
Sardin dalam tin selain dari buat sambal atau gulai, boleh diolah menjadi satu lagi lauk yang sedap, iaitu sardin goreng kering.
Mesti ada yang tak pernah dengar atau buat lauk ini kan. Kata empunya resepi, Siti Khadijah Abdul Razak lauk sardin kering ini diajar oleh arwah ibu beliau dan caranya cukup mudah tapi sedapnya tak terkata. Lauk sedap kenalah kongsi, ini cara membuatnya.
Lauk sardin goreng kering yang sedapnya tak terkata
Saya nak share satu resipi yang sedap tak tau nak ‘habaq’ tapi sangatlah mudah. Mungkin ada yang dah tahu tapi bagi yang belum pernah cuba saya kongsi resipinya.

Cara memasaknya memang tak guna minyak sebab kerak kuah sardin yang kering itulah yang padu rasanya. Tapi kalau nak letak sikit minyak pun boleh cuma ia tetap akan kering sekali. Boleh juga guna kuali non stick tapi keraknya tak ‘kaw’ berbanding guna kuali biasa.
1. Masukkan semua sardin tin dalam kuali, sekali dengan kuahnya.
2. Panaskan dan goreng. Biarkan saka sardin dalam kuali tapi jangan kerap sangat kacau.
3. Isi ikan pun jangan hancur, ikan ini akan hancur sendiri bila kita kikis kerak dari kuah sardin.
4. Nampak macam dah kering , kuah pun dan tiadak, kikis kuali dan ambil kerak kuah sardin. Itulah yang sedap.
5. Kemudian boleh masukkan bawang dan cili api yang dihiris ikut cita rasa.
6. Gaul kesemuanya supaya sekata, kemudian perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa ikit cita rasa.
7. Bila dah elok rasanya boleh tutup api dan masuk dalam pinggan. Makan dengan lauk telur mata yang kuningnya cair bersama nasi panas.
Sumber: Siti Khadijah Abdul Razak
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Cara Makan Yang Betul Selepas Usia Masuk 40-an Untuk Elak Serangan Strok, Jantung!

Mati mengejut. Fuhh. Dengar pun rasa gerun. Inilah akibatnya jika badan sudah banyak penyakit namun empunya badan tidak perasan pun yang dia ada penyakit.
Luarannya nampak sihat, namun kesihatan dalaman tiada yang tahu. Kecuali jika empunya badan pergi menjalani pemeriksaan secara berkala.
Pengamal perubatan, Blogger, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad menegaskan amalan pemakanan yang sihat membantu tubuh seseorang itu lebih sihat sekali gus boleh mengelakkan situasi risiko penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian mengejut.
Melalui instagram, beliau berkongsi amalan pengambilan yang beliau amalkan bila memasuki usia 40-an.
Sarapan minyak zaitun dan kopi
Selalunya saya terus melakukan kerja saya tanpa makan (bersarapan) berat. Saya cuma akan ambil selepas bangun pagi satu sudu minyak zaitun, suku sudu cuka Teen dan sedikit madu.
Itu pun sudah berikan antara 150-200kcal cukup untuk kerja-kerja membaca dan menghafal yang saya lakukan di awal pagi. Kemudian air kosong atau kopi plus stevia sepanjang pagi.
Sarapan yang ringkas sebenarnya sudah mencukupi mengikut kepada aktiviti fizikal yang kita lakukan.
Puasa 15 jam
Oleh kerana hari ini hari cuti, saya kena layan anak-anak di rumah. Mereka mahu bersarapan. Bila ada anak makan tak habis, jadi sayalah yang terpaksa menghabiskannya. Jadi terpaksa bersarapan.
Nasib baik masa terakhir makan semalam pukul 7pm. Maksudnya kalau saya makan pukul 10am, saya sudah ‘berpuasa’ selama 15 jam.
Sebab itulah kita disarankan ambil makan malam awal. Supaya perut kita mempunyai masa rehat yang agak panjang sebelum kita mula ambil makanan pada waktu pagi esoknya.
Kurangkan makan pada usia 40
Memang saya sudah kurang makan sejak beberapa tahun dulu. Kadang kala sudah ada rasa takut. Dulu pantang jumpa makanan, semua saya nak rasa. Sekarang masuk umur 40an, jadi takut terutama dengar macam macam cerita kawan-kawan.
Apabila usia sudah masuk 40 tahun, seseorang itu sepatutnya sudah mula ambil berat soal pemakanan. Tidak boleh lagi makan seperti usia muda-muda dahulu.
Meninggal ketika bersukan, itu tak pelik
Bukan lagi pelik kalau orang muda meninggal dunia ketika bersukan. Apatah lagi kawan-kawan saya yang berusia akhir 40an. Luaran nampak sihat. Tiba-tiba ada berita diserang strok, sakit jantung dan ada yang meninggal dunia semasa tidur.
Tubuh sudah bersarang dengan pelbagai penyakit. Seperti rumah yang tersergam kuat tapi bersarang anai-anai. Tiba-tiba runtuh tersembam ke bumi. Ramai yang tidak sedar penyakit yang ada dalam diri. Silalah rujuk kepada doktor.
Hati-hati dengan karbohidrat ringkas
Saya memang berhati-hati dengan makanan terutama karbohidrat ringkas.
Bila kita kurang makan, kita jadi lapar pula. Jadi nak kurangkan rasa lapar, saya cadangkan agar banyakkan makan sayur, minum air kosong dan ambil lemak sihat 20-30 peratus keperluan tenaga.
Karbohidrat ringkas akan menyebabkan seseorang itu cepat lapar kembali selepas makan. Elakkan pengambilan karbohidrat ini supaya anda tidak kerap asyik nak makan.
Jangan abai 3 makronutrien
Ketiga-tiga makronutrien ini iaitu air, karbohidrat kompleks (sayur-ssyuran) dan minyak sihat inilah yang membuatkan kita rasa puas (satiety) bila makan dan lambat lapar semula.
Kalau tidak, kita akan berasa cepat lapar, dan makan lagi dan lagi walaupun kita tak lapar, kerana kita tak ada rasa puas. Ada perbezaan antara puas dan lapar.
Dr Zubaidi Hj Ahmad
A post shared by Dr Zubaidi Hj Ahmad (@drzubaidi) on
Sumber: Dr ZUbaidi
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
15 Jenis Ulam Perlu Amal Kalau Nak Wajah Nampak Awet Muda

