Hujung minggu ini rasanya ramai yang dah mula buat biskut raya. Selain dari guna resipi yang betul sukatannya, ada lagi faktor yang perlu diketahui supaya biskut raya yang dibuat menjadi dengan elok dan sedap, ranggup, tak kembang atau leper.
Berikut adalah tip yang perlu kita praktikkan sewaktu membuat biskut raya yang dikongsi oleh baker berpengalaman.
Tip bilabuat biskut raya
Foto Facebook Midah Mohamad
1) Gunakan mentega yang agak sejuk kerana jika menteganya terlalu lembut, ia akan cepat cair – akibatnya biskut menjadi leper dan gelap.
2) Jangan gunakan telur saiz besar sebab kerana kandungan putih telur yang lebih. Putih telur pula mengandungi air. Itu yang membuat biskut terlalu kembang dan susah nak garing walaupun dibakar lama.
3) Jangan pukul telur terlalu lama bila membuat biskut kerana ia akan menambah angin ke dalam doh – mengakibatkan biskut gelembung ketika dibakar.
4) Jika menggunakan mesin pengadun, jangan pukul terlalu lama ketika masukkan tepung, jika tidak ‘gluten’ daripada tepung itu akan membuat biskut menjadi keras.
5) Selalu ‘rehatkan’ doh sebentar sesudah diadun. Jangan terus mencanai atau membakarnya. Jika membuat chocolate chip, selalu ‘rehatkan’ doh di peti sejuk selama lima hingga 10 minit dahulu sebelum membakarnya.
Ads
6) Apabila doh sudah siap diadun, bahagikan ia kepada beberapa bahagian untuk disejukkan dan ‘direhatkan’. Jangan ‘rehatkan’ kesemua doh itu dalam satu mangkuk. Ambil satu persatu doh yang mahu digunakan.
Sebab jika kita gunakan semua dohnya sekali, doh itu akan mula keluar minyak – menjadikan biskut cepat gelap walaupun baru sahaja dibakar.
7) Jika membakar biskut chocolate chips, tidak boleh oles loyang dengan mentega. Harus gunakan baking paper atau parchment paper. Jika tidak, biskut chocolate chips itu akan kembang, leper dan cepat hangus.
Ads
Untuk biskut seperti makmur, sugi dan yang lain yang kita inginkan hasilnya garing, harus gunakan loyang yang dioles dengan mentega.
9) Pastikan ketuhar sudah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mula membakar biskut atau kek.
10) Jika membakar biskut beberapa loyang sekali gus, lebih baik gunakan fungsi kipas di ketuhar. Jika ketuhar tidak ada fungsi kipas, tukar posisi loyang itu sesudah 10 minit dibakar – yang di atas ditukarkan ke bawah dan yang bawah dinaikkan ke atas dan sebagainya.
11) Jangan tinggalkan biskut di atas loyang terlalu lama sesudah keluarkan dari ketuhar. Biarkan ia di atas loyang itu selama 3-5 minit sahaja dan kemudian pindahkan ke atas ‘cooling rack’.
Ads
Setiap biskut akan ada wapnya (condensation) bila sudah dibakar dan apabila diletakkan di atas ‘cooling rack’, wap itu akan kering. Itu yang membuat biskut itu lebih garing dan tahan lama.
12) Pastikan biskut benar benar sejuk sebelum dimasukkan ke botol.
13) Untuk biskut yang mengandungi ‘peanut butter’, lebih baik jika ianya disimpan di peti sejuk kerana ‘peanut butter’ itu mungkin akan membuat biskut menjadi cepat tengik.
Hidangan telur masin memang penambah selera dan ia juga antara yang boleh kita boleh buat sendiri. Kalau susah nak cari telur itik boleh saja gantikan dengan telur ayam biasa.
Rasanya tetap sedap, malah lebih jimat sebab telur ayam lagi murah dan senang diperoleh. Cara membuatnya dikongsi Are Peace. Boleh guna sepapan telur terus jika suka.
Cara elak ulat sampah dan bau busuk dari tong sampah. Masalah ini berlaku apabila sisa makanan dan kelembapan di dalam tong menarik perhatian lalat untuk bertelur. Untuk mengelak ulat sampah, langkah pencegahan perlu dilakukan lebih awal dan secara konsisten.
Cara Elak Ulat Sampah & Bau Busuk Tong Sampah
1. Cuci Tong Sampah dan Pastikan Ia Kering
Langkah pertama untuk elak ulat sampah ialah mencuci tong sampah secara berkala. Kemudian keringkan sepenuhnya. Tong sampah yang kering membantu mengurangkan kelembapan yang menjadi punca utama pembiakan ulat.
2. Gunakan Garam dan Baking Soda
Selepas tong sampah kering, taburkan sedikit garam dan baking soda di bahagian bawah. Garam berfungsi untuk menyerap lembapan serta membunuh bakteria, manakala baking soda pula membantu meneutralkan bau busuk. Kaedah ini bukan sahaja berkesan untuk menghapuskan ulat sampah, tetapi juga menjimatkan kos dan mesra alam.
3. Gunakan Pelapik Telur Sebagai Penyerap Bau
Selain garam dan baking soda, anda juga boleh menggunakan pelapik telur sebagai bahan semula jadi untuk menyerap bau dari tong sampah. Ia membantu mengekalkan tong dalam keadaan kering dan bersih lebih lama, sekali gus mengurangkan risiko lalat datang dan bertelur.
4. Tutup Tong Sampah Dengan Rapat
Pastikan penutup tong sampah sentiasa tertutup rapat untuk menghalang lalat masuk. Lalat yang tidak dapat mendekati sampah tidak akan sempat bertelur, sekaligus mengelakkan pembiakan ulat sampah di dalam tong anda.
5. Buang Sampah Secara Berkala
Jangan biarkan sampah terkumpul terlalu lama di dalam rumah. Buang sampah setiap hari, terutamanya sisa makanan. Langkah mudah ini amat penting untuk memastikan tong sampah sentiasa bersih, tidak berbau dan bebas ulat sampah.
Dengan mengamalkan langkah-langkah mudah seperti mencuci, mengeringkan, dan menabur garam serta baking soda, anda boleh elak ulat sampah dengan berkesan tanpa memerlukan bahan kimia atau kos yang tinggi. Amalan ini juga menjadikan persekitaran rumah lebih bersih, segar, dan menyenangkan.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...