Rumput sambau ini memang ada banyak di sekitar rumah kita. Tepi rumah, belakang rumah, dalam longkang, dalam pasu, tepi jalan, dalam garaj. Pendek kata semua tempat rumput ini tumpuh. Ia tumbuh merata termasuk di tanah yang selalu dipijak.
Walaupun ditebas, dimesin, dicangkul malah diracun sekalipun rumput ini tetap akan tumbuh Kembali. Sebab itulah ia juga dipanggil rumput liat atau rumput degil.
Kaedah ‘matikan’ rumput sambau, tak tumbuh dah
Namun dikongsi oleh Azhar Che Soh untuk menghapuskan rumput sambau ini sebenarnya ada caranya terutamanya jika mahu menggunakan semburan racun rumput.
Siapa alami masalah rumput sambau ini di halaman rumah. Rumpur ini memang sukar dihapuskan dengan cara biasa. Di sini saya kongsi kaedah paling mudah untuk dipraktikkan bagi mematikan rumput ini yang mana perlu menggunakan semburan racun rumput.
Ads
Cara-cara
1- Sembur rumput dengan racun.
2- Selepas diracun, tutup dengan plastik ‘silver shine’. Plastik ini ada dua permukaan berbeza warna. Sebelah hitam sebelah silver yang mana berfungsi untuk cahaya matahari.
3. Pastikan bahagian warna silver diletak di atas, hitam bawah. Biji benih rumput kalau bercambah bawah plastik ni, lama-lama akan mati, sebab gelap dan panas.
Ads
4. Tutup rumput dengan plastik silver shine ini dalam tempoh yang agak lama atau sehingga rumput kering, reput dan mati.
Cara ini insya-Allah rumpi akan mati hinggalah ke umbisi.
Nota: Rumput sambau ini jangan sesekali dipotong dan bakar. Ia akan hasilkan lagi banyak benih dan tambah subur. Ini kerana bahagian yang terbakar itu akan jadi baja yang menyuburkannya lagi.
Ads
Kaedah matikan selain rumput sambau
Ada banyak cara yang boleh digunakan untuk mematikan rumput liar sekitar rumah. Antaranya dengan membuat bancuhan berikut;
-500 gram garam
-1 botol cuka
-1 periuk kecil air panas
-2-3 titis pencuci pinggan (Sun Light)
Bancuh garam dan cuka dengan air panas hingga sebati. Kemudian titis pencuci pinggan ke dalam bancuhan.
Kemudian masukkan dalam pam dan boleh sembur pada rumput. Jika sembur waktu pagi, esok akan nampak hasilnya, semua ‘clear’.
Hidangan sizzling yee mee ini biasa kita makan kat food. Selalu saja teringin nak buat sendiri di rumah tapi mengenangkan takde hot plate, tak jadi nak buat.
Sebenarnya nak buat hidangan sizzling ini di rumah boleh saja tanpa hot plate. Buat dalam kuali atau pan biasa pun boleh kemudian tuang dalam pinggan. Rasa tetap sama sedap.
Caranya boleh ikut perkongsian Rozmaliza Omar. Paling best bila buat sendiri, kita boleh lebih letak ayam, cendawan shiitake dan tahap kepedasan ikut cita rasa.
Buat sendiri sizzling yee mee, tak perlu hot plate
Bahan untuk kuah:
Ayam bahagian isi
3 keping halia -dihiris halus
5 ulas bawang putih cincang
6-8 kuntum cendawan shitake (rendam hingga lembut dan potong dua)
5 biji cili kering
1 sdb serbuk lada hitam
1 sdb kicap pekat
1 sdb sos tiram
1 sdb kicap manis
1 kiub ayam
1 sdt minyak bijan
Air untuk kuah
3 sdb tepung jagung & air
Bahan mee
1 bungkus yee mee
Telur
Sayur pakchoy
Cara membuat:
1. Tumis bawang putih, halia dan cili kering hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan lada hitam. Masak hingga ayam lembut dan masukkan cendawan shitake.
3. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan kiub ayam.
4. Masukkan air utk kuah secukupnya. Sedikit gula. Biarkan hingga mendidih. Masukkan tepung jagung masak hingga pekat. Tutup api.