Kalau ditanya rahsia mereka yang dah berusia tapi nampak awet muda, salah satu amalan mereka adalah makan ulam atau sayur.
Amalan mereka itu pula bukan sehari dua selalunya sejak zaman muda lagi.
Bagi anda yang mahu tampil awet muda 15 jenis ulam tempatan ini bolehlah diamalkan terutama bila usia dah memasuki 30 tahun.
Kaitan ulam/ sayur dengan nampak muda
Tapi sebelum itu serba sedikit khasiat sayur dan ulam-ulam ini dalam membantu memudakan wajah kenalah kita tahu. Jangan tahu makan saja!
- Sebenarnya bukan saja ulam tapi apa saja sayur segar baik untuk kelancaran proses penghadaman dan pencernaan yang pada masa yang sama sangat berkait dengan kesihatan kulit wajah.
- Kebanyakan sayur dan ulam ini kaya dengan vitamin C yang mana penting untuk penghasilan kolagen. Unsur kolagen inilah yang membuatkan lebih elastik dan kurang kedutan.
- Kebanyakan sayur turut mengandungi karotenoid seperti beta karotin. Ia berfungsi melindungi kulit dari kesan sinar matahari dan radikal bebas yang menjadi punca penuaan kulit.
Ini senarai ulam untuk awet muda & kesihatan
Dah tahu kaitannya jom amalkan ulam-ulam ini yang khasiatnya bukan saja untuk awet muda tapi lebih daripada itu.
1. Pegaga
Ini ulam yang paling mudah sekali kalau nak amal. Ada saja di pasar atau di kedai makan. Selain buat ulam pegaga boleh dibuat jus atau dijadikan kerabu. Amalan minum air rebusan pegaga dikatakan boleh menaikkan seri wajah.
2. Ulam raja

Ulam raja hanya perlu dicuci bersih dan boleh terus dimakan mentah. Elok diamalkan oleh ibu dalam pantang. Antara khasiat ulam raja, bantu meremajakan kulit. Bolehlah diamalkan untuk awet muda.
3. Jantung pisang
Yang ni tak boleh makan mentah, ia perlu dicelur atau direbus terlebih dahulu. Jantung pisang ini tinggi serat dan mampu bantu elak sembelit.
4. Daun selom
Daun selom ini macam pegaga, banyak dihidangkan di kedai makan.Mengandungi pelbagai nutrien antaranya kalsium dan vitamin C.
5. Kacang botor/kelisa
Kacang botor boleh dimakan mentah atau dimasak. Tapi kalau nak lebih khasiat elok dijadikan ulam. Pilih yang muda dan segar untuk rasa yang lebih enak. Kaya dengan protein dan mineral.
6. Timun
Timun Jepun pun boleh. Ini antara ulam yang rangup. Boleh dimakan dengan apa jua menu. Dipercayai timun dapat mengatasi masalah sembelit dan gastrik.
7. Petai

Ini ulam kegemaran ramai.Biarpun bau petai kurang menyenangkan, tapi khasiatnya banyak. Kaya antioksidan dan serat.Boleh dimakan mentah, direbus atau dibakar tapi lagi sedap dimasak sambal.
8. Cekur
Ulam cekur ini sering juga digunakan oleh ibu yang sedang berpantang untuk kecutkan rahim dan membuang angin.
9. Bendi rebus
Selain untuk awet muda, khasiat bendi adalah menguatkan ingatan dan kecergasan memori. Ia juga sumber makanan yang baik untuk mereka yang mengalami masalah sembelit, merawat ulser, mengurangkan darah haid berlebihan, untuk meningkatkan kesuburan, melegakan bengkak dan radang.
10. Pucuk ubi
Khasiat lain pucuk ubi antaranya dapat mengurangkan sakit kepala manakala air rebusannya pula dapat meredakan masalah cirit-birit.
11. Kaduk

