Selalu kita dengar ayam geprek, rupanya sambal bilis geprek pun ada. Kalau dah bosan makan ayam boleh tukar kepada menu ini pula.
Resipinya dikongsi oleh Neny Lai Han, katanya sambal bilis geprek ini memang menjadi kegemaran anak dan suaminya. Untuk pastikan ikan bilis dalam sambal kekal rangup, ada juga cara yang dikongsi.
Sambal bilis geprek
Bahan-bahan
2 gengam ikan bilis halus – basuh, tos dan goreng garing
Garam, gula, serbuk perasa
Kicap pedas Ikhwan
1 labu bawang besar
Bahan tumbuk
Segengam cili api kampung – ikut tahap kepedasan sendiri
5 tangkai cili hijau
4 tangkai cili merah
4 ulas bawang putih
Sedikit belacan bakar
1 sudu kecil udang kering
Ads
Cara membuat
1. Tumis bahan tumbuk dengan minyak secukupnya sampai pecah minyak. Kemudian hiriskan bawang besar dan tumis sampai layu.
Ads
2. Perasakan sambal dengan gula, serbuk perasa. Renjiskan juga kicap pedas. Kacau sebati kemudian matikan api. Biarkan seketika sambal dalam kuali.
3. Bila sambal dah agak suam-suam masukkann bilis yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati. Ikan bilis jangan gaul dengan sambal yang masih panas kerana ikan bilis akan jadi lemau, tak rangup.
Pemilihan lampu untuk kegunaan dalam rumah memang penting. Terang, gelap, suram dan keceriaan dalam rumah turut bergantung pada lampu ini.
Disebabkan itu sangat perlu kita memilih lampu yang sesuai untuk kegunaan dalam rumah. Panduannya ada dikongsi oleh Izzat Hafiy.
Terdapat dua jenis :
Ceiling type – pasang di permukaan siling dan kena tebuk siling jadi bila siap pasang nampak macam rata dengan permukaan ceiling
Surface type – untuk yang tiada siling terus tebuk dan ikat pada slab (orang panggil tin Milo) ada banyak ketebalan.
Ini lampu yang kecil, guna pada track light dan datang dengan 2 jenis iaitu MR16 dan GU10. Personally saya suka jenis GU10 sebab lebih tahan lama.
Lampu ini untuk hiasan ya bukan menerangi sangat tempat. Cantik untuk hiasan dan datang dengan banyak design dan cantik, nampak filament bulb
4) LED tube
Terdapat 2 jenis iaitu T5 dan T8. Saya cuma guna T5 untuk pasang pada longkang plaster siling rumah. Sebab T5 ini boleh sambung panjang, hujungnya ada connector.
T8 basically pengganti lampu fluorescent (kalimantang). Tukarlah, boleh jimat letrik
Next cerita pasal keterangan lampu asas ada 3 jenis
1) Warm white (2700-3000K) – memang kuning, selalunya lampu eyeball memang warna ini.
2) Natural white (4000-4500K) – tak kuning dan tak putih sangat, sesuai kalau nak pasang di tandas.
3) Cool white (6000-6500K) – warna putih ini selalu digunakan di mana-mana.
Kejadian seorang kanak-kanak perempuan maut akibat tertusuk pisau di rumahnya di tak lama dulu membuat ramai ngilu tatkala membaca berita ini.
Sungguhpun sedih tapi ibu bapa lain diharap mendapat pengajaran daripada kejadian ini agar alatan tajam ini tak dibiarkan di tempat yang tidak sepatutnya.
Satu lagi info yang perlu kita tahu, apa yang perlu kita lakukan jika keadaan begini berlaku kepada ahli keluarga kita. Betulkah tindakan nenek itu mencabut pisau yang tertusuk atau langkah sebaliknya perlu kita ambil.
Perkongsian daripada jururawat Bel Nawhen ini sangat berguna buat kita.
Ya, saya ada baca kes kanak-kanak berumur 2 tahun yang tertusuk pisau itu, gara-gara panik, neneknya mencabut pisau yang tersusuk dan akibatnya berlaku keadaan kehilangan nyawa.
Takziah saya ucapkan.
Keselamatan kanak-kanak perlu dititik beratkan dirumah. Jangan sesekali biarkan objek tajam dari bersepah di mana-mana. Seperti kes ini, adik beradik mangsa makan pelam dan tinggalkan pisau bersama pinggan diatas lantai. Kita sebagai ibu bapa perlu kerap menasihati anak cara mengendalikan objek tajam dan simpanan yang betul.
