Selain Putera Mateen, 4 Kerabat Diraja Ini Juga Bertanding Dalam Acara Ekuestrian Sukan Sea 2017

Share

 

Kehadiran Putera Abdul Mateen Bolkiah kerabat diraja Brunei dalam acara ekuestrian tiba-tiba menyebabkan sukan kelas atasan yang dulu kurang mendapat tumpuan menjadi perhatian untuk Sukan Sea 2017 ini.

Mencambahkan lagi minat netizen bila DYMM Tuanku Sultan Mizan yang turut mewakili negara  dalam sukan ekuestrian berjaya memenangi pingat emas untuk acara Endurance yang telah berlangsung kelmarin.

Tapi sebenarnya selain Sultan Terenggganu, Tuanku Sultan Mizan dan Putera Abdul Mateen yang merupakan barisan keenam pemegang takhta kesultanan Brunei, ada lagi keluarga diraja lain yang terlibat mewakili negara mereka dalam sukan ekuestrian yang bermula hari ini di Taman Ekuestrian, Putrajaya.

Tiga daripadanya adalah kerabat diraja Brunei dan seorang lagi Puteri Raja dari Thailand. Hebat kan!

Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah & Pangiran Muda Bahar Bolkiah

Puteri Azemah Ni’matul, merupakan kekanda Putera Mateen sendiri sementara Pangiran Muda Bahar Bolkiah adalah anakanda kepada Pengeran Muda Jefri Bolkiah, adinda Sultan Brunei.

Pangiran Muda Abdul Qawi

Beliau merupakan anakanda sulung daripada 10 beradik kepada Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, iaitu adinda Sultan Hasanal Bolkiah.

Puteri Sirivannavari Nariratana

Sirivannavari Nariratana merupakan Puteri kepada Raja Thailand Vajiralongkorn dan Sujarinee Vivacharawongse.

-vanillakismis

 

 

IKLAN