5. Ambil kuali kecil/ pan dan letakkan yee mee, ceduk kuah beberapa senduk.
6. Gunakan api yang besar, letak sayur pakchoy dan pecahkan telur atas yee mee.
7. Bila yee mee, sayur dan telur dah masak, titiskan minyak bijan atas pan sizzling mee. Boleh terus hidang panas, tuang dalam pinggan.
TIP: Kalau nak sedap kena buat hidangan seorang satu persatu. Kalau buat banyak sekali gus tak sedap.
Baru cuba bercucuk tanam di rumah, pokok dah baja, siram pun cukup, dijaga rapi lagi tapi nampak macam tak subur.
Salah satu sebabnya boleh jadi kerana tanah yang digunakan. Jika tanah elok, penuh dengan nutrien sekali gus tanaman pun jadi subur.
Tanah sebegini selain boleh dibeli di nurseri boleh juga dibuat sendiri. Apa yang penting tahu nisbahnya. Jika mahu cuba buat campuran tanah sendiri boleh ikut kaedah mudah yang dikongsi oleh Mohd Amri.
Kaedah campuran tanah yang mudah
Sebenarnya, untuk membuat campuran tanah adalah banyak pendapat dan idea. Namun saya lebih suka untuk memilih medium yang mudah saya perolehi di sekitar saya.
Lain orang, lain pendapat. Tapi ini kaedah saya sahaja, hanya perkongsian. Berdasarkan pengalaman lepas, ini sahaja cara yang saya gunakan untuk tanaman di sekitar rumah saya.
1. Medium yang diperlukan ialah;TANAH HITAM SAWIT, COCOPEAT (SABUT KELAPA KISAR HALUS), dan juga (SEKAM PADI BAKAR).
2. Nisbah yang seringkali saya gunakan ialah, 1 : 1 : ¼ bahagian di mana 1 bahagian tanah hitam sawit, 1 bahagian cocopeat, dan ¼ bahagian sekam padi bakar.
3. Campurkan ketiga-tiga bahan tadi dan gaul sehingga campuran tadi menjadi lembut dan senang dipegang. Anda semua kena tahu, tanah sawit hitam jika tidak dicampur sangat melekit dan mudah padat. Setelah siap, boleh isikan ke dalam pasu dan masukkan anak pokok yang hendak ditanam.
4. Buatlah penyiraman dua kali sehari iaitu pagi dan petang untuk mengekalkan kelembapan medium. Sebaiknya, gunalah bancuhan air baja untuk menjadikan pokok membesar bak juara.
Seminggu sekali bolehlah disembur dengan booster tanaman pula pada pokok untuk menggalakkan lagi tumbesaran pokok dengan lebih cepat, baik dan sempurna. Banyak booster yang dijual di pasaran.
Kegunaan peti sejuk dah tentu untuk menyejukkan bahan makanan bagi memastikan ia tahan lama. Jadi masalah jika peti sejuk yang sepatutnya sejuk tapi tak berfungsi sedemikian termasuklah bahagian freezer. Ia boleh menyebabkan makanan yang disimpan jadi rosak atau busuk.
Dalam hal ini selain dari menggunakan khidmat technician untuk membaiki, kita sendiri juga boleh memeriksa puncanya.
Menurut video perkongsian Hairul V Cool, salah satu punca peti ais tidak sejuk adalah keadaan condenser di belakang alat ini sudah berhabuk dan kotor. Condenser ini perlu dibersihkan supaya tidak menjejaskan fungsi peti sejuk.
Periksa condenser belakang peti sejuk
“Salah satu punca peti sejuk tak kurang sejuk terutama yang ada condenser di belakangnya adalah kerana keadaannya yang kotor atau berhabuk.
“Jadi kita boleh buka sendiri dan periksa. Jika condenser kotor, berhabuk lama kelamaan condenser akan jadi panas. Sekali gus menyebabkan peti sejuk kurang sejuk dan lambat beku. Jika dibiarkan ia juga boleh menjejaskan compressor.
” Cara untuk bersihkan tak susah, jika ada blower boleh gunakan. Jika tiada boleh guna berus atau kain saja untuk lap bahagian ini.
” Bagi peti sejuk yang ada condenser memang kita kena servis sendiri,” pesannya.
INFO: Sebelum membersihkan condenser peti sejuk ini pastikan suis ditutup terlebih dahulu.
@hairulvcoolNi lah punca peti sejuk kurang sejuk! Buat sendiri “ZERO” kos.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...