Ramai Tak Tahu Sos Tiram Rupanya Ada 5 Jenis, Boleh Ikut Panduan Dari Chef Ini Sebelum Beli

Share

Selain sos cili, tomato, sos tiram antara yang selalu kita beli untuk kegunaan dalam masakan.

Selalu waktu membeli selain daripada harga kita akan pilih berdasarkan jenama tanpa menyedari sebenarnya sos tiram ini sebenarnya ada beberapa kategori yang berbeza.

Menurut Chef Amer dalam satu perkongsiannya, sos tiram yang dijual di pasaran ada 5 jenis. Sebaiknya sebelum beli kena bacadengan teliti. Tapi jika nak mudah boleh baca perkongsian beliau tentang jenis sos tiram ini.

Sos tiram ada 5 jenis, Chef Amer kongsi cara pilih sebelum beli

Masa saya beli Sos Tiram di NSK tadi, tiba-tiba ada seorang Auntie India ni tanya saya yang mana satu Sos Tiram untuk vegetarian.

Saya pun tunjukkan lah yang mana satu. Kemudian dia tanya lagi apa beza Sos Tiram yang lain-lain tu. Ehhh… macam kat kelas pulak dia tanya.

Sedang saya terangkan kat dia, datang pulak Mak Cik ni tanya, Sos Tiram brand apa yang paling best. Aikkk… sah ! Dah boleh buat kelas pasal ni kat NSK.

Ok, Sos Tiram ni ada 5 jenis.

1. Sos Tiram
– Kandungan ekstrak tiram lebih dari 10% dan boleh dipanggil Sos Tiram
– Rasa tiram yang sebenar
– Jenama Panda Lee Kum Kee

2. Sos Perisa Tiram
– Kandungan ekstrak tiram kurang 5%, sebab tu tak boleh dipanggil Sos Tiram, hanya berperisa tiram sahaja.
– Rasa tiram yang ‘mild’
– Jenama Maggie, Nona, Adabi, Taste-me

3. Sos Tiram Premium
– Kandungan ekstrak tiram 40%
– Rasa tiram yang sangat padu
– Jenama Premium Lee Kum Kee (ibu dan anak dalam sampan)

4. Sos Tiram Tiruan Sayuran
– Tiada langsung ekstrak tiram dan digantikan dengan serbuk cendawan (1%) serta perasa sahaja.
– Sebab itu sesuai untuk Vegetarian
– Jenama Sos Berperisa Tiram Sayuran Lee Kum Kee, Taste-Me

5. Sos Berperisa Tiram Ekonomi
– Kandungan ekstrak tiram yang sangat sedikit atau tiada langsung, sekadar perasa dan kicap serta pemekat sahaja.
– Harga sangat murah dan dijual dalam tong 3 atau 5 kg.
– Jenama Puteri, Emos, HTH

Haaa….dah tahu sekarang nak beli sos tiram yang mana ? Dah kandungannya berbeza, tentulah harga juga berbeza. Ikut lah citarasa, budget dan tujuan masakan masing-masing.

Satu lagi, tentu ramai yang akan bertanya tentang status HALAL Sos Tiram ni kan.
Nasihat saya, terlanjur dah baca tentang kandungan atau bahan yang digunakan, tengok lah sekali cop halal ya. Rajinkan sikit membaca tu, jangan main ambil saja.

 

Company besar-besar ni, bukan setakat ada sijil HALAL, malah ada HACCP dan ISO lagi.
Guna lah tanpa was-was walau pun ada tulisan cina kerana ini pasaran mereka.

Semoga bermanfaat

Sumber: Chef Amer

IKLAN