Jika ada menanam pokok kari dan sudah berbuah boleh manfaatkan untuk hasilkan lebih banyak pokok kari dengan cara menyemai buah tersebut.
Ramai yang tak tahu selain menggunakan keratan, kita sebenarnya boleh tanam pokok kari melalui buah kari ini. Malah kaedah ini paling sesuai jika nak menghasilkan pokok dalam jumlah yang banyak.
Cara semaian pokok kari melalui buah ini juga mudah. Panduannya dikongsi oleh Eddy Rusdi Abdullah. Menurut beliau ini kali kedua dia menanam pokok kari melalui buah dan memang menjadi.
Cara tanam pokok kari guna buah kari
1. Pokok kari yang suddah besar akan mengeluarkan bunga kemudian buah. Pilih buah yang sudah matang untuk disemai iaitu buah yang berwarna gelap atau kehitaman.
Ads
2. Boleh petik dan terus tanam, elakkan dari jatuh supaya buah tak rosak.
3. Cara semai, cuma buat sedikit saja lubang di tempat semaian dan terus masukkan buah kari. Tak perlu kambus.
Ads
4. Selepas 2 minggu biji yang disemai akan bercambah.
5. Pokok yang sudah mengeluarkan daun boleh dialihkan ke pasu yang diisi dengan medium cocopeat dan tanah organik.
Ads
6. Lakukan siraman 2 kali sehari, pokok kari suka banyak air. Lagi banyak air lagi gemuk dan besar daunnya. Tapi pastikan air tidak bertakung.
TIP
Letak pokok kari tempat redup tapi kena cahaya matahari.
Baja 1 atau 2 minggu sekali. Kalau kurang besar cari baja subur, kalau kurang daun cari baja lebatkan daun.
Masakan orang Melayu memang kerap gunakan santan untuk masak lemak, kari, bubur dan macam macam lagi. Biasanya bagi ibu bekerja santan segera dalam kotak akan jadi pilihan.
Tapi masalah bila beli santan kotak ini adalah jika tak dihabiskan ia akan basi. Ya lah kita pun tak hari-hari guna santan kan.
Tapi perkongsian dari Puan Nelisa Sofea ini membantu menyelesaikan kaum mak-mak. Ia mudah dan bahan yang diperlukancuma plastik aiskrim saja.
Caranya:
Bila ada lebihan santan kotak tuang dalam plastik aiskrim dan simpan.
2. Bagi yang selalu membeli kotak besar pula dan mahu berjimat, buka kotak dan masukkan santan dalam plastik aiskrim ikut kuantiti sekali masak.
3. Ikat dan masukkan di bahagian chiller bukan freezer.
4. Keluarkan bila hendak digunakan. Tapi pastikan anda melabel tarikh luput santan mengikut yang tertera pada kotaktu ya!
Tip ini sesuai sangat bagi yang baru nak belajar masak pulut atau selalu masak tapi asyik tak menjadi.
Cara ini juga lebih mudah, masak guna rice cooker saja. Supaya pulut yang dimasak elok hasilnya boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mil Wawa.
Tip masak pulut guna rice cooker, elok menjadi & tak berkerak
Tip untuk Kak Long yang baru kawin untuk suami suka makan pulut. Ramai kawan-kawan yang baru nak belajar masak, tak tau nak masak pulut dengan elok.
Tip dari saya guna rice cooker lagi mudah. Caranya;
1. Jangan rendam pulut nanti bila masak lagi lembik.
2. Cuci beras pulut macam nak masak nasi, lebihkan sedikit air dari paras pulut.
3. Letak sikit je garam supaya rasa lemak-lemak sikit. Tak banyak ya sikit saja.
4. Letak sedikit minyak masak. Contoh : 2 cawan beras pulut, saya letak 2 sudu besar minyak matahari. Kacau dan terus on suis dan biarkan dia masak.
5. Kemudian boleh senduk, periuk pun tak melekat.
Tak berkerak atau melekat pun pada periuk
Tip kalau pulut dah masak terlebih air / lembik
Jangan risau, letak sekeping roti kosong dan on suis balik. Tapi jangan letak roti coklat atau kismis nanti pulut jadi lain. Selepas itu boleh lihat keajaibannya. Pulut akan masak elok.
Sup bunjut ini wajib ada kalau nak masak hidangan sup dan sering kali kita beli saja bila nak menggunakannya. Tapi lepas ini cuba buat sendiri.
Sebab nak buat sup bunjut ini punyalah senang. Semua bahan pun selalunya ada di rumah kita. Cuma tinggal gabung dan bungkus saja. Cara membuatnya ada dikongsi oleh Delihayat Kitchen
Bahan (untuk satu bunjut):
1 kulit kayu manis (pecahkan menjadi kecil – masukkan sedikit saja)
1 bunga lawang (ceraikan)
3 bunga cengkih
Bahan yang dipecah-pecahkan:
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh lada putih
1/2 sudu teh jintan manis
3 biji buah pelaga (pecahkan)
Secubit biji sawi (mustard seed)
Secubit biji kas-kas (kalau tiada pun tak mengapa)
Cara membuat:
Masukkan semua bahan rempah dalam kain kasa, lilit dengan benang. Dah boleh gunakan.
Seeloknya buat banyak sekali gus sup bunjut ini supaya mudah untuk gunakan bila teringin masak sup. Jimat RM1.50.
Sup bunjut yang siap dibuat simpan dalam balang kedap udara supaya tahan lama.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...