Rasa Lantai Panas, Enjin Mati Beberapa Kali! Pengalaman Pengacara Conchita Menaiki Pesawat Sehari Sebelum Terhempas

Share

 

 

Kejadian pesawat Lion Air JT610 terhempas yang mengorban semua 181 penumpang dan anak kapalnya sememangnya hangat diperkatakan di Indonesia. VK sendiri tak lepas dari mengikuti perkembangannya.

Satu persatu cerita tentang insiden sebelum kejadian dikongsi. Antara yang menarik perhatian adalah pengalaman pengacara TransTV Conchita Caroline yang dikatakan menaiki pesawat yang sama pada malam 28 Oktober sehari sebelum kejadian. Dia menaiki pesawat tersebut untuk ke Bandara Soekarno, Jakarta dari Denpasar.

Dalam perkongsiannya di IG story @ conchizzlin rupa-rupanya pesawat berkenaan memang berdepan masalah malah penumpang termasuk Conchita sendiri dapat merasainya.

Ujar pengacara ini dia dapat merasai lantai pesawat panas malah penghawa dingin juga tidak berfungsi selain dengan baik bunyi enjin yang tidak seperti selalu.

Pesawat tersebut menurut Conchita ditunda penerbangannya kerana masalah teknikal.

Pesawat ada masalah tapi tiada penjelasan daripada krew

Enjin pesawat mati beberapa kali tapi penumpang diminta masuk

 

Sempat tanya pada pekerja keadaan pesawat

Bukan mahu mencari sensasi

 

Sumber: conchizzlin, Tribunews

 

 

 

 

 

IKLAN