Umur dah masuk 30 tahun tapi nampak macam gadis yang baru habis belajar. Seronok bila dengar orang kata begini pada kita.
Nampak lebih muda dari usia sebenarnya jadi dambaan semua orang termasuk golongan lelaki. Siapa tak mahu kan.
Awet muda ini terserlah dari kulit kita yang sihat dan cerah bersinar. Berikut adalah praktik mudah untuk mendapatkannya sekali gus membantu anda tampil lima tahun lebih muda dari usia sebenar.
1. Amal buah dan sayur berwarna
Salah satu cara agar kulit jadi sihat dan bersinar adalah amalan makan makanan semula jadi berwarna-warni seperti blueberry, tembikai dan brokoli.
Ads
2. Keluarkan peluh
Gerakkan tubuh atau bersenam paling kurang 30 minit sehari untuk fikiran dan kulit yang sihat. Senaman akan melancarkan perjalanan darah.
Wajah akan kelihatan kemerah-merahan dan segar beberapa jam setelah mengeluarkan tenaga yang cukup banyak.
Atau boleh juga bersauna yang mana aktiviti ini akan menyebabkan jantung mengepam lebih banyak darah dari biasanya, seterusnya meningkatkan aliran darah ke wajah.
Ads
3. Solekan wajah
Jangan hanya pakai bedak dan lipstik, jadikan pemerah pipi sebagai solekan wajib. Ia akan membantu wajah nampak berseri dan tidak perlu pucat.
Ads
4. Krim dan serum malam
Malam adalah waktu terbaik untuk memulihkan kulit wajah. Krim dan serum yang anda pakai pada malam hari dapat membantu menutup pori-pori dan mencerahkan wajah.
5. Hilangkan kantung mata
Kita takkan nampak lebih muda dengan masalah kantung mata atau eye bag. Ia akan membuat wajah tampak kusam dan makin tua. Jadi cari cara untuk menghilangkannya, petua paling mudah meletakkan hirisan timun pada mata.
6. Gunakan masker wajah
Ini amalan yang boleh dipraktikkan pada waktu lapang. Masker yang dipakai dapat memberi nutrisi kepada kulit wajah. Ia membantu buat wajah tampak sihat dan bercahaya. Paling mudah masker dari putih telur saja.
Semuanya mudah kan, jadi tak mustahil nak dapatkan wajah yang awet muda.
Kalau bercucuk tanam di rumah, pokok tomato antara yang selalu ditanam. Namun begitu mesti ramai yang tak tahu bahawa selain dari hasil buah tomato, daunnya juga berguna dan ada kelebihan tersendiri.
Menurut usahawan baja Nur Amirul Nur Azmi daun tomato sebenarnya amat berguna untuk menghasilkan racun organik yang berkesan menghapuskan serangga perosak.
Kelebihan daun tomato kalau dipotong
Lama tak kongsi posting tentang pertanian. Kali ini saya nak kongsi akan kelebihan daun tomato. Daun tomato yang koyak/dipotong akan membebaskan alkaloid yang dinamakan tomatine yang boleh merencatkan dan membawa maut kepada serangga jika kena dos nya, namun selamat untuk tumbuhan dan manusia.
Di sini saya akan kongsikan secara ringkas pembuatan racun organik dari daun tomato ini. Ia berkesan untuk;
– Aphids (afid)
– Hama
Cara membuat
Rendam 1-2 cawan daun tomato yang telah dipotong/dicarik ke dalam 2 cawan air selama semalaman atau 6 jam hingga 12 jam.
2. Tapis keluar daun tomato. Tambah 1-2 cawan air ke dalam air daun tomato. Simpan air daun tomato didalam botol.
3. Sembur bahagian tumbuhan yang perlu terutama dibahagian bawah daun kerana ia merupakan kawasan kegemaran aphids.
Kelebihan
Semburan daun tomato dilaporkan tidak memudaratkan serangga yang bermanfaat kepada tumbuhan.
Pastikan pokok tomato yang korang ambil daun tu bebas dari sebarang penyakit dan virus sebelum dijadikkan racun organik. Tak pasal-pasal jadi agen penyebar penyakit pula.
Lauk yang simple selalu buat kita makan menambah. Salah satunya adalah macam lauk ini, telur air asam. Nak buat pun senang, tak payah goreng-goreng bagai.
Lauk ini makan dengan nasi panas, ada ikan goreng pun dah mantap gabungannya. Nak buat tengah hari ni pun sempat sebab mudah sangat. Caranya dikongsi oleh Mahfuzah Aidi.
Cara buat telur air asam, lauk simple tapi sedap
1. Rebus telur dalam 5 minit (buat separuh masak lagi sedap).
2. Hiris bawang dan lada cili.
3. Buat air asam jawa.
4. Letak sikit gula n garam dan serbuk perasa (kalau suka).
5. Kemudian tuang atas telur rebus yang siap dikupas dan dibelah dua.
6. Biarkan dalam 5-10 minit supaya kuah menyerap dalam telur. Siap!
Ramai yang berhabis beribu ringgit untuk langsir kediaman. Memang mahal apatah lagi kalau ditempah.
Langsir jenis eyelet pula selalu jadi pilihan kerana selain cantik senang pun pula pemasangannya.
Bagaimanapun kalau tiada bajet banyak, boleh ikut idea daripada Nurul Shahida ini. Menggunakan hanya kain jersey untuk membuat langsir eyelet di ruang tamu hasilnya tak kalah. Nampak mewah walau pun bajet murah.
Langsir eyelet guna kain jersey
Kain jenis jersey (RM2.50 semeter beli dekat kedai langsir. Saya beli sekayu ada 67 meter = RM167)
Ring (beli di Shopee (RM30/100 pcs )
Cara pasang ring
1. Selepas jahit tape pada langsir, buat ukuran untuk pastikan kedudukan ring sama antara satu sama lain.
Ukuran saya 60 inci jadi boleh dapat 10 ring. 60 ÷ 10 = 6 inci. Jadi jarak antara lubang ring 6 inci.
2. Selepas itu buat ukuran ring, bulatkan ring ikut dari bahagian dalam. Kemudian gunting bulatan.
3. Dah siap ada bulatan, pasang ring. Letak atas bawah lepas tu tekan saja. Senang kan.
Jarak hujung kiri dan kanan langsing pula 6 ÷ 2 = 3 inci. Jadi jarak antara kiri kanan hujung tu 3 inci. Dah siap langsir eyelet.
TIP
Agar langsir eyelet lebih cantik, gunakan clip ring ini supaya bila langsir ditarik, eyelet tak terbuka.
Selamat mencuba!
Nota:Kalau nak beli ring di atas klik sini. Boleh juga kalau nak beli langsir. Klik sini
Ketika mengisi minyak kereta kebanyakan daripada kita akan menggunakan RON95 berbanding RON97 memandangkan harganya yang lebih murah. Tiada masalah pun menggunakan minyak RON95 ini tapi pesan pakar automotif Datuk Ir Hj Mohammad B. Dalib yang juga Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ sekali sekala tangka perlu isi juga minyak RON97 untuk memastikan kereta mendapat kelajuan dan jarak yang optimum.