Rupanya Pintu Peti Sejuk Boleh Ubah Arah Bukaannya, Guna Skru Driver & Star Key Saja

Share

Ramai tak tahu rupanya pintu peti sejuk rupanya boleh ubah arah bukaannya. Boleh ubah bukaan dari kiri ke kanan atau sebaliknya.

Kalau bahagian sebelah bukaan sedia ada agak sempit atau terhalang bolehlah tukar ya. Caranya pun tak susah sebenarnya dan dikongsi oleh Zuhri Mohamad

melalui akaun TikTok miliknya.

Ujarnya untuk menukar arah bukaan pintu peti sejuk semua bracket dan pin yang ada perlu dialih di sebelah bertentangan.

1. Buka bahagian bracket bahagian atas, tengah dan bawah.

2. Buka dan pasang tapak kaki.

3. Pasang bracket sebelah kiri sebab nak buka sebelah kanan.

@sayazuhri Senarnya arah buka pintu sejuk boleh ubah. #fyp #learnontiktok #fypp #foryou ♬ original sound – zuhrimohd

4. Buka semua pin pintu, untuk tukar arah.

5. Pasang semula di tempat yang sama di sebelah kiri

Kata Zuhri apa yang diperlukan untuk menukar arah pintu ini hanyalah skru driver dan star key saja. Memang boleh buat sendiri.

Sumber: Zuhri Mohamad

 

IKLAN