Rebus Lemon Bersama Bahan Rempah Ini Untuk Kurangkan Selera Makan, Boleh Kempiskan Perut Juga

Share

Makan asyik berselera, masalah juga. Kalau begini setiap hari tak mustahil boleh naik 5-6 kg sebulan. Jika risau tentang peningkatan berat badan, mungkin boleh cuba perkongsian  oleh Eka Zahra

Mengamalkan air rebusan lemon yang diambil dari seorang rakan dari Indonesia air ini dikatakan cukup berkesan. Tak sampai seminggu minum air berat badan sudah turun 1 kg, malah dia sendiri juga nampak perubahan pada perut yang kempis.

Minum 2 hari turun 1kg

Hari ni nak kongsi resepi minuman yg boleh kurangkan selera makan. Perkongsian dari seorang rakan dari Indonesia yang ada bisnes kek dan sangat suka makan kek hingga berat badan bertambah.

Atas nasihat doktor, dia yang mempunyai masalah ahli keluarga obes mengamalkan minuman ini dan berjaya turunkan berat badan walau baru seminggu. 

Saya pun cubalah dan memang boleh kawal selera makan memandangkan saya setiap hari masak dan suka pulak makan kuih muih. Seminggu minum perut dah nampak kempis dan berat turun 1 kg. Ini resepinya (hasil bergantung badan masing-masing yea).

Cara buat air rempah, lemon & madu

Bahan-bahan

  • 1 liter air
  • 2 batang serai diketuk
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 4 inci halia diketuk
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji lemon dihiris
  • Madu

Cara membuat

1. Didihkan air

2. Masukkan semua bahan kecuali LEMON & MADU

3. Masak selama 5 minit.

4. Angkat dari api dan masukkan hirisan lemon

5. Biarkan 1 jam

6. Bila nak minum tambahkan madu

7. Minum sebelum sarapan, makan tengahari dan sebelum tidur.

Nota

  • Baki air boleh simpan dalam peti sejuk
  • Resipi ni akak boleh minum 5 kali (5 gelas)

Sumber: Eka Zahra

 

IKLAN