Ramai yang keliru dengan daun kaduk kerana bentuknya seperti daun sirih. Boleh dimakan mentah atau pun dicelur.Air rebusan daun kaduk pula dikatakan dapat melawas kencing, melegakan selsema, sakit pinggang dan sengal tulang.
12. Jering
Bau ulam jering ini lebih menusuk dari petai tapi mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan. Antaranya mengawal kadar gula dalam darah, bantu kurangkan masalah anemia dan reput tulang. Tapi jangan amalkan berlebihan.
13. Terung pipit
Rasanya sedikit pahit, jadi sedap jika dimakan bersama makanan pedas. Boleh direbus hingga lembut dan amalannya dikatakan dapat melegakan sakit perut dan mengurangkan rekahan tumit kaki.
14. Rebung

Walau pun selalu dibuat masak lemak tapi, rebung juga boleh dijadikan ulam. Rebus dan hiriskan. Khasiat rebung membantu turunkan kolesterol, menyihatkan sistem pencernaan dan bantu proses detoksifikasi badan.
15. Peria katak
Ulam ini tak ramai yang suka kerana pahit. Tapi pahit itulah ubat. Ia dipercayai dapat bantu rendahkan tekanan darah tinggi dan kawal paras gula darah pada pesakit diabetes.
Dah tau khasiat dan kelebihan ulam ini jadi apa tunggu lagi, terus amalkan. Tapi apapun nasihatnya bagi yang ada masalah kesihatan eloklah dapat nasihat daripada doktor dahulu dan amalkan secara sederhana.
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
10 Tanda Kucing Kesayangan Kita Tak Sihat Dan Sakit Tenat

Ramai daripada kita memelihara kucing sebagai haiwan kesayangan di rumah. Namun begitu tak ramai yang tahu simptom-simptom bila kucing tak sihat dan sakit.
Tanpa sedar kucing kesayangan sebenarnya dah tenat dan tiada peluang untuk hidup. Sebelum situasi ini berlaku ada baiknya kita ketahui tanda-tanda tersebut supaya dibawa untuk rawatan.
1. Kucing mula menjadi pasif
Kucing yang tenat akan mula menunjukkan sikap pasif, hanya berbaring, tidur seharian dan tidak bergerak. Akhirnya, tubuh kucing akan mulai mengeras dan kaku.
2. Tidak lagi mengeluarkan suara
Disebabkan keadaannya yang semakin lemah, kucing tidak lagi berupaya mengeluarkan suara. Namun, ada juga kucing yang akan mengeluarkan suara nyaring sebelum kematiannya disebabkan rasa sakit yang dialami.
3. Badan sejuk
Sama seperti manusia, apabila menghampiri detik kematian, denyut jantung kucing akan mulai menjadi perlahan dan semakin melemah. Malah, badannya juga akan menjadi semakin sejuk dan suhu makin menurun.
4. Bersembunyi
Biasanya kucing akan mulai mencari tempat yang dianggapnya tenang dan gelap. Bahkan, tempat ini mungkin juga jauh daripada kawasan rumah, seolah tidak mahu anda melihat saat kematiannya nanti.

5. Tidak lalu untuk makan
Langkah awal jika kucing anda sudah tidak lalu untuk makan, sila bawa kucing ke klinik untuk diperiksa. Boleh jadi ada sebab lain kenapa ia tidak mahu makan.
6. Perubahan karakter
Tentu sahaja kita akan merasa pelik apabila kucing kita itu sudah tidak mahu dipegang dan bermanja dengan kita seperti biasa. Boleh jadi juga, kucing yang biasanya tidak mahu bermanja, akan sentiasa berada dirumah dan mahukan perhatian saat hujung nyawanya.
7. Perubahan penampilan
Saat menghampiri kematiannya, dapat kita lihat keadaanya akan menjadi kusut dan tidak lagi terurus. Ini kerana ia sudah tidak mempunyai tenaga untuk menjilat membersihkan diri.
8. Kejang
Tanda-tanda kucing akan mati ialah kekejangan. Kejang ini akan terjadi beberapa jam sebelum kematiannya.
9. Nafas tak teratur
Dapat didengari bunyi nafas kucing yang tidak teratur dengan lidahnya terkeluar, seolah-olah sukar bernafas.
10. Menghilangkan jejak
Ada kalanya kucing yang sakit akan keluar dari rumah dan ditemui mati di tempat lain. Boleh jadi ia tidak mahu tuannya berasa sedih untuk menguruskan kematiannya kelak.
Sumber: Verst
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!

