Sardin Dalam Tin Buat Masak Kari Lagi Sedap Rupanya. Ini Cara Membuatnya

Share

Sardin dalam tin selalu buat sambal, cuba masak kari pulak.

Masak sardin memang sedap, tapi kalau asyik masak sambal kita cuba menu kari sardin pulak. Nikmatnya sama macam makan sambal sardin. Layan dengan nasi panas, cicah roti kosong ataupun roti Arab.

Kalau belum pernah buat, boleh cuba ikut perkongsian Azlina Ina.

Sardin Dalam Tin Masak Kari

Bahan-bahan:
1 tin besar sardin (Ayam Brand atau King Cup)

Bahan tumis:
1 labu bawang besar merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia

Cara membuat

  1. Hiris semua bahan tumis.

2. Kemudian tumis sampai garing

3. Masukkan 1 paket rempah kari (Babas warna kuning)

4. Masuk air sedikit dan masak sampai pecah minyak

5. Masukkan daun kari dan sardin dalam tin, tambah air 2 cawan

6. Dah agak pekat kuah masuk garam perasa dan air asam jawa sedikit.

7. Bila dah hampir masak baru masukkan tomato yang dibelah bersama cili besar belah hujung.

Selamat mencuba.

Sumber: Azlina Ina

Baca:  Sardin Dalam Tin Buat Masak Kicap Pedas, Memang Berselera Makan

Published by
VK