Kuih tart nenas ini memang wajib ada setiap kali raya. Rasanya hampir setiap rumah akan ada kuih ini. Cuma rasa saja berbeza.
Gabungan rasa jem nenas dan juga tar bila bersatu dalam mulut memang sedap. Sebab itu kuih ini ramai peminatnya. Cuma kalau dapat tart yang rangup lagi best.
Nak dapatkan tart yang rangup ini ada olahannya bagi yang nak cuba boleh guna cara yang dikongsi oleh Ahlia Muhammad H.
Menurut penjual kuih tart nenas ini, resipi ini adalah olahan beliau sendiri untuk dapatkan kesan tart yang rangup.
Tart nenas versi rangup
Bahan A
500g margerin/butter
2 sudu besar minyak sapi
1 cawan kecil gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu kecik esen vanila
Ads
Bahan B
2 cawan kecil tepung jagung
1 cawan kecil tepung kastard
1 cawan kecil tepung beras
4 sudu besar tepung susu full cream
1 sudu besar Empelex (Perangup Biskut)
Tepung gandum cap Rose (tiada sukatan) masukan sikit demi sedikit hingga tak melekat di tangan
Bahan untuk sapuan
3 biji kuning telur
3 sudu besar fresh milk
1 sudu kecik esen vanila
Pewarna kuning lemon
Cara membuat:
Ads
Kacau bagi sebati dengan mixer kelajuan perlahan margerin, minyak sapi dan gula icing.
2. Masukan telur dan esen vanila. Gaul sebati.
3. Seterusnya masukan tepung jagung, tepung kastard, tepung beras, tepung susu full cream. Gaul lagi bagi sebati.
4. Seterusnya masukkan tepung gandum cap Rose Sikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan
5. Kemudian bolehlah terap guna acuan masing masing dan letak jem nenas (boleh beli yang ready made). Sapu dengan bahan sapuan yang disatukan dan dibancuh sebati.
Ads
6. Bakar suhu 150 18 – 20 minit, oven saya 25L.
Tip rangup : Kurangkan tepung kastard dan tambah 1 cawan tepung beras + 1 sdb emplex (perangup biskut) seperti dalam resipi di atas.
Kalau di rumah ada banyak pokok rambutan dan hasilnya makan tak habis, boleh gunakan untuk buat jeli rambutan pula. Jika selalu makan jeli kelapa jika cuba guna buah ini pula.
Cara membuat jeli rambutan ini pun ringkas dan untuk tambah keenakannya boleh letak hirisan buah yang segar. Sedap dinikmati selepas disejukkan dalam peti ais. Makan waktu cuaca panas memang sesuai sangat.
Cara buat jeli rambutan
Bahan-bahan
1 kg buah rambutan – dikupas, dibuang biji
20 biji buah rambutan – ambil isi dan hiris panjang
20 gm agar-agar
10 cawan air(kalau suka lembut tambah air)
10 sudu gula (boleh kurangkan jika tak suka manis)
3 helai daun pandan
Cara membuat
1. Rebus rambutan yang dibuang biji dengan 10 cawan air. Masak dengan api sederhana dalam 20 minit
2. Kemudian keluarkan rambutan, sebaiknya jangan dibuang kerana boleh dibuat pajeri atau gulai atau masak lemak cili padi.
3. Masuk daun pandan dan agar dalam air rebusan rambutan tadi. Bila agar agar sudah hancur masuk kan gula.
4. Selepas mendidik lagi sekali, tutup api. Tapis dan terus tuang dalam cawan.
5. Masukkan hirisan buah rambutan ke dalam cawan tadi.
Korang balik kampung raya-raya ni sambil mengemas rumah tu mesti jumpa gambar-gambar lama menggamit memori kan?
Kalau nak abadikan kenangan gambar lama dalam bentuk digital, pakai saja app #PhotoScan by Google Photos.
Lepas install, ikut arahan yang diberikan.
Mula-mula tangkap gambar penuh, lepas tu tangkap gambar setiap bucu. Tak payah risau pasal senget-benget, silau-milau. Nanti pandailah dia punya AI susun balik bagi cantik. Kualiti memang puas hati, dah macam scan pakai scanner je.
Bolehlah lepas ni korang tangkap gambar graduasi tadika korang simpan dalam telefon. Buat modal eksen kat pak menteri dan para penyokongnya masa raya nanti.
Ini antara hasilnya. Terima kasih Bijen Mohd atas perkongsian.
Kalau tengok di gedung perabot terkenal, ataupun di laman web membeli belah popular harga rak mainan macam ni boleh mencecah RM199. Agak mahal.
Tapi bagi yang ada anak kecil banyak koleksi mainan, rak macam ini penting untuk pastikan barang mainan anak tak bersepah. Lagi pun rekaannya juga cantik, ada stail.
Kalau teringin juga tapi mahu jimatkan kos, apa kata kita DIY saja. Boleh ikut idea perkongsi Nurul Ain Anises. Modalnya cuma RM29 untuk beli rak dan kayu. Jauh beza dengan harga di kedai.
Bahan diperlukan:
9 bakul – RM18
3 batang kayu – RM11
Bakul beli di kedai biasa, kayu pula di hardware.
Langkah membuat:
1. Ukur kayu untuk dijadikan rangka ikut saiz bakul.
2. Potong kayu dan paku untuk sambung menjadi rangka bagi letak bakul.
3. Dah siap! Boleh cat untuk nampak cantik dan kemas.
Ajar anak supaya lepas main wajib letak barang di tempat mainan ini supaya tak berselerak.
Boleh atur bakul macam ini juga, kalau nak letak di dapur tempat simpan barang.
Ini idea asal tapi harga bakul ini bermula dari RM99-RM199