Lepas makan, hidang pulak air cocktail memang sesuai. Tetap kita hirup sampai licin walau dah kenyang.
Desert ini memang sedap. Kalau makan waktu buka puasa nanti akan jadi lebih sedap. Cuma nak jadikan rasa air cocktail ini lebih ‘kick’ kena letak whipping cream. Akan terasa lemak manis air ini. Cara ini dikongsi oleh Hafidz Idris.
Rahsia buat air cocktail sedap ada ‘kick’
Bahan-bahannya
1 tin fruit coctail (jenama Hosen)
1 tin laici
1 kotak whipping cream (250ml)
1 tin susu cair ( Carnation)
1 bekas nata de coco (saiz sederhana)
Cara membuat
1. Tapis dan buang semua air buah dalam tin tu. Airnya tak sedap, nanti jadi masam. Masukkan dalam jag.
Ads
2. Tuang susu cair, saya memang guna jenama ini saja kalau nak buat cocktail. Tuang habis. Nak banyak air banyak letak dua tin.
3. Masukkan whipping cream kotak kecil. Tuang semua satu 1 kotak, ini penting. Kalau tak ada ini memang kurang ‘kick’.
Ads
4. Susu pekat setengah tin. Kemanisan ikut cita rasa sendiri ya.
5. Masukkan Nata de coco. Masukkan airnya sekali. Saya guna semua.
Ads
6. Masukkan laici, airnya tuang sikit saja. Jangan letak semua tapi laici guna semuanya.
7. Kacau sebati, letak ais dalam cawan tuang air cocktail. Siap!
Selain sawi, bayam, bendi, sayur pak choy juga antara yang selalu ditanam di rumah. Ia antara tanaman yang mudah ditanam dan cepat dapat makan hasilnya.
Sesuai sangat kalau baru-baru mencuba untuk bercucuk tanam. Tak semesti ada pasu khas, boleh guna apa juga bekas yang ada. Yang penting medium yang digunakan.
Boleh ikut perkongsian Liyana Mohd Poad yang menanam sayur ini dalam besen plastik saja, tapi tetap menjadi, elok suburnya. Menariknya sayur ini paling cepat kita merasa hasilnya, lebih kurang sebulan dah boleh dituai.
Cara mudah tanam pak choy, dalam besen saja!
Bagi yang nak mencuba boleh ikut cara yang dikongsi.
1. Sediakan dua jenis media tanaman iaitu cocopeat dan tanah organik. Mix dan tambah kompos organic dalam segenggam (apa-apa jenama pun boleh). Kalau tak tahu apa itu kompos organik, beli sekam bakar dan campur.
2. Kemudian, sediakan benih baby pakchoy. Campur dalam segenggam pasir dan tabur merata. Tutup benih yang ditabur dengan lapisan tanah, nipis saja dalam 1 cm. Kemudian siram.
3. Tutup bekas semaian dengan daun daun kering dan letak di luar. Panas 70%.
4. Lepas dua hari benih bercambah dan selepas 3 hari, hasilnya seperti di atas. Saya semai dalam bekas polisterin. Letak di luar rumah. Cahaya matahari 80%.
5. Bila anak benih dan naik 4-5 helai daun, pindahkan ke bekas yang lain. Jangan biasakan tanam dalam bekas semaian. Saya guna besen saja yang ditebuk lubang di bawahnya untuk pengaliran air. Dalam satu besen boleh letak dalam 10 pokok.
6. Boleh guna tanah sama dari tempat semaian tapi tambah sedikit tanah organik 10 in 1.
7. Ini baby pak choy 3 minggu usianya. Supaya subur dan gemuk letak baja organik jenama apa pun boleh.
8. Lebih kurang sebulan pak choy dah boleh tuai. Mudah kan.
Bagi ibu bapa yang sudah ada punya dua atau tiga orang anak mungkin sudah berpengalaman memandikan bayi yang baru lahir. Tak jadi masalah.
Tapi yang baru pertama kali bergelar papa dan mama rutin memandikan bayi ini boleh jadi sesuatu yang mencabar dan perlu ditangani dengan lembut.
Dalam tempoh masih berpantang ini untuk memandikan bayi ada beberapa adab yang perlu ibu bapa perhatikan.Sebaiknya dipraktikkan sehingga selesai 40 hari berpantang.
1. Cuci dulu kotoran
Ketika ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkan badan bayi ke dalam tab.
Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.
2. Seeloknya waktu dhuha
Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
3. Mula dari bahagian belakang dulu
Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
4. Gosok lembut
Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
5. Siram perlahan-lahan
Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
6. Sebaiknya bapa
Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, boleh berzikir dalam hati Ya Latif, Ya Hadi.
7. Elak bahagian muka
Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
8. Hati-hati bahagian pusat
Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
9. Lap sampai kering
Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala seterusnya ke bahagian badan.
Melihat orang kurang upaya yang buta berjalan di laluan sesak, melintas jalan dan sebagainya ramai yang bersimpati dan ingin membantu memudahkan perjalanan mereka.
Namun seringkali terjadi cara yang kita lakukan untuk memimpin OKU buta ini berjalan adalah salah.
Perkara ini dikongsi oleh dua OKU yang juga TikToker, Loh Boon Keat dan Ambar Aishah.
Jangan tarik tongkat
Jelas mereka ramai yang menarik tongkat mereka dengan harapan OKU buta mengikut saja dari belakang yang mana cara ini tidak betul.
Mereka berdua turut menjelaskan panduan untuk membantu OKU buta berjalan.
‘Cara yang betul kalau nak bantu minta OKU buta letak tangan pada bahu dan biarkan yang membantu jalan di depan.
‘Ini untuk memudahkan mereka meneruskan perjalanan dan bersedia dengan halangan yang ada di hadapan.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...