Sebelum Guna Cocopeat Tanam Sayur, Kena Bilas Dulu! Ini Caranya, Kena Buat Untuk Buang ‘Garam’

Share

Bagi yang bercucuk tanam di sekitar rumah, memang biasa dengan penggunaan cocopeat sebagai media tanaman.

Tapi sebelum menggunakannya berapa ramai yang membilas terlebih dahulu cocopeat ini? Sebenarnya cocopeat sebaiknya dibilas terlebih dahulu sebelum digunakan supaya ia lebih berfungsi untuk tanaman. Perkara ini dikongsi oleh usahawan tani, Azuan Abdullah.

Kenapa perlu bilas/flushing cocopeat?

1. Ada “garam” bersama-sama dengan cocopeat. Garam tersebut boleh mengikat nutrient dan kesannya akar tak dapat nak ambil nutrient tersebut.

Bila kita bilas, garam tersebut dapat disingkirkan dan akar dapat ambil semua nutrien dengan baik.

2. Biasanya, pH cocopeat yang tidak dibilas adalah rendah, iaitu dibawah 5.5. Jika pH rendah, tak semua nutrient dapat diambil oleh akar.

Bila kita bilas, ia dapat meningkatkan pH cocopeat kepada keadaan yang sesuai untuk pokok (antara 5.5 – 6.5). Bila pH cocopeat dah sesuai, akar pun dapat serap semua nutrient dengan sempurna.

Sahabat,
Cocopeat ni adalah rumah bagi akar. Jika rumah dah tak elok dan ada masalah, macam mana akar nak berfungsi dengan baik?

Cara bilas cocopeat

Ini cara saya bilas/flushing cocopeat untuk kegunaan berkebun dirumah. Ianya untuk cocopeat yang baru ya.

1. Sediakan bekas yang sesuai. Saya gunakan tong hitam. Nak guna tong cat atau apa-apa bekas pun boleh. Tak jadi masalah.

2. Tebuk lubang dibawah tong tersebut. Memadai 5-7 lubang sahaja. Saiz lubang yang saya buat adalah saiz paku 2 inci.

Jika bilangan lubang terlalu banyak dan saiz lubang besar, kadar aliran air keluar sangat cepat. Ini boleh menyebabkan proses membilas cocopeat tidak sempurna.

3. Masukkan cocopeat ke dalam tong tersebut hingga hampir penuh.

4. Siram air bersih keatas cocopeat tersebut. Siraman dibuat hingga semua cocopeat basah dan ada lelehan air keluar di bawah tong.

5. Ulang langkah nombor 4 sebanyak 3 kali (eloknya dibuat 1 kali 1 hari).

6. Lepas 3 kali bilas, cocopeat sedia untuk digunakan.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Azuan Abdullah

Artikel berkait: Kalau ada banyak pokok kelapa di rumah, boleh buat sendiri cocopeat. Ini caranya

 

IKLAN