Hampir setiap masakan kita akan mengguna bawang. Tapi mungkin ramai yang belum tahu cara potongan bawang akan mempengaruhi rasa masakan kita. Kalau potong mayang, belah dan sebagainya akan berbeza rasa berbanding cencang.
Malam tadi terbaca ada yang tanya biasa masak potong bawang macam mana? Sebenarnya cara potong masing-masing ada nama, kegunaan dan masanya tertentu untuk guna. Sesetengah potongan tak sesuai untuk sesetengah resepi.
1) Potong
Potong maksudnya bawang akan dipotong secara melintang. Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.
2) Gegelung
Mula dari potong, dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki.Potongan gini biasa untuk masak kicap, masak merah.
Ads
3) Mayang
Hirisan halus tetapi melintang, kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.
4) Belah
Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.
5) Baji
Juga disebut ‘wedges’ dalam bahasa Inggeris. Biasanya potongan ini diguna untuk hiasan, seperti dalam sup atau kari dan sebagainya. Juga untuk kebab.
Ads
6) Hiris
Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang. Untuk ditumis atau dibuat ulam / rencah sambal/budu/cencaluk dsb.
7) Dadu
Biasanya untuk buat cekodok/jemput-jemput bilis atau bawang.
8) Dadu kecil / cincang kasar
Untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dan sebagainya.
Ads
9) Cencang
Untuk perapan, tumisan dan sebagainya.
Penting ke potongan ni semua? Sesetengah resepi, penting sebab lain cara potong boleh mempengaruhi rasa masakan dan tempoh memasak.Jadi kena teliti resipinya sebelum mula memotong.
Sambal nasi lemak dah ramai puji sedap, teringin pula nak berniaga. Tapi nasi lemak pulak tak tahu nak sukat kalau masak dalam jumlah banyak.
Kalau macam tu boleh ikut tip dari Fazniza Razali ini untuk sukat jumlah beras, air, santan dan garam. Tip ini boleh digunakan untuk masak nasi lemak sama ada untuk berniaga atau nak makan ramai- ramai.
Jadi takde lah kita teragak-agak, risau terlebih atau terkurang. Lebih tak mengapa tapi kalau banyak sangat membazir pula.
Ini sukatan untuk 30-40 orang makan & 55-60 orang makan
Sukatan 30-40 orang makan
3 kg beras
1kg santan
3 liter air
3 sudu besar garam
Santan
Sukatan 55-60 orang makan
5 kg beras
1 1/2 kg santan
5 liter air
5 sudu besar garam
Daun pandan jangan lupa pula
Saya sukat jumlah nasi guna mangkuk kecil ini untuk seorang makan.
Semoga bermanfaat untuk yang baru nak cuba berniaga nasi lemak ya.
Buku dan beg sekolah anak kalau tiada tempat khas untuk diletakkan memang akan buat bilik atau ruang nampak serabut. Tambah lagi sekarang anak belajar di rumah saja.
Supaya kita tak pening dan stres melihatnya, idea bookstation Shakina Farhan ini boleh dijadikan panduan supaya buku dan peralatan sekolah anak-anak kemas.
Satu anak satu frame
Saya nak share bookstation anak yang sangat membantu kami sekeluarga lebih lagi masa PDPR sebelum ini. Anak darjah 3, darjah 1 & tadika 5 tahun. Dah hampir 5 bulan guna cara ini.
Saya guna rak Besta dari Ikea. Kelebihan ikea ni boleh custom ikut keperluan kita. Contoh pintu bawah sekali untuk sorok beg. Kalau kita nak tambah lagi shelf ke atau pintu ke masa depan pun boleh.
Saya cat dalam rak warna hitam sebab nak matching dengan decor rumah sebab bookstation ini antara dining & living room. Anak-anak belajar dekat dining & bilik bawah.
1 Frame 1 anak tapi ada juga bercampur. Dalam file fluns ada file subjek jadi kalau anak ada Google Meet terus ambil file saja. Beg dekat bawah sekali tersorok kalau tak bersepah berlonggok atas lantai.
Peralatan bookstation
Almari, shelf, door- Besta frame x 3
Box grey – Ikea
Bakul putih – Mr Diy
File fluns – Ikea
Label – buat sendiri
Rak semestinya guna Besta, boleh saja pakai kabinet lain. Kalau ada yang tengah mencari idea cara nak susun buku sekolah anak.
Ramai yang memelihara kucing di rumah. Memang syok membelai dan lihat keletah haiwan manja ini.
Tapi ada juga part yang tak best, antaranya bau najis kucing. Kalau pelihara seekor dua mungkin ok lagi tapi kalau banyak dan tak dijaga betul rumah akan berbau busuk.
Memang tak selesa, apatah lagi jika ada pula tetamu yang datang. Bagi pencinta kucing dan memelihara banyak haiwan ini mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Iskandar Muadz ini.
Memelihara 10 ekor kucing namun setelah tiga hari mempraktikkan tip menggunakan daun pandan ini bau najis kucing tidak terhidu pun.
Pelihara 10 ekor kucing tapi tiada bau busuk!
Caranya;
1. Sediakan pasir kucing dalam bekasnya.
2. Ambil 4 helai daun pandan kemudian potong beberapa bahagian (ikut suka).
3. Letak daun pandan yang dipotong dalam bekas pasir kucing tadi (letak 4 helai daun pandan dalam 1 bekas).
Daun pandan ini menurutnya boleh tahan dalam 3 hari. Lagi kering lagi kuat bau pandan.
Memandangkan bilangan kucing agak banyak jadi beliau menggunakan cara ini dan hasilnya memang tiada lagi bau najis kucing, diganti bau daun pandan.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...