Tahniah buat pelakon, Fauzi Nawawi kerana baru menimang bayi lelaki pada 24 Julai lepas. Melihat wajah bayi ini yang dikongsi dalam instagram ternyata hajat Fauzi yang mahukan anak ini mirip wajahnya tercapai. Kata pelakon ini anak sebelum ini semuanya iras wajah isterinya Lisdawati.
Lahirnya bayi ini, bermakna Fauzi kini adalah bapa kepada lapan orang anak. Empat dengan perkahwinan terdahulu, dan tiga cahaya mata bersama Lisdawati.
Fauzi bersama semua anak-anaknya.
Kata orang setiap anak ada rezekinya, mungkin anak ke 8 ini membawa rezeki yang lebih luas. Menerusi perkembangan terbaru Fauzi kini sudah pun bergelar pemilik sebuah hotel bajet.
Ads
Menegaskan masih belum meninggalkan bidang lakonan, idea terbabit dalam bisnes ini timbul kerana ramai kawan artis yang turut melakukannya seperti Datuk Rosyam Nor dan Datuk Yusof Haslam.
Tapi bisnes pilihannya agak berbeza iaitu hotel bajet. Terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpuru Bunker Hotel & Restoran menurut Fauzi hotel ini sudahpun 90 peratus siap.
“Kos menelan belanja hampir mencecah RM8 juta dan hotel ini bukanlah saya seorang sahaja yang menggerakkannya tetapi ada dua lagi rakan lain,” akuinya pelaburan yang dibuat tanpa pinjaman.
Inilah rupa hotelnya
Dekorasi yang menawan hati.
Ads
Suasana santai.
Kelainan dengan hiasan replika gitar.
Ads
Bercitarasa tinggi.
Dalam pada itu walaupun sudah punya bisnes sendiri, Fauzi mengakui tak akan meninggalkan dunia lakonan cuma berhasrat berehat seketika sementara menunggu naskhah skrip yang berbeza daripada yang pernah dibuat.
“Sekarang ni banyak drama cinta. Takkan saya nak bawa watak tu? Beri laluan dan peluang kepada bakat-bakat baharu,” kata pelakon yang sangat mantap kalau membawa watak jahat memetik laporan Sinar Harian.
Hampir 20 tahun beliau mencari keadilan dan membela suami, hari ini perjuangan Datuk Seri Dr. Wan Azizah bakal sampai ke kemuncaknya.
Diberi pengampunan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali semula ke pangkuan keluarga di awal Ramadan ini setelah sekian lama berpisah.
Tak dapat dinafikan apa yang berlaku ini semuanya kerana perjuangan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah!
‘Makbulnya doa dan ajaibnya doa seorang isteri yang tak putus asa berjuang untuk suami.’ Demikian perkongsian Ustaz Ebit Lew tentang Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sendiri.
Syukur pada Allah. Terima kaseh Allah. Dari saya kecil saya sangat menyayangi ulama. Saya juga menyayangi pemimpin baik yang menegakkan kebenaran. Esok Rabu berkat Ramadhan…Tarawih dan Allahuakbar selamat kembali ke pangkuan keluarga dan meneruskan perjuangan.
Saya cuma ingin kita semua bahagia dan masuk syurga. Hati saya tak senang melihat mana-mana orang dihina. Walau wanita yang dizalimi oleh suaminya. Anak kecil yang lapar atau terbiar. Tidaklah membenci sesiapa cuma memang tak boleh tahan tengok orang dianiaya dan dizalimi.
Melihat kepada keluarganya. Saya tahu beliau seorang yang bawa Islam dalam keluarganya. ISLAM itu boleh lihat pada diri seseorang itu dan keluarganya.
Semoga beliau terus istiqamah atas kebaikan. Pengorbanan beliau isteri dan anak-anak. Benarlah disebalik seseorang yang hebat itu rupanya Allah anugerahkan isteri yang sangat kuat.
Doa seorang isteri itu makbul. Doa isteri itu ajaib. Inikan pula doa dan perjuangan. Membesarkan anak seorang diri saat suami di dalam penjara. Ya Allah…Allah beri ketabahan dan hadiahkan anak-anak yang baik dan sentiasa senyum walau ujian belum berhenti.
Anak berdiri depan penjara menanti ayah…Lihatlah isterinya dan anaknya yang menjaga akhlak dan pertuturan. Berjuang dan berkorban buat suami. Buat ayahnya. Sanggup memaafkan dan korbankan perasaannya dengan selalu memaafkan demi kebaikan rakyat Malaysia..Semoga Allah rahmati keluarga ini dan semua keluarga di Malaysia.
Tanpa susah seseorang itu tidak boleh memahami susah orang lain. Kesusahan yang disandarkan pada Allah ialah ilmu yang terus diberi oleh Allah. Semua Nabi dan orang soleh melalui susah dan sakit. Supaya mereka rasai setiap sakit perit orang lain. Mereka selalu teringat sakit mereka saat mengadili orang lain.
Benarlah rahmat Allah di sebalik susah. Saya ingat masa beliau dimasukkan dalam penjara lagi. Di mahkamah. Katanya semua ini akan menjadi sejarah. Bukan hari ini tapi sampai ke anak cucu kita akan membaca. Masa tu tak faham lagi.