Dalam kes ini, mengapa anda DILARANG dari mencabut pisau atau apa-apa objek yang tertusuk di mana-mana anggota?
Ini kerana, kita tak tahu tahap mana kecederaan akibat tusukan itu berlaku. Salur darah mana yang dah tercedera pun kita tak tahu. Mana organ terdekat dah terkena lagilah kita tak boleh lihat dari mata kasar.
Objek tajam yang masih kekal tertusuk akan menjadi penghalang kepada berlakunya perdarahan kerana ia masih melekat di tempat yang terlibat dan memberikan tekanan pada kawasan tersebut dari terus mengalirkan darah.
Jadi, bila anda tarik objek tersebut keluar, penghalang tadi dah tidak ada, malahan geseran dari objek sewaktu dikeluarkan boleh terus mencederakan kawasan sekitarnya lalu berlakulah perdarahan yang banyak. Perdarahan yang teruk boleh mengancam nyawa.
Jadi, disini jika berlaku kecederaan tusukan seperti ini, apa yang perlu anda lakukan?
Rawatan awal untuk elak risiko kematian boleh diambil oleh mangsa atau orang sekeliling antaranya:
1. Mangsa perlu bertenang atau mangsa ditenangkan oleh orang sekeliling. Tak perlu ramai-ramai kerumun sampai panik boleh berjangkit.
2. Alirkan kawasan yang cedera dengan air bersih bagi tujuan membersihkan kawasan sekitar selain melihat tahap kecederaan yang oleh dilihat oleh mata kasar.
3. Jika objek telah tiada, beri tekanan pada kawasan luka dengan kain bersih supaya darah tidak keluar.
4. Jika objek masih ada, jangan cabut tetapi buat balutan cincin/donat dengan menggunakan kain yang bersih dan letak di sekeliling objek berkenaan kemudian tutup dengan kain bersih yang lain.
5. Lakukan tekanan yang berterusan pada kawasan luka untuk menahan darah daripada keluar dengan banyak.
Tekanan hendaklah tidak melebihi 10 minit dan dilepaskan bagi membolehkan aliran darah ke organ atau anggota tubuh dapat dikembalikan.
Jangan ikat anggota yang tercedera kerana ia boleh merosakkan tisu dan organ badan kerana tidak mendapat bekalan darah yang secukupnya.
6. Tinggikan anggota yang luka dari paras jantung untuk mengurangkan darah mengalir keluar.
7. Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan atau hubungi talian 999 atau bawa mangsa terus ke hospital dan klinik berdekatan.
Malang memang tidak berbau, tetapi langkah keselamatan dan rawatan awal perlu dikemas kini dari semasa ke semasa supaya kecederaan dapat dielakkan dan kehilangan nyawa dapat dihindari.
Tilam selalu jadi tempat pembiakan pepijat. Kalau badan dah timbul bintik merah dan bengkak elok periksa tilam kita.
Tak mustahil pepijat dah banyak bersusun di celah lipatan tilam. Masalah pepijat ini memang kena diatasi segera sebelum ia beranak pinak.
Jika dah guna semburan tak berkesan dan tiada modal untuk beli tilam baru boleh gunakan tip yang dikongsikan oleh pengusaha pest control, Khairun Naim untuk membasmi sendiri pepijat ini.
Sekiranya masalah pepijat di rumah hanya pada tilam, ada cara yang boleh dilakukan untuk menghapuskan pepijat ini tanpa menggunakan khidmat pest control.
Cara yang berkesan adalah dengan menggunakan seterika atau lebih baik menggunakan seterika wap atau iron steam.
Ini kerana pepijat cukup senstitif dengan suhu tinggi. Sekiranya menggunakan semburan Kimia, ia mungkini tidak memberi kesan kepada pep kerana adanya lapisan telur yang menghalang daripada kesan chemical. Tapi dengan suhu yang tinggi pepijat ini boleh mati.
2. Seterika semua bahagian terutama bahagian celah lipatan tilam kerana di sinilah telur pepijat biasa ada.
Cara ini boleh menghilangkan masalah pepijat yang pada pada tilam dan katil tanpa perlu menggunakan khimat pest control. Lakukan beberapa kali sehingga semua pepijat mati.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...