Roti John Buat Sendiri, Rasa Lagi Sedap. Tak Perlu Dah Beratur Di Bazar Ramadan

Share

 

Roti John ini memang antara menu yang dicari bila bulan puasa dan ia banyak di jual di Bazar Ramadan. Tapi ramai juga yang tak suka untuk keluar bersesak dan beratur di sini.

Jadi alternatif untuk yang tak mahu beli di bazar,  kita buat sendiri. Ya memang boleh buat sendiri!  Caranya dikongsi oleh Chinta Eyja.

Menariknya, tak susah-susah cari roti yang macam digunakan oleh peniaga sebaliknya guna roti frankfurter saja.

Roti John homemade

Bahan-bahan yang digunakan:

Bawang merah -potong dadu
Bawang putih- potong dadu
Rempah kari (Campur air)
Daging atau ayam cincang atau daging burger
Sosej -potong
Garam
Lada Sulah
Daun sup/bawang -dihiris
Telur
Roti frankfurter
Mentega

Ada jenama lain juga.

Cara membuat:

1. Untuk buat inti roti john, tumis bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan, rempah kari, daging cindang, dan sosej serta garam dan lada sulah. Kuantiti bahan boleh agak-agak saja. Dah masak, ketepikan.

2. Pecahkan telur dalam bekas, masukkan sekali dengan daun sup atau daun bawang. Kacau.

3. Masukkan bahan inti yang dimasak tadi dalam bancuhan telur. Kacau.

4. Panaskan kuali leper/pan. Belah dua roti, jangan sampai putus dan sapukan mentega. Terus tekap atas kuali. Ketepikan sekejap.

5. Cairkan sedikit mentega dalam kuali yang sama kemudian tuangkan bancuhan telur bersama inti tadi.

6. Tekap roti di atasnya.

7. Terbalikkan.

8. Ini yang dah siap tekap dengan inti tadi.

9. Letak mayonis, sos cili. Nak letak timun, salad pun boleh.

10. Lipat roti dan potong.

Siap!

Selamat mencuba.

Sumber: Chinta Eyja

IKLAN