rahsianya. Kisarkan daun bawang, daun ketumbar dan kacang badam. Barulah kurma kita wangi dan pekat melekat dan mantap.
5. Bila bahan tumisan dah naik minyak bubuh bahan rahsia tadi.
6. Gaulkan rata, biar bahan tadi pecah minyak sekali lagi. Masukkan ayam ½ ekor.
Ads
7. Kacau rata. Biarkan sekejap untuk kering air ayam tadi kemudian barulah masukkan air. Saya bubuh 2 cawan air lebih kurang.
8. Masukkan pes asam jawa. Kita nak kuah kita masam masam manja saja.
9. Masukkan kentang dan juga lobak merah.
Ads
10. Bila ayam, kentang dan lobak dah empuk masukkan santan. Saya bubuh ¼ cawan saja.
11. Masukkan cili hijau, bawang potong dan tomato.
12. Perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing ya.
Kari mamak memang tak guna santan tapi tetap sedap dan buat kita ketagih nak makan selalu. Daripada kerap ke kedai mamak, elok juga kalau kita belajar buat sendiri.
Boleh ikut tip dan juga resipi perkongsian Ida Zairi ini. Menurutnya resipi ini digunakan oleh peniaga nasi kandar popular Pulau Pinang.
Kali kedua cuba resepi kari Mamak tanpa santan. Resipi ini diberikan oleh oleh mamak nasik kandar pokok ketapang satu ketika dulu.
TIP:
Santan digantikan dengan beras yg disangai & ditumbuk. Tujuannya untuk pekatkan kuah dan beri rasa lemak. Kena cuba baru tau. Mesti makan smpai menjilat pinggan.
Kari ikan tanpa santan, pekat & berlemak
Bahan-bahan:
3 ketul ikan (ikan yg sesuai buat kari)
2 biji bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
Halba/biji sawi/jintan manis
Daun kari
6 sudu rempah kari & 2 sudu cili giling (jadikan pes)
1 genggam beras (sangai dulu & kisar halus)
1 sudu asam jawa
Air secukupnya
Bendi
Tomato
Garam
Daun kari
Cara membuat:
1. Panaskan satu senduk minyak, tumis bawang merah & bawang putih sehingga layu. 2. Masukkan halba, biji sawi & jintan manis serta daun kari. 3. Masukkan pes rempah kari. Masak sampai pecah minyak dengan api perlahan. 4. Bila dah pecah minyak masukkan beras sangai yg dah dikisar. Kacau dan masukkan air. 5. Tunggu hingga mendidih kemudian masukkan bendi & ikan. 6. Perasakan & masukkan tomato. Patahkan cili hijau & tutup api. Siap!
Pokok jambu antara pokok yang sesuai ditanam dalam pasu. Kalau betul cara penjagaan memang cepat berbuah dan juga lebat hasilnya. Macam yang dilakukan oleh Mark Are Leaft ini.
Menurut beliau supaya pokok jambu dalam pasu berbuah lebat ada beberapa perkara yang beliau praktikkan.
Tip pokok jambu dalam pasu berbuat lebat
Alhamdulillah… Hasil tanaman dah nak masak. Puas hati betul makan jambu hujan-hujan ni. Bagi yang nak buah jambu tanam dalam pasu lebat boleh amalkan cara-cara ini.
1. Jaga anak pokok, biar subur (pokok yang ditanam ini adalah hasil tut).
2. Beri baja buah bila pokok dah stabil. Boleh letak baja seminggu atau dua minggu sekali. Pembajaan ini penting dijaga jika nak pokok cepat berbuah
3. Sebulan selepas letak baja, potong atau cantas dahan muda supaya pokok cepat berbuah. Selepas dicantas insya-Allah bunga akan keluar sekali dengan pucuk.
4. Bila pokok dah berputik, bungkus waktu buah sebesar ibu jari lagi. Jangan lambat nanti kecewa. Boleh bungkus dengan plastik biasa saja pun boleh, asalkan buat lubang untuk air hujan turun supaya tak bertakung. Nanti buah boleh jadi buruk.
Inilah cara yang saya gunakan untuk pokok jambu yang ditanam. Pokok ini usia setahun dan dah empat kali berbuah.
Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh sebuah laman produk kosmetik online di Amerika, wanita menggunakan purata 16 item kecantikan sehari.
Dari pencuci wajah sampailah krim mata dan sebagainya. Namun hakikatnya tak semua produk kecantikan yang dikatakan terbaik untuk kulit dan kecantikan diri ini berbaloi untuk dibeli.
Ada antaranya yang tak memberi perubahan pada kulit walaupun digunakan dalam jangka masa panjang termasuklah 6 item kecantikan berikut
1. Krim malam
Krim malam selalunya mengandungi komponen seperti retinol yang tidak berfungsi pada waktu siang kesan daripada cahaya mata hari. Ia sebenarnya tidak perlu jika kita menjaga kulit dengan baik kulit pada siang hari. Lebih dari itu harga krim malam ini juga agak mahal
2. Pore strip untuk blackhead
Bintik hitam ini muncul akibat pengumpulan bakteria dan kulit mati pada bahagian dalam liang roma. Pore strip bagaimana pun hanya menarik kotoran di bahagian permukaan kulit.
Ia juga boleh menyakitkan sekali gus menarik lapisan perlindungan yang perlu untuk kulit. Selain hanya membuang kotoran bahagian atas, pore strip ini juga tidak mencegah untuk blackhead berlaku sekali lagi. Oleh itu adalah lebih baik kita membeli pembersih wajah jenis gel bersama asid salicylic berbanding pore strip.
3. Krim leher
Kulit bahagian leher adalah cukup lembut dan nipis. Ia memerlukan pelembap yang banyak. Namun tidak perlulah hingga memberi krim khusus untuknya. Krim muka biasa pada waktu siang sudah mencukupi.Oles krim dari bawah ke atas.
4. Spray wajah
Kalau lihat iklan penyembur ini berfungsi untuk memastikan kulit wajah selalu lembap ketika siang hari dan memberi kesan segar. Namun pakar kulit pula berpendapat sebaliknya.
Lembapan dari kulit akan disejat bersama dengan air semburan yang akhirnya akan menyebabkan kulit kering. Semburan yang didakwa untuk melembapkan itu sebenarnya tidak berlaku. Lebih merugikan harga produk ini agak mahal.
5. Tisu serap minyak
Kononnya ia adalah untuk menyerap lebihan minyak pada wajah. Sebenarnya tisu biasa pun memberi kesan yang sama cuma kesan minyak itu tidak dapat dilihat sebagai jika menggunakan kertas tersebut.
6. Krim dengan SPF50+
Anda mungkin menyangka lebih tinggi jumlah SPF lebih baik perlindungan dari sinar matahari. Tapi kadar perlindungan SPF yang terbaik adalah antara 15-50 saja. Tak perlu lebih.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...