Tak nak lipas masuk kabinet, almari baju, bilik air dan sebagainya kita pun letak ubat gegat. Memang rutin ini kita buat sedari dulu. Rupanya salah ya, ubat gegat kegunaannya bukan untuk halau lipas!
Perkara ini dijelaskan oleh pengusaha Pest Control, Naim AJ Pest. Ujar beliau penggunaan ubat gegat untuk menghalau lipas hanya mitos saja. Berikut adalah perkongsian beliau.
Guna ubat gegat halau lipas hanya mitos
Penggunaan ubat gegat untuk menghalau lipas boleh dikatakan mitos sahaja. Sebab saya sendiri pun pernah tengok lipas makan ubat gegat semasa buat kerja pest control. Jadi kalau bukan untuk lipas ubat gegat untuk serangga apa?
Ubat gegat untuk halau serangga gegat
Sesuai dengan namanya Ubat Gegat, racun jenis ni sesuai dengan serangga yang bernama Gegat. Pernah dengar serangga nama gegat? Gegat atau nama lain dia Silverfish atau ulat buku. Orang selalu salah sangka serangga ini dengan anak lipan.
Mungkin ada yang tak pernah nampak, tapi sebenarnya serangga ini banyak kat rumah kita. Boleh dikatakan sama banyak dengan lipas. Serangga ini merupakan perosak dalam kategori Crawling Insect Pest. Ia tak berbisa, tapi boleh merosakkan banyak benda kat rumah kita.
Silverfish atau Gegat ini suka duduk dekat tempat yang lembap dan sejuk. Serangga ni dia boleh makan fabrik, kayu, buku, wallpaper dinding, sisa makanan dan macam-macam lagi. Tapi paling biasa kita akan jumpa dekat buku lama. Gegat paling suka makan gam pada kertas atau buku.
Jadi macam mana ubat gegat berfungsi hapuskan serangga ni ? Kalau korang nak tahu, silverfish ni bergerak laju dan pandai menyelinap. Agak susah nak hapuskan guna semburan aerosol biasa. Nak sembur aerosol kalau nampak baru boleh sembur.
Ubat gegat ini diperbuat daripada bahan Dklorobenzina atau Naftalena (Naphtalene). Dua jenis bahan ni merupakan jenis bahan bakar. Bau yang dihasilkan dari ubat gegat ni sebenarnya hasil dari gas yang meruap dari ubat gegat tersebut.
Gas dari ubat gegat dapat meruap ke segenap ruang tempat yang kita letak ubat gegat. Serangga gegat atau silverfish walaupun dia menyorok dekat celah lipatan baju atau kertas di tempat simpanan akan terkesan dengan gas dari ubat gegat ni.
Moth dan kamitetep
Selain dari tu, ubat gegat juga berkesan untuk Moth dan Kamitetep. Sebab itu ubat gegat ini omputih panggil Moth Ball. Moth ni pembiak kepada Kamitetep.
Gas dari ubat gegat tak beri effect yang banyak untuk lipas, sebab lipas adalah serangga yang mudah imune dengan racun. Sebab itu lipas boleh selamba makan ubat gegat ini. Tak percaya try letak ubat gegat. Tengok lipas makin kurang atau makin banyak.
Penggunaan ubat gegat ni sebenarnya tak berapa bagus untuk kesihatan kita. Terutama untuk orang yg ada masalah penyakit G6PD.
Kesan untuk makanan pun agak kuat. Sebab itu bila kita letak ubat gegat di tempat simpanan makanan, makanan tersebut akan ada sedikit rasa dan bau ubat gegat.
Masalah batuk ini biasa kita alami tapi ia boleh buat kita tension berlarutan berminggu-minggu malah ada yang sampai mencecah 3 bulan.
Tak juga reda walaupun dah berbotol-botol ubat batuk diambil. Bagi korang yang sedang dalam situasi ini mungkin boleh cuba petua dari Ruziani Radzi.
Dia yang mengalami masalah batuk hampir 2 bulan akhirnya reda selepas mengamalkan petua dari pengamal perubatan Cina yang hanya menggunakan buah oren. Ruziani juga turut berkongsi cara-caranya.
Ambil dari pengamal ubatan Cina
Tahun lepas saya mengalami masalah batuk berpanjangan hampir 2 bulan lamanya. Puas mencuba pelbagai jenis ubat, antibiotik dan petua.
Dengan izin Allah, Akhirnya saya temui petua ini yang diberitahu oleh kawan lama. Alhamdulillah.
Rawatan ini adalah petua daripada pengamal ubatan Cina untuk mengurangkan batuk, masalah batuk berpanjangan, sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Petua ini juga sesuai untuk orang yang mengalami sesak dada atau hampir semput (asthma)
Cara-caranya:
1. Rendam buah oren atau limau dalam air garam selama 15 minit. Tujuannya hanya untuk membersihkan buah.
2. Potong bahagian atas oren seperti di dalam gambar dan tambah kira-kira 1/2 hingga 1 sudu teh garam atas permukaan yang dipotong. Untuk hasil yang baik, dicadangkan menggunakan garpu untuk cucuk-cucuk garam supaya masuk ke dalam buah oren( sunkist).
