Rahsia Masak Kari Ikan Sedap, Guna Rempah Kari Homemade. Ini Cara Buatnya

Share

 

Nak masak kari tapi serbuk kari pulak habis. Tak mengapa boleh buat sendiri.

Lagi best, rempah kari ini kalau buat sendiri boleh buat ikut cita rasa, kalau nak pedas boleh tambah cili.

Cara membuat rempah kari sendiri ini dikongsi oleh Normah Bahari. Nak hasilkan kari ikan yang sedap inilah rahsianya, guna rempah kari homemade.

Cara buat rempah kari homemade

Bahan-bahan
10-12 biji cili kering
3 sudu besar rempah biji (ketumbar)
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bawang kecil
Kunyit hidup sebesar ibu jari
10-15 biji lada hitam
2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis

Cara membuat

1. Basuh semua bahan, tapi dan rendam pula dalam air panas selama 10 minit kecuali bawang dan kunyit hidup.

2. Kisar semua bahan hingga halus (boleh juga guna penggiling, jika ada kerana lagi sedap hasilnya). Siap!

3. rempah yang dah dikisar halus ini boleh terus digunakan untuk masak kari seperti biasa.

Cara buat masak kari ikan guna rempah homemade

Bahan-bahan

5 ulas bawang kecil/1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1/2- 1 cawan minyak untuk menumis
1 sb halba campur
1 biji tomato ( dipotong kecil )
1/2 kg ikan
1 cawan santan ( 1/2 biji kelapa )
Asam jawa ( agak-agak )
1 cawan air
Sayuran

Cara membuat

1. Tumis bawang yang dipotong masukkan halba campur , tomato dan daun kari.

2. Bila dah wangi masuk rempah homemade yang dikisar, kacau dengan api perlahan.

3. Bila dah bau harum semerbak baru tuang air, tunggu hingga pecah minyak (pastikan betul-betul pecah minyak)

4. Curah santan, asam jawa dan tambah air lagi, lepas tu masuk ikan, perasa dan akhir sekali masukan sayuran.

Selamat mencuba.

Sumber: Normah Bahari.

IKLAN