Selalu berlaku jubin atau mozek pada table top, dinding atau lantai tertanggal. Setakat satu atau dua keping mozek yang tercabut takkan nak panggil kontraktor. Membazir saja kan.
Penyelesaiannya kita DIY sebab kaedahnya mudah sangat. Memang boleh dibuat sendiri. Caranya cuma tampal jubin atau mozek yang tercabut ini (jika masih elok) guna gam khusus untuk jubin. Gam jenis ini boleh beli di kedai hardware atau beli online saja.
1. Guna X Bond
Cara menggunakan construction adhesive sealant ini cuma letakkan saja gam ini pada satu bahagian sama ada pada jubin atau simen. Kemudian tepek saja. Untuk memastikan gam lekat elok, tampal pemukaan jubin dengan masking tape. Biar sehingga kering.
Boleh juga guna gam jenis ini. Cararanya bersihkan bahagian simen, pecahkan saki baki simen supaya permukaan rata. Pastikan tiada habuk, minyak dan sebagainya.
Ads
Kemudian letak gam jubin ini pada kedua-dua bahagian, simen dan jubin. Pastikan jubin dalam keadaan kering.Tampal dengan masking tape supaya kedudukan tak berubah, biarkan hingga kering.
Warna hijau dah biasa, kita buat pula onde-onde atau buah Melaka warna biru dari bunga telang. Kalau di rumah ada pokok bunga ini boleh manfaatkan.
Bukan saja cantik tapi juga ada khasiat tersendiri. Bunga telang ini mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan bermanfaat pada kesihatan rambut dan juga kulit.
Selain itu khasiat antioksidan ini juga berkemampuan untuk menstabilkan kadar gula dalam darah bagi pesakit diabetes.
Jika nak cuba buat onde-onde bunga telang ini boleh ikut perkongsian daripada Siti Khairun Nur Akmal.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
4 sudu besar tepung beras
30 kuntum bunga Telang(rebus bunga & tapis ambil air sahaja & sejukkan)
Gula melaka (dipotong kecil)
1 biji kelapa muda parut (putih sahaja)
Sedikit garam (gaul dengan kelapa parut)
Sedikit air kapur
3 helai daun pandan (disimpul)
Cara membuat:
1. Kukus sebentar kelapa parut supaya tahan lebih lama. Kemudian gaulkan bersama sedikit garam.
2. Bancuh tepung pulut, tepung beras dengan air Bunga Telang & air kapur.
3. Gaul sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat di tangan.
4. Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil di tengah adunan.Tutup adunan kemas dan bulatkan sehingga sekata.
5. Panaskan air di dalam periuk bersama simpulan daun pandan sehingga mendidih. Masukkan bebola tepung tadi (api sederhana).
6. Apabila bebola timbul di permukaan air, bolehlah diangkat dan ditoskan. Gaul bersama kelapa parut ketika onde-onde masih panas.
Penyediaan kawasan menanam tidak kira di halaman rumah, di kebun atau di dalam pasu memerlukan jenis tanah yang sesuai. Jadi sebaiknya sebelum memulakan aktiviti bercucuk tanah ketahui jenis-jenis tanah yang ada sekitar kita.
Tanah liat mempunyai partikel yang sangat kecil dan rapat antara satu dengan lain. Ia sangat meleket ketika basah dan keras ketika kering. Tanah liat juga sangat padat di antara jenis tanah yang lain. Disebabkan partikelnya sangat kecil dan halus, udara sangat kurang dalam tanah yakni bermaksud pengudaraan kurang baik. Tanah liat juga sangat sukar menerima air.
Apabila menanam sayuran pada tanah jenis ini, akar tumbuhan sukar bergerak. Ia juga sukar untuk digemburkan dan walaupun sudah digembur tetapi ia kembali mengeras setelah beberapa kali terkena air hujan atau siraman dari air anda.
Biasanya tanah liat berwarna kuning kemerahan. Untuk menentukan tanah anda itu jenis tanah liat kepal tanah tersebut ketika masih basah dan sekiranya ia meleket atau tanah tersebut boleh dibentuk seperti sosej maka tanah anda adalah jenis tanah liat.
Tanah pasir mempunyai partikel yang sangat besar dan longgar. Ia kering dan berderai atau peroi. Jenis tanah ini tidak menyerap air seperti jenis tanah yang lain di mana ia cepat kering dan satu lagi sebabnya ialah partikelnya yang sangat besar.
Air akan mengalir dengat cepat menyebabkan air tidak cukup sampai pada benih atau akar tanaman. Pada tanah jenis ini, nutrient tidak bertahan lama kerana cepat hilang mengikut air mengalir keluar.
Apabila tanah pasir disinari sinaran matahari, ia cepat panas. Jika anda kepalkan tanah ini atau buat seperti bentuk sosej tetapi ia tidak membentuk maka anda mempunyai tanah jenis pasir.
3. Tanah Gambut
Tanah gambut adalah warna hitam atau perang. Mempunyai bahan organik dan kandungan air yang sangat di dalamnya. Jenis tanah ini dikelompokkan dalam tanah berorganik. Ia terbentuk kira-kira 9000 tahun dahulu dengan pereputan bahan mineral, tumbuhan dan sebagainya yang tertimbus di dalamnya. Ketika hujan, air sangat banyak di dalamnya dan kering ketika musim kemarau.
Jenis tanah gambut di Malaysia adalah jenis tanah gambut yang dikategorikan sebagai tanah bermasalah sama seperti tanah bris dan tanah berasid sulfat. Jika anda kepal tanah ini ia seolah-olah seperti span dan boleh dibentuk. Maka anda mempunyai tanah jenis gambut.
Tanah endapan atau silty mempunyai partikel yang kecil berbanding dengan tanah pasir dan tidak hairan ia sangat lembut dan halus apabila disentuh. Ketika lembab, ianya seakan-akan licin berbusa dan ketika anda gosok di antara dua tangan, ia cepat jatuh.
Tanah endapan boleh menyerap air tetapi tidak nutrient cepat hilang. Tanah jenis ini sejuk dan kering. Ia jenis mampat dan padat dan pengudaraan dalam tanah adalah bermasalah.
Tanah keranji atau tanah seline adalah kering dan bergaram. Tumbuhan bermasalah jika ditanam pada tanah jenis ini.
Jenis tanah sesuai untuk pertanian ialah tanah loam. Tanah ini sangat disukai oleh para pekebun dan jenis tanah yang mempunyai kandungan hampir sama di antara tanah lampung, endapan dan pasir beserta humus iaitu kira-kira 40 peratus pasir, 40 peratus endapan dan 20 peratus tanah liat. Tanah loam mempunyai nilai PH yang tinggi dan kandungan kalsium.
Tanah loam berwarna hitam dan sangat gembur, lembut dan rapuh di tangan anda apabila dipegang. Ia menyerap air dengan baik untuk tanaman tetapi cepat kering. Tanah jenis ini mempunyai daya pengudaraan yang baik yakni bebas bergerak di antara partikel tanah hingga ke akar tanaman.
Walaupun tanah loam sangat sesuai untuk tanaman tetapi jangan kecewa sekiranya tanah ini tidak terdapat di kebun anda kerana tanah-tanah jenis lain masih boleh dibaikpulih dengan baik untuk dijadikan media tanaman.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...