Beberapa hari lalu tular kisah pemuda yang menikahi gadis pesakit kanser yang dalam keadaan tenat.
Bernikah sebelah pagi pada 3 Ogos lalu namun tak sampai 24 jam, awal pagi esok hari isteri kepada Saiful Azam Azmi iaitu Fatin Syahirah, 24 Yusuf menghembuskan nafas terakhirnya.
Usia pernikahan tak sampai sehari namun Saiful Azam harus menerima hakikat isterinya sudah tiada.
Cerita pasangan ini tersebar di media sosial selepas abang Fatin Syahirah, Shukur Yusuf memuat naik kisah arwah adiknya itu di laman sosial. Status tersebut mendapat perhatian netizen yang berasa cukup simpati dengan apa yang terjadi.
Selain mengucapkan takziah kepada keluarga arwah rata-rata netizen kagum dengan keikhlasan hati Saiful Azam serta kekuatannya berdepan dugaan Yang Maha Esa.
Cuma satu, biarpun kisahnya tular namun empunya diri mengambil sikap berdiam diri, malah dalam satu laporan berita Buletin Utama Saiful Azam menolak untuk diwawancara kerana masih bersedih tapi beliau mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mendoakan dia dan arwah isterinya.
Sahabat kongsi luahan Azam di IG Stories
Bagaimana pun rasa hati anak muda ini terungkap melalui satu satus dari sahabatnyaWANAJAK@HZWNRZK di Twitter yang berkongsi IG stories yang dimuat naik oleh Saiful Azam.
Sebahagian diri saya telah pergi…
Sebahagian daripada diri saya telah pergi untuk menemui Penciptanya. Dia satu-satunya cinta saya dan segala-galanya buat saya. Minta jasa baik rakan-rakan sedekahkah al- fatihah terhadap arwah isteri saya Fatin Nursyahirah binti Yusuf.
Ads
Gambar terakhir saya dengan isteri, ya saya pakai baju nikah…
Dalam thread yang sama turut dikongsi adalah gambar Saiful Azzam mencium isterinya kali terakhir sebelum dikebumikan.
Mengenakan baju nikah pada hari isterinya dikebumikan, dalam catatan Saiful kisahnya itu hanyalah cerita biasa. Orang lain juga akan melakukan perkara yang sama pada orang yang disayangi.
“Gambar terakhir saya dengan isteri. Ya saya mengenakan baju Melayu, baju nikah memandangkan katanya saya kelihatan segak dengan baju ini.
“Tiada yang menginspirasikan dari cerita saya ini, saya rasa anda juga akan melakukan perkara yang sama pada insan yang anda sayangi.
Ads
“Terima kasih semua atas ucapan dan doa, Moga Allah berbalik kepada kalian kembali. Saya ok. Dia tengah rehat cantik cantik pakai bedak celak tadi.
Kau kuat dan setia zam
Menerima lebih 31 ribu retweets, dalam hantaran itu Wanajak mendoakan agar sahabatnya itu kuat berdepan dugaan.
“My friend, kau memang kuat, kau setia dan baik. Allah bagi kau dugaan untuk orang yang kuat macam kau zam. Aku doakan kekuatan untuk kau zam dan salam takziah,”tulisnya.
Ads
Thread tersebut juga viral dan dipenuhi ucapan takziah dan doa buat arwah dan juga Saiful Azam.
Selepas majlis akad nikah dan bertandang, sebenarnya ramai yang tertunggu-tunggu penampilan Shila Amzah di majlis resepsinya.
Memilih putih dan warna merah biji kundang untuk dua majlis sebelumnya, peminat menjangka busana pilihan penyanyi yang popular di negara China ini mungkin menjadi busana wedding of the year.
Tidak meleset banyak, ternyata malam tadi Shila mengejutkan semua hadirin dengan gaun pilihannya.
Memilih rona yang di luar jangkaan, Shila menolak tradisi warna baju pengantin warna putih atau pastel bila mengenakan gaun leret rona hitam rekaan Azura Couture untuk majlis tersebut.
Biar ramai terkejut dengan penampilan pengantin perempuan yang bertema black elegance, yang pasti isteri Haris Idraki Elias ini tetap tampil anggun dan menawan dengan rona tersebut.
Didampingi Haris yang segak mengenakan sut, Shila memukau hampir 800 tetamu majlis dengan gaun hitamnya.