3. Letak oren (sunkist) di dalam bekas seperti di dalam gambar, kemudian masukkan dalam bekas pengukus, kalau tidak ada pengukus cukup letak dalam periuk belanga yang mempunyai penutup dan stim selama 15 minit.
4. Selepas kukus air akan terkumpul di dalam bekas yang ada limau tu, untuk elak pembaziran, perah sekali buah limau berkenaan, jus sedia digunakan, lagi bagus minum panas-panas.
Boleh digantikan dengan buah limau mandarin
Untuk lebih sedap carilah oren sunkist yang manis.
Apa sebenarnya yang ada pada oren dan limau ini?
Buah oren dan limau mempunyai manfaat meningkatkan aliran atau air liur, melembapkan mulut, memberi manfaat kepada paru-paru, kedua-dua oren dan limau mempunyai fungsi membuat mulut dan tekak lembap. Oleh itu, mengurangkan rasa kerengsaan yang menyebabkan gatal atau batuk.
Buah oren dalam Perubatan Cina adalah natural dan manis, jadi oren menambah manfaat kepada perut dan limpa dan menyuburkan Yin daripada kedua-dua organ. Ini bermakna bahawa oren adalah baik untuk batuk yang kering, dan ia juga lebih selamat untuk kegunaan jangka panjang.
Bagi limau pula, ia amat bermanfaat tetapi rasanya lebih berasid dan pahit, dan ia juga mempunyai fungsi tambahan melembapkan paru-paru, menghentikan batuk dan mengurangkan kahak.
Limau juga hangat dan lembap, penggunaan jangka masa panjang ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan perut dan beberapa gejala haba yang lain.
Secara ringkasnya, menggunakan buah limau dalam kaedah di atas adalah lebih baik dan berkesan untuk mengurangkan kahak dan berhenti batuk, tetapi ia tidak sesuai untuk kegunaan jangka panjang.
Bila pakai aircond, rutin servis alat ini wajib dilakukan supaya ia fungsi baik dan sejuk. Tapi upah untuk khidmat servis aircond harganya agak mahal juga, dalam RM90-RM100 untuk satu aircond. Kalau di rumah ada 2 buah alat ini boleh tahan banyak kos yang perlu dikeluarkan.
Supaya dapat berjimat apa kata kita servis sendiri saja. Fad Alya berkongsi cara servis paling mudah dan murah yang boleh kita lakukan dengan hanya menggunakan satu produk berharga tak sampai RM25.
Bagusnya satu botol produk ini boleh guna 3-4 kali, jadi boleh servis beberapa kali aircond. Memang banyak boleh jimat.
Tak perlu bayar upah mahal dah untuk servis aircond
Puas hati lepas ni tak payah upah orang mahal-mahal dah untuk service aircond rumah. Dah la murah saja tak sampai RM25 sebotol boleh guna 3-4 kali.
Lepas tu tiada bau busuk chemical, itu yang best. Saya memang dah banyak kali service sendiri saja.
Caranya
Kalau aircond kat rumah dah tak sejuk elok laj try service pakai ni. Step senang;
1. Buka cover aircond dan keluarkan filter. Pastikan suis aircond ditutup ya.
2. Spray cleaner ini dalam cooling fins/coils aircond.
3. Biarkan dalam 10 minit. Nanti semua kotoran akan keluar ikut paip belakang aircond. Tak perlu basuh apa-apa dah.
4. Lepas 10 minit tutup balik filter & cover aircond. Settle!
Senang kan? Kita yang perempuan pun boleh je buat sambil pejam mata. Aircond cleaner boleh beli kat sini, brand EarthHome ni brand Jepun, memang recommended sangat!
Kalau suka makan ulam-ulaman boleh jadikan kacang renek atau kacang duduk ini sebagai tanaman di rumah. Rasanya macam kacang panjang biasa tapi lebih manis.
Kelebihan tanam kacang jenis ini berbanding kacang panjang biasa, kacang renek ini mudah hidup dan tak perlu banyak tanah.
Boleh ditanam dalam pasu saja malah yang duduk di apartment kalau nak tanam pun boleh. Ia juga tak perlukan junjung atau pancang. Hasil pun cepat 2 bulan dah boleh tuai.
Cara tanam kacang renek/dwarf/kacang duduk
1. Benih kacang renek atau kacang duduk secara online di Shopee.
2. Cambahkan biji benih kemudian alih dalam pasu. Boleh letak dalam 3 anak benih dalam satu pasu.
3. Siram setiap hari dan pokok ini perlukan cahaya matahari terus.
4. Dalam tempoh 2 bulan boleh tuai hasilnya. Bila kacang dah matang, jangan biar lama terus tuai.
5. Tip supaya pokok kacang berbuah banyak kali, selepas habis berbuah, buang semua daun yang kering dan letak baja supaya naik pucuk baru dan berbuah lagi.
6. Sebaiknya letak di tempat pasu di tempat yang sedikit tinggi bila berbuah supaya kacang tak terkena tanah.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...