Kini melihat keajaiban doa ulama dulu-dulu. Orang soleh. Doa ibubapanya. Menangis saat beliau pulang melihat orang tersayangnya meninggal dunia. Ya Allah…
Masa yang berlalu tidak sempat melihat anaknya membesar. Tidak sempat jaga keluarga tercinta saat sakit. Tidak sempat ke sana sini. Cuma duduk dalam penjara. Solat, berdoa,baca buku,baca Al-Quran. Tapi sentiasa senyum dan cakap yang baik..
Pastinya iman dan cinta pada Allah yang memberi kekuatan untuk semua itu…
Dari saya remaja sekarang anak saya 4 orang. Syukur Allah izin dapat baca surat ini. Terima kaseh Allah..
Semoga Allah rahmati dan beri hidayah berterusan buat semua pemimpin DYMM YDP Agong. Dan semua pemimpin negara dan setiap negeri. PAKATAN, PAS,BN,DAP, dan semua. Teruskan dakwah dan doa buat semua.
Semoga Allah tambahi hidayah buat kita semua dapat jaga Islam dan didik anak kita dengan Islam serta berakhlak dengan akhlak mulia pada semua berbeza bangsa dan agama. Semua orang baik dan mulia. Juta rahmat yang kau beri kepada mereka berilah sedikit pada saya yang lemah dan mengharap redha Allah- ebit lew
Sesetengah dari ibu bapa kita yang sudah tua senang meluahkan kata-kata sayang dan bangga tapi ramai juga yang tidak biasa dengan luahan sebegitu. Namun itu bukanlah bermakna mereka tidak sayang.
Demikian juga arwah ibu kepada lelaki bernama S A I F U L A Z L A N. Setiap pencapaian anak jadi kebanggaan si ibu dan ia hanya diketahui selepas Saiful membaca diari arwah ibunya selepas dia meninggal.
Dari situ dia mengetahui bahawa ibunya tersangat bangga terutama pada hari dia menamatkan pengajiannya.
Perkara itu dikongsi oleh Saiful Azlan di laman Twitter dan ia mendapat perhatian ramai netizen. Touching sangat bila baca tulisan ibu sendiri yang sanggup tulis semua detik manis yang diraih anaknya. Itu yang VK rasa.
Tahniah kepada mereka yang sedang berkonvo. Korang dah lalui satu lagi anak tangga salam kehidupan. Orang tersayang pasti bangga melihat korang berjaya.
Aku tak sangka mak aku bangga gila masa tengok aku konvo pada 2010. Aku baca diari mak aku masa hari dia meninggal dec 2016.
Lepas kebumi mak aku, aku baca semua diari dia sbb nak tahu apa isi diari tu. Seminggu jugaklah ambil masa nak habiskan semua diari arwah mak aku tu.
Dia tulis semua benda yang aku inform dia, sbb aku memang akan call dia hari-hari kalau berjauhan.
Tarikh aku start keje, tarikh aku adopt kucing aku, tarikh aku menang pidato, tarikh aku beli hadiah kat dia, tarikh dia terasa dgn aku pon ada. Hahaha. Bukan tu je, tarikh aku tertanggal tali pusat pon ada.
Bagus jugak diari ni kan, dia bagi memori buat kita. Tapi sekarang ada lagi ke yang tulis diari? Aku memang malas gila nak menulis diari, diari aku penuh dgn aktiviti kerja aku dan client aku je. Hahaha
Untung Saiful at least bila rindu, boleh juga baca diari ibu, peninggalan paling bermakna rasanya ni.
Sebelum ini Perdana Menteri Kanada jadi tumpuan dunia kerana parasnya yang ‘elok’. Namun yang terkini jadi perhatian adalah Presiden baru Perancis, Emmanuel Macron.
Bukan saja kerana wajahnya yang hensem, usia yang muda, 40 tahun, tapi kerana kehidupannya peribadinya yang menarik.
Sejak 12 tahun lalu dia kekal bahagia selepas mendirikan rumah tangga dengan Brigitte Trogneux kini berumur 65 tahun. Beza usia antara mereka adalah 25 tahun!
Wanita pilihannya ini adalah guru yang pernah mengajarnya di sekolah. Ketika itu ramai menyangka dia bercinta dengan anak Briggite yang juga teman sekelasnya.
Akan tetapi hakikatnya tidak begitu. Emmanuel dikatakan sudah jatuh cinta dengan Briggite sejak usia 16 tahun lagi.
Namun ketika mengetahui perkara itu ibu dan ayah Emmanuel meminta Brigitte menjauhi anak mereka sehingga usia 18 tahun.
Yakin bahawa wanita itu adalah jodohnya, pada usia 17 tahun lagi Emmanuel memberitahu dia akan mengahwininya dan 10 tahun kemudian iaitu pada tahun 2007 dia memenuhi janjinya.
Mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu, pasangan ini memang dilihat seperti mak dan anak malah ibu Emmanuel sendiri melihat Brigitte lebih sebagai teman dari menantu.
Bagaimanapun pasangan ini tidak mempedulikan kata-kata negatif terutama tentang perbezaan usia mereka. Mereka bahagia kerana saling mencintai.
Kehidupan peribadi Emmanuel yang menarik ini juga menyerlahkan dirinya sebagai pemimpin sehinggalah beliau dia diisytiharkan sebagai presiden Perancis awal tahun ini.
Brigitte mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai guru selepas Emmanuel bergelar menteri dan menjadi penasihat yang paling dipercayai.
Sentiasa dilihat mesra dengan isteri, Emmanuel bahagia dengan kehidupan bersama tiga anak dan tujuh cucu tirinya.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...