Akur dengan cita rasa manusia berbeza, walau ada yang merasakan gaun hitam bersama lining coklat yang dikenakan Shila cukup cantik tapi tak kurang juga yang berasa sebaliknya, menganggap warna tersebut tidak sesuai dengan majlis perkahwinan.
Selepas 37 hari menjalani tempoh berpantang penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mendedahkan penurunan berat badannya.
Tinggal lagi seminggu sebelum menamatkan pantang, melalui entri terbaru di instagram Siti berkongsi dia sudahpun berjaya menurunkan berat badan sebanyak 17.5 kg secara keseluruhannya.
Meskipun penurunan agak banyak namun isteri kepada Datuk Khalid Jiwa menyasarkan mahu menurunkan lebih banyak lagi.
“Hari ini Aafiyah & ibu checkup sekali.. apa yang tragis harini ialah bila Aafiyah kena ambil darah, ibu yang menangis. Alhamdullillah, semuanya baik dan ibu total turun berat sekarang 17.8kg. Banyak lagi kena turun ni,”tulis Siti dalam posting terbaru di instagram @CTDK.
Dalam pada itu Siti turut memuat naik beberapa keping gambar ketika beliau membuat pemeriksaan selepas bersalin hari ini yang menunjuk penampilannya yang lebih langsing berbanding sebelum ini.
Beliau yang turut membawa anaknya Siti Aafiyah kelihatan ayu dengan kaca mata walaupun hanya berkemeja tanpa solekan mampan.
Rahsia berat badan cepat turun
Terdahulu Siti berkongsi bahawa antara faktor yang menyebabkan berat badannya cepat turun adalah kerana penyusuan ibu yang dilakukan.
Selain itu selama tempoh berpantang Siti juga mengambil khidmat pakej berpantang bertaraf lima bintang dari Natalis Mother Care.
Pakej ini bukan saja merangkumi berurut, bertungku tapi juga menawarkan hidangan berpantang. Selain itu dua pekerja disediakan untuk menjaga Siti dan bayi pada waktu malam.
Terbaiklah pakej pantang Siti ni, memang patut pun boleh kurus!
Rasanya kaum hawa yang membaca kisah perkongsian aktivis terkenal Syed Azmi ini akan panas hati, dan tak mustahil juga mulut akan terkumat kamit mengeji macam VK.
Sampai hati seorang lelaki tinggalkan isteri dan anak-anak sampai jadi macam ni. Mujurlah wanita dan anak-anaknya cepat diselamatkan, jika tidak tak tahulah apa terjadi kepada keluarga ini terutama bayi yang baru berusia 4 bulan.
Dalam satu perkongsian di laman sosial, Syed Azmi bercerita tentang keadaan seorang wanita yang kemurungan hingga meroyan bila dia ditinggalkan oleh suami kerana perempuan lain selepas bersalin.
Akibatnya anak-anak terabai termasuk yang baru dilahirkan. Paling menyedihkan melihat keadaan ibunya yang meroyan, anak wanita ini yang berusia 10 tahun mengambil alih tugas menjaga adiknya yang berusia 4 bulan itu.
Anak-anak dah makan nasi basi
Bantuan for tonight, this case juga baru di selamatkan oleh JKM (Terima kasih!!) And dalam pemprosesan bantuan kerajaan.
Keluarga ini 4 anak (10 tahun hingga 4 bulan) dipindahkan dengan keluarga terdekat yang jugak hidup cukup-cukup makan.
Kes: ditinggalkan suami untuk perempuan lain sewaktu baru bersalin. Unable to cope, meroyan. It was so bad sampai anak-anak end up makan nasi basi.
Anak kedua sakit kanser
Mak tak mandi sampai berkerak. Too down about the husband sehingga mandi kencing berak susu baby semuanya anak 10 tahun yang buat. Anak number dua pulak menghidap kanser.
Anak-anak tak bersekolah lagi. Anak-anak tak complain and sama-sama jaga ibu mereka.
Today, after talking to their relatives, and thanks to Tamakpahala Collective Fund, we will provide necessity sementara the mother try to get well. Thank God the family is understanding, however, they are also poor. So I will go out and get stuff for them too.
Thank you to all who has donated to this.
Donation close.
Syed Azmi
Sama-samalah kita doakan semoga ibu ini pulih dan bangkit untuk teruskan hidup demi anak-anaknya.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...