Ramuan Buat Ayam Goreng 65 Tanpa Guna Pewarna. Nak Goreng Pun Ada Caranya Baru Menjadi

Share

Kalau makan restoren mamak, ayam goreng 65 ini memang ada. Warna kemerah-merahan dan ranggup, memang sedap makan dengan nasi dan kari.

Ramai juga cuba buat di rumah tapi tak menjadi. Kalau macam tu kali ini buat ikut cara yang dikongsi oleh Sheena Supramaniam. Menariknya cara ini tak menggunakan pewarna macam yang selalu digunakan di restoren.

Cara buat ayam goreng 65/ chicken 65

CHICKEN 65 (tanpa pewarna). Biasanya di kedai warnanya macam merah-merah sebab ada food colouring. Kalau nak letak colour boleh juga. No problem…

1. Bersihkan ayam, kalau boleh potong kecil lagi. Anggaran ayam dalam 600-800g.

2. Gaulkan sekali dengan ayam ramuan ini;
2 sb (sudu besar) pes bawang putih dan halia kisar
1 sb serbuk jintan manis
1 setengah sb serbuk ketumbar
1 serbuk kunyit
2sb serbuk cili
2sb serbuk cili kashmiri (optional)

3. Masukkan garam dan 2sb tairu/yogurt

4. Masukkan 1 sb serbuk lada putih

5. Gaul sebati.

6. Tutup ayam dengan aliminium foil atau masukkan dalm bekas kedap udara. Simpan dalm peti sejuk. Perap minimum 1 jam, maksimum semalaman. Saya perap 4 jam.

7. Selepas perap masukkan 2 sb tepung jagung dan 1 sb tepung beras dan juga daun kari. Gaul.

8. Panaskan minyak yang banyak. Guna api perlahan biar minyak betul-betul panas. Lebih kurang 5 minit, apabila minyak betul-betul panas masukkan ayam dan naikkan api medium.

9. Lepas masukkan ayam. Jangan kacau untuk 2 minit. Lepas tu pusing sebelah lagi dan biar 2 minit. Ulang langkah ini untuk seminit atau 2 minit. Total masa utk masak ayam ini dalam 5 hingga 7 minit saja.

10. Perah sedikit jus limau nipis sebelum makan. Makan panas-panas sedap.

Selamat mencuba.

Sumber: Sheena Supramaniam

 

IKLAN